BAB 14

4.1K 187 1
                                    




Setelah tiga hari terlantar di hospital akhirnya Ariff dibenarkan pulang. Ariff juga sudah sihat kecuali kaki kirinya yang berbalut simen.

Sampai di rumah Haji Hassan, Ashraff memapah Ariff naik ke atas. Hawa pula membawa beg pakaian milik Ariff.

"Fuhh berat betul kau angah." Ashraff melepaskan lelahnya di sebelah Ariff. Dia memandang Hawa yang sedang membawa beg besar milik Ariff itu.

"Sorry susahkan kau along." Ucap Ariff. Nampaknya dia terpaksa susahkan orang sekeliling buat sementara.

"Ngah, kau jangan nak buat ayat touching kat sini eh. Along luku kau nanti." Ugut Ashraff. Tak suka betul dengar ayat dari Ariff itu.

Ariff sudah tersengih bila mendengar ugutan Ashraff. Alaa saja je.

"Kalau along luku angah, adik pulak luku along."  Tiba tiba Hawa mencelah perbualan mereka dari belakang. Angah tu tengah sakit dia nak luku pulak.

"Oo adik nak luku along ye. Meh sini." Ashraff sudah bangun mendekati Hawa dan dikepitnya kepala Hawa. Hawa bergelut melepaskan diri dari abangnya.

"Eiii. Alongg jangan laa. Habis tudung adik." Getus Hawa. Kita bergurau je pun. Dia cuba mencubit lengan abangnya.

"Abang dah laa tu sian adik. Nanti muncung pulak mulut budak tu." Tegur Sofiyya yang baru keluar dari dapur. Semalam Ashraff pulang ke Kuala Lumpur dan membawa isteri bersama anaknya Ayyash pulang ke kampung.

"Kak long tengok suami kak long ni. Eiii." Hawa masih lagi bergelut sambil menepuk lengan sado milik Ashraff.

"Lembik macam ni pun ada hati nak luku along." Ujar Ashraff sambil melepaskan lengannya. Dia cuba membetulkan tudung Hawa namun tangannya ditepis.

"Aik sentap pulak?" Usik Ashraff lagi.

Ashraff ketawa besar bila melihat muncung itik milik Hawa. Sofiyya dan Ariff juga ketawa bila melihat telatah Hawa.

"Dah laa along. Sian adik. Meh sini." Ariff memanggil Hawa supaya duduk di sebelahnya.

"Eeii malas kawan along. Nak kawan dengan angah je." Ujar Hawa lalu duduk di sebelah Ariff. Dia memeluk lengan Ariff dengan manja.

"Okay. Nak kawan dengan angah aje ye. Along tarik balik kata kata nak beli iPad baru tu. Mintak dengan angah." Ugut Ashraff pula. Baru tahu langit tu tinggi ke rendah.

Terbeliak mata Hawa mendengar ugutan Ashraff. Tak boleh jadi ni. Kempunan nak iPad baru. Lalu Hawa bangun mendekati Ashraff pula.

"Adik gurau je laa along. Adik kan adik kesayangan along dengan angah." Pujuk Hawa sambil memicit lengan Ashraff pula.

"Tadi cakap tak nak kawan kan?" Kata Ashraff dengan nada merajuk kononnya.

"Alaa gurau sikit pun tak boleh." Hawa mengerdipkan matanya. Buat buat comel.

"Okay. Nanti along beli. Pakai duit angah."

"Heiii angah pulak." Giliran Ariff pula terkejut dengan kata kata Ashraff.

"Adik tak kisah siapa siapa pun asal dapat." Hawa sudah tersengih melihat abang abangnya.







Sementara itu di IDAN Exclusive, Irfan merenung beg tangan yang berwarna putih milik Hawa di hadapannya.

Dia memanggil Dahlia masuk ke biliknya.

"Ye Tuan Irfan." Sapa Dahlia selepas Irfan membenarkan dia masuk. Dia berdiri tegak di hadapan Irfan.

"Ni handbag Hawa kan? Dia mintak tolong saya simpan. Tapi awak simpan laa sebab esok saya tak masuk office." Kata Irfan sambil menunjukkan beg tangan itu.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now