Okay disebabkan cikbunga rasa baik hati, cikbunga bagi satu lagi. hahahaha tiberr. Silalahh enjoyyy.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pagi itu Hawa bangun seawal pukul 5 pagi untuk bersiap. Jurusolek akan sampai pukul 6.30 pagi dan biasanya akan memakan masa selama dua jam untuk bersiap.
Majlis akad nikah akan berlangsung pada pukul 9 pagi dan majlis bersanding juga akan diteruskan pada waktu tengahari.
Katanya Hawa jimat duit dan jimat masa.
"Wehh Lia! Tolong aku Lia!" Hawa begitu cemas melihat dirinya di dalam cermin.
"Kenapa pulak?" Dahlia yang baru bangun dari tidur menggosok matanya memandang Hawa.
"Ni muka aku ni.. tengok ni!"
Hawa mendekatkan wajahnya pada Dahlia dan jarinya dihalakan pada dagunya. Dahlia cuba membulatkan matanya untuk melihat dengan jelas sebelum dia juga bingkas bangun.
"Hawa! Macam mana boleh jadi macam ni? Kenapa boleh tumbuh kat situ?"
"Mana aku tahu semalam okay je. Bangun pagi dah ada miss J kat sini. Adoi.. pakej eyebag pulak." Dengus Hawa bila lihat lingkaran bawah mata yang jelas kelihatan.
Masa inilah nak datang sekaligus.
"Dah dah. Kau mandi dulu Hawa. Jangan stress. Benda dah jadi nanti kita suruh MUA tutup je. Pergilah mandi nanti nak tuam ais pulak kat muka tu." Ujar Dahlia sambil menolak Hawa masuk bilik air.
Benda boleh settle tu.
Semalam mereka bercerita tak ingat dunia sampai pukul 1 pagi. Selepas ditegur Sofiyya barulah kedua-dua gadis itu tidur. Sendiri cari pasal.
Suasana di luar makin sibuk dengan suara riuh orang kampung yang mula datang untuk membantu. Untuk majlis akad nikah keluarga Hawa akan sediakan sendiri makanan manakala untuk kenduri sanding sudah ditempah katering.
Sementara Hawa menadah muka untuk disolek, Dahlia pula sibuk menolong didapur. Dahlia mula menyusun kuih muih untuk diletakkan di dalam bekas sebagai pencuci mulut.
"Lia.. angah mintak tolong Lia ambik barang dekat kereta dia." Ujar Sofiyya yang baru masuk dari pintu dapur.
"Lia tengah potong kuih ni kak long."
"Takpe biar kak long buat. Lia pergi tolong dia kejap ye. Dia tunggu tu."
Dahlia senyum kelat kepada Sofiyya sebelum menyerahkan pisau kecil di tangannya.
Dari kelmarin Dahlia cuba mengelak dari bertemu lelaki itu kerana dia tidak selesa.
Sakit bila bertepuk sebelah tangan ni. Dia melangkah berat keluar menuju mencari Ariff.
Dari jauh kelihatan Ariff sedang menunggunya di bonet kereta. Dahlia melangkah sedikit laju bila Ariff sedar kedatangannya.
"Tolong aku angkat ni. Letak dalam bilik aku."
Dahlia mengerutkan kening.
Dalam bilik dia? Serious laa? Dahlia melihat bungkusan plastik yang berisi goodies itu.
"Eh bukan goodies dah siap ke?" Soal Dahlia sambil tangannya lincah membuka plastik untuk melihat goodies itu.
Dalam bilik Hawa sudah penuh dengan goodies yang dia dan Hawa siapkan beberapa hari lepas.
"Ni untuk tambahan."
Dahlia mengangguk dan mengambil bungkusan plastik itu dari bonet kereta. Bungkusan plastik itu agak besar dan berat.
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...