"SAYANG nak luggage kan? Dalam bilik abang ada luggage. Sayang pakai je laa yang tu." Ujar Irfan ketika mereka berada di rumah Puan Rose.Mereka akan berbulan madu di Pulau Jeju, Korea dan semestinya Tuan Zainudin yang sponsor semuanya.
Irfan tidak boleh mengambil cuti yang lama jadi Hawa memilih untuk ke Pulau Jeju memandangkan Irfan masih belum menjejakkan kaki ke situ.
"Nak. Hawa nak pergi tengok laa." Hawa yang sudah teruja itu terus bangun dan ingin menapak naik tangga sebelum Irfan menegurnya.
"Kejap lagi laa sayang. Abang pun nak ambil luggage jugak."
"Takpe. Hawa nak pergi tengok dulu." Kata Hawa lagi.
Maklumlah orang tengah excited. Irfan cuma menggeleng kepala bila melihat isterinya sudah berlari anak menaiki tangga.
Puan Rose juga senyum sahaja dengan gelagat menantunya. Tidak pernah bosan bila menantunya ada.
"Hotel semua dah tempah ke?"
"Dah ma. Semua Irfan dah settle. Kereta pun dah ada. Tinggal pergi je nanti." Di sana nanti Irfan akan memandu sendiri. Senang nak ke mana-mana tak terikat.
"Uncle, nanti belikan Umar toys." Tiba-tiba budak kecil itu bersuara.
"Toys apa?" Irfan mengusap kepala Umar.
"Ermm.." Umar berfikir sebentar. "Ha! Umar nak dinasour besarrr." Umar mendepakan tangannya. Mata bulatnya bersinar-sinar bila membayangkan dinasour itu.
"Bukan Uncle Farez dah beli ke?"
"Nak lagi. Boleh main lawan-lawan." Sengih Umar. Nak buat macam mana, sudah minatnya dengan bermacam-macam jenis haiwan. Lagi banyak, lagi bagus.
"Promise dengan uncle, Umar jadi budak baik. Baru dapat."
"Pomish!"
Puan Rose senyum melihat hubungan Irfan dan Umar semakin baik. Semua berkat usaha Hawa merapatkan mereka. Puan Rose bersyukur Hawa masuk ke dalam keluarga mereka. Terasa keluarga yang suram ini semakin ceria.
DI dalam bilik, Hawa menjengket kakinya untuk mencapai bagasi. Ingatkan dekat bawah rupanya Irfan simpan tinggi. Sudahlah dia ini pendek.
"Ish.. sikit lagi.." Hawa masih lagi cuba menjengket kakinya. Akhirnya dia berjaya mencapai bagasi itu.
Hawa melihat bagasi itu. Kenapa macam pelik je bentuknya? Hawa terus duduk bersila dan membuka zip bagasi itu.
Mata Hawa tertancap pada sesuatu. Belum sempat Hawa mengambil, pintu bilik dibuka dari luar. Hawa berpaling sebelum memberikan senyuman untuk suaminya.
"Jumpa tak sayang?" Irfan terus merapati isterinya yang duduk bersila itu. Dahinya berkerut bila melihat bagasi di hadapan Hawa.
"Bukan yang ni sayang. Ni luggage time abang kerja pilot dulu." Irfan senyum lalu dia juga duduk bersila di sisi Hawa. Dalam bagasi tu dia simpan semua barang kenangan semasa di bekerja di luar negara dahulu.
"Sorry. Hawa ingat sama je semua. Tapi kan abang.." Hawa terus mencapai tisu yang berlipat itu lalu dibuka.
"Kenapa sayang?"
"Ni.. mana abang dapat ni?" Hawa menunjukkan tisu itu.
"Masa abang kerja dulu, captain bagi tisu ni. Ada passenger bagi katanya." Terus Irfan mengambil tisu itu dari Hawa.
YOU ARE READING
ID untuk Hawa [C] ✅
RomanceIRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang bekerja diluar negara namun terpaksa melupakan kerjayanya demi memenuhi harapan kedua ibu bapanya. Irf...