BAB 63

4.2K 209 4
                                    



HAWA merapikan dirinya dan sedang melihat final look pada cermin besar di biliknya itu. Dress high waist sequin pilihan suaminya yang berwarna navy blue itu sungguh cantik.

"Cantiknya sayang abang ni." Puji Irfan seikhlas hati. Dari tadi dia tidak berkelip memandang bidadarinya itu.

"Thank you abang. Abang pun nampak handsome sangat." Puji Hawa bila suaminya sudah berada di sebelahnya.

Irfan mengenakan tuxedo bersama bow tie berwarna navy blue. Tidak lepas Hawa memandang suaminya yang kelihatan sungguh segak.

Namun tidak lama sebelum wajah Hawa bertukar riak. Mulutnya dimuncungkan.

"Kenapa ni?" Soal Irfan bila wajah Hawa berubah.

"Hawa bimbang laa." Hawa mengeluh.

"Bimbang kenapa?"

"Bimbang orang lain terpikat dengan hubby Hawa ni." Muncung Hawa lagi.

"Mengarut laa sayang." Irfan ketawa kecil. Macam macam laa Hawa ni. Jarinya naik ingin mencuit hidung Hawa namun sempat ditepis Hawa.

"Jangan macam macam eh. Habis mekap Hawa nanti. Kang tak lawa isteri abang ni."

"Mana boleh tak lawa. The most prettiest person I've ever seen." Irfan menarik pinggang Hawa rapat dengannya. Dia menatap Hawa melalui cermin itu.

Hawa pula sudah tersipu malu. Sweet talker betul Irfan Danial ni.




TIBA di hotel, Irfan turun membuka pintu sebelah Hawa. Tangan dihulurkan untuk membantu Hawa keluar dari kereta.

Hawa menyambut huluran suaminya lalu keluar dari kereta Audi milik Irfan itu. Selepas merapikan pakaiannya, dia memegang erat tangan suaminya.

"Sejuknya tangan sayang." Irfan mengelus lembut jari isterinya.

"Hawa nervous laa abang."

"Relax sayang. I'm here. Ikut je abang okay? Dah jom." Irfan meletakkan tangan Hawa di lengannya. Lalu mereka melangkah masuk bersama sama.

Bila pintu dibuka, lampu spotlight diarahkan pada mereka lalu semua mata memandang ke arah mereka. Dewan senyap seketika sebelum masing masing menepuk tangan dan bersorak dengan ketibaan CEO mereka.

Hawa cuba mengukir senyuman walaupun dia sungguh berdebar saat ini. Kali pertama tampil di hadapan pekerja IDAN Exclusive bersama suaminya.

Hawa mengangguk sambil senyum pada mata mata yang tidak lepas memandangnya. Ada juga riak terkejut di antara tetamu yang hadir.

Irfan menarik kerusi untuk Hawa. Mereka duduk di meja VIP bersama sama Tuan Zainudin, Puan Rose juga Umar. Terdapat beberapa tetamu kenamaan yang turut dijemput hadir.

"Sayang okay?" Bisik Irfan pada isterinya. Dia masih tidak lepaskan tangan Hawa sejak dari masuk tadi.

"Okay abang." Hawa cuba bertenang. Selepas itu dia menegur Puan Rose dan Umar yang berada di sebelahnya. Kurang sikit rasa gugup.

Malam itu dimulakan dengan bacaan doa. Selepas itu acara pembukaan dan ucapan dari Irfan Danial selaku CEO IDAN Exclusive.

Hawa yang berada di bawah memandang kagum pada suaminya yang sedang berucap itu.

"Before I end my speech.. I want to share something that some of you might already know. I've already found my partner, my soul, my heart, my love and I want to share my rest of my life with her.. please meet my Hawanis, my lovely wife. " Irfan menunjukkan ke arah Hawa lalu lampu spotlight juga dihalakan pada Hawa. Terpampang wajah Hawa di skrin besar di hadapan mereka.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now