BAB 66

3.9K 196 9
                                    




MELIHAT tetamu yang sudah beransur pulang, Hawa sekali lagi melabuhkan punggungnya di meja yang menempatkan ahli keluarganya. Kali ini keluarga belah Irfan. Ada Farez dan juga Suraya di situ.

"Penat ke pengantin?" Soal Suraya. Dia datang bersama Tuan Zainudin dan Puan Rose memandangkan dia sudah tinggal bersama mereka untuk sementara.

Puas menolak akhirnya dia bersetuju juga untuk tinggal bersama Puan Rose.

"Penat Sue. Baju ni berat." Keluh Hawa. Maklumlah gaun kembang ni memang guna material yang banyak.

"Tapi cantik kan?" Suraya menyentuh gaun pengantin milik Hawa. Tapi sayang, dia mungkin tidak merasa memakai pakaian cantik seperti ini.

Hawa mengangguk. Betul gaun pengantin ini sangat cantik sebab itu dia jatuh cinta buat pertama kali melihat gaun ini.

"Nanti honeymoon kat mana?" Celah Farez yang berada di hadapan mereka.

"Entahlah Farez. Tak bincang pun lagi dengan Irfan." Hawa mengangkat bahu. Irfan terlalu sibuk sekarang, biarlah nanti ada masa pasti Irfan akan mengajaknya berbulan madu.

"Paklong laa sponsor." Farez melirik pada pada Tuan Zainudin. Walaupun lelaki itu nampak dingin tetapi Tuan Zainudin seorang yang pemurah.

"Cakap je Hawa nak pergi mana. Nanti papa uruskan." Tuan Zainudin juga mengangguk pada menantunya.

"Ha! Cepat Hawa fikir. Pak long nak sponsor tu." Farez sudah tersengih-sengih. Duit pak long banyak. Tak luak pun setakat sponsor anak menantu bulan madu.

"Aah Hawa. Cari tempat yang Hawa nak pergi sangat. Mana-mana pun takpe." Tambah Puan Rose pula. Mana tahu lagi cepat dapat cucu nanti? Boleh Umar buat kawan.

"Nanti Hawa bincang dengan Irfan. Thank you papa." Tak sangka pula melepak kat meja ni membuahkan hasil.

Hilang rasa penat Hawa. Kepalanya sudah berfikir mahu honeymoon ke mana.

Selepas hilang penatnya, Hawa mengajak Puan Rose bertemu dengan ibunya Puan Hayati. Mereka berborak sebelum Irfan datang menghampiri Hawa.

"Sayang. Ingat tak kawan abang ni?" Irfan berbisik pada Hawa.

Spontan Hawa berpaling pada jejaka yang berada di samping Irfan.

Gila tak kenal? Tengku Elhan kot. Bertambah kacak.

"Tahniah Hawa." Ujar Tengku Elhan pada Hawa.

Hawa masih lagi tidak berkelip memandang Tengku Elhan. Lelaki itu memakai suit formal lengkap tidak seperti sebelum ini nampak lebih kasual dan santai. Malam ini terserlah aura dan karisma lelaki itu.

"Sayang." Irfan menyiku isterinya yang nampak mengelamun itu. Jangan cakap Hawa dah jatuh cinta dengan Tengku Elhan?

"Err ye abang. Eh, thank you Tengku." Tergagap-gagap Hawa membalas ucapan Tengku Elhan.

Sempat Hawa memandang Irfan yang memandang tajam padanya. Terus Hawa merangkul lengan Irfan. Tahu takut.

"Dia singgah kejap je. Tapi nak jumpa sayang dulu sebelum balik." Ujar Irfan.

"Oo nak balik dah. Awal.." tersedar dia terlanjur kata Hawa terus menggenggam tangan Irfan. Biasalah, pantang tengok lelaki hesmes.

"Awal apanya Hawa. Dah nak habis majlis ni." Balas Tengku Elhan selamba. Kelakar pula isteri sahabatnya ini.

"Aii sayang. Nak kena ni." Ujar Irfan sedikit geram. Nasib depan orang, kalau tak memang dia tarik je pipi tembam Hawa tu.

Puan Hayati dan Puan Rose turut ketawa. Mana tidaknya, mereka juga terkejut melihat jejaka kacak itu. Macam putera raja. Di belakangnya juga terdapat seorang lelaki seperti bodyguard kepada Tengku Elhan.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now