Hawa mengetap bibir bila Irfan cuma diam apabila dia bercakap pasal Suraya. Jadi Hawa juga mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sehingga mereka sampai ke pejabat."Hawa.. macam mana?" soal Dahlia pada Hawa.
"Macam mana apa Lia?"
"Alaa kau kan makan dengan bakal mak mertua tadi.. mesti best kan?" Dahlia menopang dagu memandang Hawa.
"Hmm.. best.." ujar Hawa perlahan.
Dahlia hairan dengan wajah Hawa yang kelihatan suram itu. Tadi sebelum keluar okey je. Ke gaduh dengan Irfan?
"Nah.. ni Puan Rose bagi. Makanlah Lia." Padahal tadi dia teruja mahu makan bersama Dahlia. Sekarang hilang seleranya.
Jam menunjukkan pukul 5.45 petang, Hawa masih lagi menghadap komputernya. Dia perlu siapkan laporan sebelum pulang.
"Sambung dekat rumah laa Hawa.." tegur Dahlia bila melihat Hawa masih lagi belum berkemas untuk pulang.
"Malas laa nak sambung kerja kat rumah. Ni confirm aku tak buat kalau kat rumah ni." Hawa mengerutkan dahi bila terlalu banyak spelling error dalam laporannya. Inilah padahnya buat kerja laju-laju.
Dengan pantas jarinya menekan butang delete pada keyboard itu. Sambil itu dia mengerling sekilas pada Dahlia.
"Eh kau kenapa tak balik lagi?"
"Tunggu kau laa. Takkan aku nak biarkan kau sorang sorang kat office ni." Ujar Dahlia yang sedang menonton video di aplikasi tiktok itu.
"Takpe. Aku sikit je lagi ni Lia. Kejap lagi siap aku balik." Hawa memandang sekelilingnya memang betul betul sudah tiada orang. Ish takut jugak kalau Lia takde ni.
"Betul ni?" Dahlia melihat wajah Hawa. Hawa ni dahlah penakut, berani ke dia sorang-sorang?
Mereka berdua berpaling pada bunyi derapan kaki. Fuh! Ingat siapa laa tadi rupa rupanya Irfan yang baru keluar dari biliknya. Ingatkan dah balik tadi.
"Kenapa tak balik lagi?" Soal Irfan pada Hawa dan Dahlia.
"Hawa ni nak siapkan report dulu katanya. Saya teman dia." Laju mulut Dahlia bercerita.
Hawa menyambung menaip laporan malas mahu memandang wajah Irfan ketika itu. Masih terasa hati.
"Awak balik dulu Lia. Biar saya teman Hawa." Kata Irfan pada Dahlia.
Hawa terus memandang Dahlia. Macam biasa mereka cuma berbahasa isyarat.
'Kau jangan pergi Lia!'
'Tapi dia bos aku..'
'Aku mogok dengan kau kalau kau pergi.'
Dahlia memandang wajah serius Irfan. Dia menelan air liur. 'Sorry Hawa.'
Dahlia terus mengambil beg tangannya dan berlalu dari situ.
Tak guna punya kawan. Ish! Benci laa aku macam ni. Bentak Hawa dalam hati.
Irfan mengambil tempat duduk di meja Dahlia. Dia tidak bercakap, dia cuma memandang pada Hawa yang ralit menaip laporannya.
Hawa semakin tidak selesa kerana terasa seperti ada orang memerhatikannya dari sebelah. Siapa lagi kalau bukan Irfan.
"Tuan Irfan nak apa?" Dengus Hawa.
"Kau." Selamba Irfan menjawab soalan Hawa.
"Dahlah. Pergilah balik. Jangan kacau saya."
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
Roman d'amourIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...