16 tahun yang lalu
"Abang. Betul ke apa yang Jijah dengar?"
Tuah yang baru saja pulang dari sekolah itu tergerak hati untuk mencuri dengar perbualan mak dan bapaknya. Ini kalau maknya tahu dia curi-curi dengar pasti dia kena ganyang dengan maknya.
"Jah. Abang tak tahu. Kes masih dalam siasatan. Jah percayakan abangkan?" Ucap Bapaknya itu pada maknya.
"Jah memang percayakan abang. Tapi Jah Khawatir dengan mereka. Kes sebelum ini nasib baik abang terlepas daripada hukuman. Nasib baik bukti yang ada tidak cukup kuat untuk menuduh yang abang bersalah." Ucap Maknya pula.
"Abang memang tidak ada terlibat apa-apa dengan mereka. Abang sekarang pun tengah usaha nak berhenti kerja disana. Abang tak mahu bersubahat." Ucap Bapaknya pula.
Tuah mendengar dengan jelas apa yang mak dan bapaknya sedang bicarakan. Dia juga ada dengar cerita orang kampung yang tempat kerja bapaknya itu ada melakukan aktiviti jenayah perdagangan manusia, pengedaran dadah dan juga menyeludupan senjata api secara haram.
Tapi dia sebagai budak yang berumur 12 tahun kurang memahami apa yang berlaku.
"Sapa saja yang tahu tentang perkara ini abang?" Tanya Maknya lagi.
"Kalau ikutkan abang seorang. Tapi tak tahu macam mana berita ini boleh tersebar. Sebab pekerja-pekerja yang lain tidak tahu tentang hal ini." Jawab bapaknya pula.
"Jah risau kalau mereka sangka abangnya menyebarkan berita ini." Ucap Maknya.
"Sebab itu Jah abang nak berhenti kerja. Abang tak nak terlibat dengan apa-apa aktiviti haram seperti itu. Mereka licik dalam melakukan kerja mereka. Kalau tidak macam mana baru sekarang kantoi. Abang kerja di sana sudah 16 tahun Jah baru sekarang abang tahu. Itupun yang abang pelik bila abang tanya kawan-kawan abang mereka cakap mereka tak tahu pun." Ucap Bapaknya.
Prak!
"Aduh! Mampus aku" ucap Tuah apabila dia terlanggar penyapu yang ada dibelakangnya itu.
"TUAH! KAMU KE TU?" Laung Maknya dengan suara yang kuat.
Tuah menepuk dahinya kerana kesal dengan kecuaiannya. Mana dia nak lari?
"TUAH AKALIL."
"Ye mak." Jawab Tuah apabila suara maknya makin nyaring.
Redha sajalah.
Tuah terus menaiki tangga. Jelas terlihat maknya bercekak pinggang berdiri dimuka pintu. Tuah menundukkan kepalanya sambil jalan perlahan-lahan mendekati maknya.
Jelas wajahnya maknya tampak seperti sedang marah. Tuah menggelengkan kepala kecil. Sangat kesal dengan sikapnya itu.
"Berapa lama kamu curi dengar perbualan mak dengan bapak?" Tanya Maknya.
Tuah mendongakkan kepala. Dia mencuri pandang ke arah Maknya lalu dia menundukkan kepalanya semula kerana pandangan mata maknya tajam ke arahnya seperti mata helang sedang menunggu untuk menerkam mangsa.
"Apa kamu buat?" Tanya Maknya.
Tuah masih mendiamkan diri tidak berani dia nak bersuara. Nanti kalau jawab kena marah. Diam pun kena marah. Apa yang betul? Tak ada yang betul. Mak sentiasa betul. Sebab?
Mak perempuan. Perempuan sentiasa betul!
"Kamu tak ingat pesan mak?" Ucap Mak mengingatkannya
Tuah menganggukkan kepalanya sambil memandang ke arah Maknya. Maknya tersenyum lalu melangkah satu tapak kehadapan.
"Boleh ulang balik apa mak pernah pesan?" Ucap Maknya dengan nada serius.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...