BAB 55

4.2K 185 20
                                    



Malam itu Ariff pulang ke rumah hampir pukul 12.30 malam. Sedang dia mengunci pintu rumah, Hawa menegurnya dari belakang.

"Lambatnya angah balik."

"Ya Allah adik. Terkejut angah." Ariff menggosok dadanya kerana terkejut.

"Hee sorry. Angah keluar pergi mana tadi?"

"Jumpa kawan laa."

"Lelaki ke perempuan?" Hawa menaikkan kening.

"Ni adik tak tidur lagi kenapa? Irfan mana?" Cubaan mengelak dari soalan panas Hawa.

"Dah tidur. Adik dahaga, keluar minum air. Nampak angah adik tegur laa."

"Oo. Okaylah angah nak masuk dah ni." Ariff menggosok kepala Hawa sekilas sebelum dia masuk ke bilik.

Namun belum sempat Ariff menutup pintu, Hawa menahan.

"Kawan lelaki ke perempun?" Tanya Hawa lagi.

Kenapa payah sangat angah nak mengaku?

"Adalah. Nanti angah cerita ye. Sekarang adik masuk tidur. Goodnight adik angah." Dengan pantas Ariff menutup pintu.

Hawa menekup mulutnya di luar. Apa-apa je laa angah. Jangan sakitkan hati Lia sudah.





Keesokan paginya Hawa berkemas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Selesai masukkan semua ke dalam bagasi, Irfan bersuara.

"Letak situ nanti abang bawak masuk kereta."

Hawa akur dan dia mengambil tempat di birai katil sambil memandang Irfan yang sedang bersiap.

"Hawa rasa tak puas laa cuti. Sayang nak tinggal kampung." Hawa menjatuhkan bahunya.

"Kalau sayang tak nak kerja lagi takpe. Sambung je cuti, tapi tak boleh laa duduk kampung. Nanti abang rindu."

"Cakap pasal kerja kan.. abang bagi tak Hawa cari kerja lain?" Sebelum ini Hawa sudah menyatakan hasratnya untuk mencari kerja lain selepas berkahwin namun Irfan masih belum bagi persetujuan.

Perkahwinan mereka juga tidak dihebohkan lagi sehingga majlis resepsi sebelah Irfan sebulan lagi.

"Bukan abang tak nak bagi. Tapi macam tak perlu je sayang."

"Tapi kan memang rules company, suami isteri tak boleh bekerja satu pejabat." Hawa cuba ingatkan Irfan tentang peraturan syarikat. Peraturan yang arwah abang Irfan tetapkan.

"I will exclude you."

"Tak nak laa abang. Nanti apa pulak staf lain cakap." Tolak Hawa. Gosip dia dengan Irfan pun dah berleluasa namun dia tidak mengiyakan atau menafikan.

"Betul sayang nak cari kerja lain? Tak sayang nak tinggal bestfriend sayang?"

Hawa mengeluh. Memang dia berat hati tapi dia tak mahu pekerja lain memandang rendah pada Irfan bila Irfan berkahwin dengan staff dan bekerja satu pejabat.

Baginya, Irfan CEO merangkap ketua untuk organisasi itu sepatutnya dijadikan contoh.

Setiap perkara yang Irfan lakukan semestinya menjadi ikutan kepada pekerja. Kalau Irfan sendiri yang langgar peraturan, mesti ada makhluk yang bising nanti.

"Okay abang benarkan tapi dengan satu syarat. Abang akan tapis dulu kerja yang sayang nak tu." Akhirnya Irfan mengalah bila melihat wajah muram isterinya.

Suruh berhenti kerja Hawa tak mahu. Katanya nanti akan bosan kalau duduk di rumah.

Dia boleh sahaja menyara isterinya tapi dalam masa yang sama dia tak mahu mengongkong kehendak isterinya.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now