BAB 18

4K 187 4
                                    




"Hawa!" Dahlia memanggil kawan baiknya bila melihat Hawa melangkah masuk ke office.

"Kau ni Lia. Cepat betul rindu aku kan? Memang tak boleh berenggang dengan aku ke?" Usik Hawa bila Dahlia seperti teruja melihatnya.

"Yee. Aku memang tak boleh berenggang dengan kau. Nak dengan kau sepanjang masa je." Dahlia menggeselkan kepalanya pada bahu Hawa. Suka dia mengusik Hawa.

"Eeuww. Shuh shuh. Geli laa weh." Tangannya menolak kepala Dahlia. Hawa sudah ketawa terkekek bila melihat muncung Dahlia.

"Sampai hati kau. Kau gelikan aku." Jeling Dahlia. Dia berpeluk tubuh konon konon merajuk.

"Lia kau tak payah buat touching kat sini eh. Kenapa kau panggil aku?" Balas Hawa pula malas melayan lakonan Dahlia.

"Kau keluar dengan Tuan Irfan eh tadi?" Soal Dahlia sambil mengangkat keningnya. Dia senyum nakal melihat Hawa.

"Ye. Kenapa?" Balas Hawa sambil mengangguk.  Mula dah tu perangai tak senonoh Dahlia.

"Kau pergi mana tadi?" Tanya Dahlia lagi.

"Dia ajak jumpa client, lepas tu client tu cancel. So kitorang pergi lunch." Jelas Hawa. Adalah tu nak bergosip.

Dahlia mengecilkan matanya. Dia merenung ke arah Hawa yang tidak memandang matanya.

"Apa? Betul laa." Balas Hawa bila memahami renungan Dahlia itu. Dia menepuk bahu Dahlia.

"Kau tak rasa ke Tuan Irfan tu sesuatu?" Dahlia cuba memancing Hawa lagi.

"Sesuatu apanya Lia?" Hawa sudah buat suara malas layan pada Dahlia.

"Kau tak rasa ke dia syok dekat kau?"

"Ish mengarutlah kau Lia. Malas laa nak layan kau." Balas Hawa sambil melangkah ke mejanya. Makin dilayan, makin menjadi.

Dahlia yang tak berpuas hati mengikut langkah Hawa itu. Dia terus duduk di hadapan Hawa.

"Hawaa. Betullah aku rasa dia syok dekat kau." Kata Dahlia lagi dengan yakin.

"Cik Dahlia. Kau jangan nak menambahkan harapan aku eh." Hawa sudah terlepas cakap.

"Harapan? Kau berharap dengan Tuan Irfan ke?" Dahlia mendekatkan mukanya pada Hawa. Dia ingin mengorek isi hati Hawa.

"Ehem.." tiba-tiba Hawa berdehem dan memberi isyarat mata pada Dahlia.

Dahlia membulatkan matanya. Dia faham bahasa isyarat tu. Dahlia terus bangun dan berpaling ke belakang.

"Hai Tuan Irfan." Sapa Dahlia dengan senyuman.

"Hai Lia." Balas Irfan lalu dia masuk ke biliknya.

Dahlia dan Hawa saling berpandangan bila Irfan langsung tidak marahkan mereka. Biasanya terus dihambur dengan sindiran kalau mereka duduk berdua. Pakej dilabel suka bergosip.

"Aku rasa betul laa dia syok kat kau." Bisik Dahlia lagi.

"Dah dah jangan mengarut. Pergi buat kerja japgi kena sembur, baru tahu kau menggelupur." Hawa sengaja berkata begitu agar Dahlia berhenti mengusiknya.

Selepas Dahlia berlalu, Hawa menarik nafas. Tiba tiba otaknya berfikir. Betul ke apa yang Dahlia cakap tu?




Tepat 5.30 petang Hawa bersiap-siap untuk pulang. Dia menjeling ke arah bilik Irfan. Irfan masih dalam biliknya. Banyak kerja kot.

Dia mengambil handbag nya lalu pergi pada Dahlia.

"Jom." Kata Hawa pada Dahlia. Macam biasalah bab balik kerja mana boleh lengah. Mereka mula jalan beriringan.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now