BAB 21

4.3K 240 19
                                    




Akhirnya Irfan memandu pulang ke rumahnya. Umar sudah lena tidur di pangkuan Hawa. Mahu baringkan dibelakang namun Umar merengek.

"Tuan Irfan.." panggil Hawa.

"Hrmm.." Irfan masih lagi memandang ke jalan raya.

"Tak boleh ke Tuan Irfan bagi perhatian sikit pada Umar? Kesian laa dia." Hawa cuba meminta simpati Irfan. Dia melihat Umar yang sedang tidur nyenyak di pangkuannya.

Teringat bila doktor bagitahu mungkin Umar demam disebabkan rindu ibu dan ayahnya. Bimbang Umar membesar jadi anak yang pendiam dan memendam rasa jika dibiarkan tanpa kasih sayang.

Walaupun kasih sayang datuk dan neneknya tidak pernah kurang, namun apa salahnya kalau Irfan turut prihatin pada anak kecil ini. Fikir Hawa.

Irfan menghela nafas. Dia tahu yang dia tak matang dalam hal ini. Dengan anak sekecil ini pun dia boleh berdendam. Namun rasa sakit hati mengatasi segala galanya.

Sebagai seorang juruterbang, mestilah impiannya untuk menjadi seorang kapten. Namun ianya tidak tercapai kerana Irfan belum sempat memenuhi jumlah jam penerbangan yang diperlukan untuk melepasi kriteria itu. Dia cumalah seorang First Officer sebelum dia meninggalkan kerjayanya itu.

Dan puncanya adalah kerana dia terpaksa resign demi masa depan Umar. Dia selalu terfikir apa salahnya sehingga dia yang terpaksa berkorban.

Betul, walaupun tanpa IDAN Exclusive, syarikat papanya tetap akan menjadi miliknya suatu hari nanti.

Tapi bukan itu yang Irfan mahukan. Dia sangat sukakan pekerjaannya itu dan sekarang orang sekeliling cuma nampak dia memberontak.

Hawa cuma memandang Irfan yang diam. Riak wajahnya nampak tenang namun Hawa tahu banyak yang berada dalam kepala jejaka itu.

"Saya tengok Umar pun takut nak dekat dengan Tuan Irfan." Hawa cuba menduga hati Irfan. Takkan sedikit pun tak rasa sayang pada budak comel ni?

"Hawa.. please.." Irfan bersuara perlahan memohon Hawa tidak membahaskan hal ini.

"Sorry Tuan Irfan. Saya tahu saya orang luar. Saya tak patut campur hal personal Tuan Irfan." Hawa tersenyum kelat.

Takpelah uncle Umar tak sayang Umar, acu ada kan?

"Kau bukan orang luar Hawa." Gumam Irfan perlahan.

"Ha? Apa dia Tuan Irfan? Saya tak dengar."

"Shhh. Nanti budak tu terkejut pulak." Irfan menjeling sekilas pada Hawa.


Sampai di rumah Puan Rose, Irfan meletakkan Umar ke dalam biliknya.

"Minum dulu Hawa. Auntie dah siapkan minuman untuk Hawa." Ujar Puan Rose sambil memimpin tangan Hawa.

"Err auntie. Sebenarnya Hawa belum solat ni. Lepas lunch Hawa terus ikut Tuan Irfan. Boleh Hawa tumpang solat sini?" Pinta Hawa. Dia segan juga kerana terpaksa menyusahkan.

Jam dah menunjukkan hampir pukul 3.30 petang. Kalau tunggu pulang ke office takut tak sempat.

"Boleh je Hawa. Jom auntie tunjuk guest room." Hawa mengikut langkah Puan Rose naik ke atas.

"Mana Hawa ma?" Soal Irfan bila tidak nampak bayangan gadis itu.

"Solat. Kamu dah solat belum?" Tegur Puan Rose. Dia memandang wajah anak lelakinya.

"Err.." Irfan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Malu bila ditegur mamanya.

"Datang bulan?" Sindir Puan Rose. Dia menjeling anaknya yang yang tidak senang duduk itu.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now