BAB 11

4.3K 180 5
                                    




Hawa berpaling pada suara yang memanggilnya. Matanya membulat melihat 'sesuatu' yang berasa di tangan Irfan.

"Tuan Irfan jangan laa buat saya macam ni." Kata Hawa memohon simpati.

"Aku buat apa? Aku cuma panggil kau je." Kata Irfan sambil menunjukkan 'sesuatu'.. Senyuman nakal terbit di bibirnya.

"Tu kat tangan tuu." Hawa sudah cemas. Main main laa lelaki ni.

Laju kaki Irfan menuruni anak tangga. Dia mendekati Hawa sambil senyum nakal.

Hawa bangun untuk bersedia melarikan diri dari Irfan. Kedua tapak tangan dirapatkan memohon simpati dari Irfan.

"Jangan laa Tuan Irfan. Please jangan buat saya macam ni." Rayu Hawa lagi. Nak je dia menjerit tapi rumah orang pulak.

"Aku tak buat apa apa pun lagi." Kata Irfan dia sudah ketawa kecil melihat muka cuak Hawa.

Irfan terus melepaskan 'sesuatu' di tangannya dan terkena pada kaki Hawa.

"Arghhh!" Hawa sudah terjerit kegelian. Atau lebih kepada ketakutan? Hawa melarikan dirinya  dari seekor kucing. Yes! Kucing!

Irfan sudah ketawa besar bila melihat Hawa melarikan diri dari kucing itu. Umar pula bila melihat kucing dia pun turut mengejar.

"Umar jangan laa kejar kucing tu." Hawa laung pada Umar yang terkedek-kedek mengejar kucing itu.

Puan Rose yang terdengar bunyi bising di ruang tamu terus keluar. Kelihatan Hawa di tangga rumahnya. Irfan sedang sakan ketawa. Umar pula mengejar kucing milik arwah ibunya. Dia menggeleng kepalanya, sah kerja Irfan.

"Hawa. Kenapa berdiri dekat tangga tu?" Tanya Puan Rose. Dia meletakkan dulang di atas meja.

"Hawa.." belum sempat balas pertanyaan Puan Rose Hawa terus berlari naik ke atas bila kucing tersebut lincah berlari menaiki tangga.

"Hahahaha..!" Gelak sakan Irfan bila melihat Hawa berlari ketakutan.

"Ish Irfan. Hawa takut kucing ke? Kesian dia. Pergi letak dalam sangkar kucing tu." Arah Puan Rose. Takkan dia pulak nak berlari ambik kucing tu.

"Biarlah dia ma. Bukan kucing tu buat apa pun." Balas Irfan pula selamba.

"Pergi cepat mama cakap." Puan Rose sudah menepuk kasar bahu Irfan.

"Yee..ye Irfan pergi ni." Kata Irfan sambil berlari anak naik ke atas.

Puan Rose cuma menggeleng kepala melihat mereka. Macam budak budak. Dah lama rumah ni tak riuh macam ni.

Irfan mencari cari mana si Hawa ni. Di balkoni tiada. Irfan menggaru kepalanya. Ke tandas?

"Hawa?" Irfan mengetuk pintu tandas. Dia melekatkan telinganya pada pintu. Senyap.

Baru Irfan mahu berpusing tiba tiba..

"Bahh!" Hawa menyergahnya dari belakang.

"Kau ni kan." Irfan yang terkejut megurut dada. Nasib baik tak menjerit, kalau tak jatuh saham.

Hawa sudah ketawa mengekek melihat Irfan terkejut.

"Haa tahu takut. Buat laa orang lagi." Ejek Hawa pada Irfan. Tangannya menekup mulut menahan tawa.

"Hawa belakang kau tu." Kata Irfan sambil menunjuk ke belakang Hawa yang sedang ketawa.

"Arghhh!" Hawa terjerit ingatkan kucing tadi. Dia terus cepat cepat berlindung di belakang Irfan.

Irfan terkedu bila gadis itu tiba tiba berada di belakangnya. Hawa terasa begitu hampir dengannya. Terus jantungnya berdegup kencang.

"Takde apa laa. Aku acah je." Kata Irfan lalu menjarakkan diri daripada Hawa. Bimbang pulak bila berdebar semacam. Ishh tak boleh jadi ni.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now