BAB 30

4.1K 205 10
                                    


"Angah! Stop angah!" Laung Ashraff dari depan muka pintu. Dia bergegas menuju ke arah Ariff. Dia tahu Ariff kalau dah dikuasai marah, dia takkan dengar apa apa.

"Dah angah! Aku cakap sudah! Kau kenapa ni?!"Ashraff menarik badan Ariff menjauhi Irfan. Dia melihat Irfan yang sudah berdarah bibirnya.

"Aku dah cakap dekat kau jangan percaya jantan ni! Kau tak dengar along. Jantan ni ada perempuan lain!" Jerit Ariff pada Ashraff. Dia meraup wajahnya.

Kalau Ashraff tak datang mungkin hancur muka Irfan dibelasahnya.

Hawa pula terus mendekati Irfan yang sudah terduduk di tanah itu.

"Awak.." panggil Hawa. Air matanya mengalir bila ternampak darah yang keluar dari bibir Irfan. Sayu sungguh melihat keadaan Irfan itu.

Irfan cuma menggeleng kepala memandang Hawa menandakan dia okay.

"Kau jangan dekat dengan adik aku Irfan."

Tiba-tiba tangan Hawa ditarik oleh Ariff.  Suara Ariff begitu tegang sekali.

"Apa dah jadi ni? Angah? Adik? Irfan?" Ashraff menyoal sambil tangannya memapah Irfan bangun. Dia menyuruh Irfan duduk di gazebo itu. Berdarah muka anak orang. Ish Ariff ni!

"Takde pape along. Adik boleh settle dengan Irfan. Ni salah faham je." Jawab Hawa perlahan. Dia kalau boleh mahu selesaikan sendiri masalah ini tanpa abang-abangnya.

"Settle apa? Angah belum pekak lagi. Angah dengar adik cakap si Irfan ni mengandungkan perempuan lain!" Ariff dilanda rasa marah lagi sekali. Dia ingin mendekati Irfan namun Ashraff segera menghalangnya.

"Dahlah angah. Kita dengar dulu penjelasan Irfan." Tegah Ashraff. Dia malas mahu bergaduh dengan Ariff. Tahu adik lelakinya itu sedang dikuasai marah.

"Penjelasan apanya along? Paling-paling pun dia bagi alasan je nanti." Bidas Ariff pula.

Patutlah Hawa tiba-tiba bermalam di rumah Dahlia. Rupanya bergaduh dengan Irfan.

"Angah masuk dalam rumah dulu." Tegas Ashraff. Namun Ariff tidak mengendahkan Ashraff.

Ashraff cuma menggeleng dan menyuruh Irfan masuk ke dalam rumah. Dia biarkan Ariff supaya bertenang dahulu. Hawa pula setia berada di sisi Ariff.

"Angah.." panggil Hawa.

"Orang macam tu adik suka?" Soal Ariff pada Hawa. Dia melihat wajah adik kesayangannya.

"Entahlah angah. Adik pun keliru. Tapi adik tak sempat lagi dengar penjelasan Irfan. Angah dah belasah dia." Ujar Hawa. Dia menarik tangan Ariff dan melihat tangan Ariff yang sudah merah itu.

"Jom laa masuk dulu. Nanti along marah." Pujuk Hawa lagi. Dia tahu semarah-marah Ariff, kalau dengan dia, Ariff akan lembut hati.

Ariff menguak rambutnya ke belakang. Dia masih tidak berpuas hati dengan Irfan.

"Jom laa angah." Hawa menarik tangan Ariff. Hilang sudah rasa marah pada Irfan tadi. Sekarang dia lebih risaukan Irfan yang sedang menahan sakit itu.

Ariff akur dan mengikut langkah Hawa. Dia cuba menarik nafas untuk menenangkan hatinya yang sedang menggelegak.

Dahlia cuma memandang dua beradik itu dari jauh. Terkejut dia melihat baran Ariff sebentar tadi.

Hawa masuk bersama Ariff ke dalam rumah dan matanya mencari seseorang.

"Irfan masuk toilet." Ujar Ashraff seakan mengetahui persoalan Hawa. Wajah Ashraff kelihatan tegang.

Hawa melihat Sofiyya sudah memegang kotak first aid. Dia terus mengambil kotak first aid itu dan menarik Ariff duduk.

ID untuk Hawa [C] ✅Where stories live. Discover now