BAB 41

3.8K 193 6
                                    




HAWA turun ke bawah dengan berhati-hati maklumlah dia memakai baju yang agak labuh.

Matanya masih mencari kelibat Irfan. Belum sempat dia menyarung kasut, Hawa terdengar namanya dipanggil lalu dia berpaling.

"Nak ke mana?" Soal Irfan yang datang entah dari mana.

"Nak cari awak laa." Hawa merasakan jantungnya kembali berdebar apabila Irfan semakin mendekatinya.

Penangan selepas bertunang ke ni?

"Kenapa?"

"Mama ajak makan. Nanti nak balik dah. Jom lah naik makan dulu.." ujar Hawa lalu dia berpusing untuk naik ke atas.

Tiba-tiba rasa malu kalau orang tengok. Padahal bercakap je pun kan?

"Hawa.. this is for you.." Irfan menghulurkan sesuatu kepada Hawa.

Hawa menoleh kembali dan dia nampak bouquet bunga ros merah di tangan Irfan. Bouquet itu sangat besar dan terdapat juga chocolate Ferrero Rocher kegemaran Hawa.

"Awak.." hanya itu yang terkeluar dari mulut Hawa kerana dia terkejut dan terharu dalam masa yang sama. Terasa dihargai ketika ini.

Kenapa sweet sangat ni encik tunang?

Irfan cuma senyum melihat wajah Hawa yang berona merah.

"Suka tak?"

"Suka laa.. orang bagi bunga kan.. thank you.." Hawa menutup wajahnya dengan bunga kerana malu.

"Thank you je?" Irfan mengangkat kening sambil senyum nakal.

"Awak jangan macam-macam eh. Saya bagitahu mama nanti." Ugut Hawa sambil membuat muka garang. Biashe dia ni.

"Mentang-mentang laa mama baik dengan dia. Main ugut-ugut pulak." Irfan mencebik bibirnya.

"Dah cepatlah. Nanti mama bising pulak awak lambat." Kata Hawa lagi.

Malas mahu berlama di sini kerana ada beberapa orang sedang melihat mereka ketika ini.

"Okay dear." Irfan mengikut langkah Hawa naik ke atas rumah.




Sedang Irfan mengambil makanan, Hawa berdiri di sebelahnya sambil menilik bunga ros pemberian Irfan tadi.

"Tak kenyang pun tenung bunga tu. Jom teman aku makan." Kata Irfan setelah menyedari Hawa tidak mengambil makanan.

"Tak nak laa.. nanti laa saya makan.." tolak Hawa.

Makan masa ni tak best, nanti lepas semua takde baru boleh makan dengan tenang.

"Teman laa.." lembut suara Irfan memujuk.

"Tak nak.." Hawa membalas dengan muka nakalnya.

Nak je aku cubit pipi tembam dia ni. Degil.

Irfan mengambil tempat di sebelah Puan Rose. Tuan Zainudin sudah berada di bawah bersembang dengan Haji Hassan, Ashraff dan beberapa orang lain.

Umar? Awal-awal lagi Farez dah culik Umar. Jadi Umar tidak mengikut mereka ke Pekan.

"Eh Lia.. kau nak ke mana?" Soal Hawa apabila dia nampak Dahlia mahu turun ke bawah.

"Err.. aku.."

"Tiberr gagap. Kau nak ke mana? Takkan nak balik dah?" Hawa bangun mendekati Dahlia yang berada di depan muka pintu. Matanya dikecilkan.

"Angah nak ajak Lia hantar makanan kat jiran." Ariff membalas dari belakang. Di tangannya sudah ada beberapa bungkus lauk.

"Seriously?" Bisik Hawa pada Dahlia.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now