BAB 61

4.4K 233 10
                                    



"Makan sendiri. Hawa nak balik bilik." Hawa cuba bangun namun Irfan terlebih dahulu berdiri di sebelahnya. Dia cuba memegang tangan Hawa namun Hawa menepis. Marah betul.

"Sayang duduk bilik mana?"

"Kenapa nak tahu?" Hawa mendengus.

"Abang nak duduk dengan sayang."

Hawa mengecilkan matanya. Ewah suka suka hati dia nak duduk dengan kita?

"Tak boleh."

"Boleh laa sayang.. abang tak boleh check in lagi. Check in pukul 2 nanti. Tak kesian abang ke?" Irfan cuba memujuk.

Memang prosedur resort check in pukul 2 namun tadi dia sudah menghubungi Imran dan dia sudah dapat kunci bilik.

"Tak kesian." Hawa terus berpusing dan berhenti sebentar.

"Jangan ikut Hawa. Kalau tak, Hawa lari." Ugut Hawa perlahan. Dengan perasaan marah dia cuba berjalan sambil menahan sakitnya.

Hawa menggigit bibir melawan sakit kaki. Dia tak mahu nampak lemah di hadapan Irfan.

Irfan pula menggaru kepala. Nampaknya Hawa betul betul marah kalini. Dia tak mahu menambah marah Hawa namun dia tak tegar melihat Hawa dalam kesakitan itu.

Tanpa berlengah Irfan mendekati Hawa. Dia mencuit Hawa lalu mencempung Hawa.

"Abang!" Hawa sedikit terjerit bila badannya terasa diawang-awangan.

"Bagitahu bilik sayang kalau tak abang tak turunkan sayang." Irfan senyum nakal.

Kali ini dia terpaksa berkeras dengan Hawa. Dia sudah berjanji dia tidak akan bagi Hawa peluang lari darinya lagi.

"Abang ni kenapa? Turun laa. Orang tengok!" Hawa menepuk bahu Irfan namun Irfan langsung tidak hiraukannya.

"Biar orang tengok. Suami tolong isteri dalam kesakitan, apa nak hairan? Lagipun sayang yang degil tak nak bagitahu abang kat mana bilik sayang."

"Bukan menolong isteri dalam kesakitan. Ini mengambil kesempatan dalam kesempitan!" Dengus Hawa lagi. Hawa mengalah kerana tidak mahu terus menerus menjadi tontonan orang. Dia memberitahu nombor biliknya.

Tapi itu tak bermakna dia sudah maafkan Irfan. Kali ini dia mahu beri pengajaran pada suaminya.

Sampai di depan pintu bilik Hawa meronta supaya Irfan turunkan dia. Sudahlah sepanjang kafe ke bilik semua orang memandang mereka.

"Lepas laa abang." Ujar Hawa sedikit geram. Dia masih lagi meronta supaya Irfan melepaskannya.

"Ish sayang ni. Kalau jatuh macam mana?" Walaupun suara Irfan perlahan namun nadanya agak tegas.

Irfan meletakkan isterinya perlahan lahan. Laju sahaja tangan Hawa membuka pintu resort itu.

Tanpa sempat Irfan masuk Hawa menutup pintu namun tangan Irfan menahan.

"Sayang.."

"Jangan paksa Hawa." Hawa cuba berkeras. Dia tak mahu mudah cair pada rayuan Irfan.

"Okay. But promise me. Tak nak lari dah dari abang." Sayu sahaja suara Irfan merayu.

"Okay." Hawa mengalah. Bukan tak nak lari masalahnya tak boleh lari! Faham tak?

Walaupun berat hati namun Irfan tetap menghormati permintaan isterinya. Selepas Hawa menutup pintu, Irfan terus kembali ke kafe untuk mengisi perut.

Lapar oi!

Selesai makan, Irfan bertemu dengan Imran di pejabatnya. Ada hal yang masih belum selesai.





ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now