Bab 7

66 4 0
                                    

Tuah membawa beg-beg bagasi milik Arsyakayla hingga ke hadapan biliknya. Arsyakayla mengikuti langkah Tuah dengan matanya meliar memandang sekeliling ruang rumah tersebut. Dia pelik macam mana Tuah boleh ada rumah semewah ini. Ianya nampak biasa-biasa dari laur tapi tidak didalam rumah ini. Nampak sangat mewah dan unik. Beberapa perabot klasiik dan antik juga ada.

"Malam ini kau tidur bilik ini." Kata Tuah sambil membuka pintu bilik itu. Arsyakayla yang masih larat memandang segenap ruangan rumah itu tidak menyedari ucapan Tuah.

Tuah berkerut dahi sambil memandang Arsyakayla yang asyik memandang sekeliling itu. Apa yang jakun sangat perempuan ini? Nak kata rumah ini mewah? Rumah dia Arsyakayla lagilah mewah.

"Eh. Kau tengok-tengok apa lagi?" Tegur Tuah sambul mencuit lengan Arsyakayla.

Arsyakayla memandang Tuah sambil menjeling sekilas. Dia mengusap tempat yang dicuit Tuah tadi. Matanya memandang pula ke arah pintu bilik yang terbuka luas itu.

"Bilik aku?" Tanya Arsyakayla.

"Atuk kau."

"Hah?"

"Bilik aku. Kau tidur sini malam ini faham. Bilik lain kunci dekat Maksu aku. Aku rasa dia dah tidur jadi aku malas nak kacau. Kau tidurlah dalam bilik ini." Kata Tuah sambil masuk ke dalam bilik itu dan membuka suis lampu bilik tersebut. Maka teranglah ruangan itu dari luar.

"Kau pula?" Tanya Arsyakayla pada Tuah.

Tuah memandang Arsyakayla yang masih tercegat di depan pintu bilik itu. Idea nakal bermain difikirannya. Dia melangkahkan kaki mendekati Arsyakayla. Dia tersenyum memandang Arsyakayla.

"Soalan cerdik apa yang kau beri ini? Kau tanya aku tidur mana sedangkan kita berada depan bilik aku. Mestilah aku tidur dalam bilik aku juga." Jawab Tuah dengan nada mesra.

Arsyakayla terkejut. Tuah suruh dia tidur bilik ini dan Tuah pun tidur juga dalam bilik dia. Maksudnya mereka tidur sebilik? Kepalanya menjenguk ke dalam melihat sesuatu.

Tak ada sofa!

Makna tidur sekatil!!!

Arsyakayla menggelengkan kepalanya berkali-kali membuat Tuah berkerut dahi. Tangannya naik menjentik dahi Arsyakayla membuatkan gelengan kepala gadis itu terhenti.

"Kau pahal geleng-gelang kepalanya?"

"Aku tidur dalam bilik ini?"

"Ye."

"Kau pun saya?"

"Yelah."

Arsyakayla terpotong terkejut. "BIG NO!!!!" Kata Arsyakayla sambil menjauhkan dirinya dari Tuah.

Tuah tersenyum sinis. "Why not? Bukannya aku buat apa-apa pun. Kita just tidur saja. Tidur satu bilik." Sakat Tuah lagi.

Arsyakayla mencebik. Fikirannya mulai merawang-rawang memikir pelbagai perkara. Dia memandang Tuah dengan wajah yang takut. Tuah memberikam senyuman sinis yang menakutkan Arsyakayla dan menjungkit keningnya ke atas.

"Pervert!" Marah Arsyakayla.

Senyuman Tuah mulai hilang. Dia mendekati Arsyakayla membuatkan Arsyakayla mengundurkan dirinya kebelakang hingga bahunya bertemu dengan dinding. Dia menelan air liur kesat. Sejak bila Tuah ini jadi lelaki miang?

Tuah mendekati Arsyakayla lalu meletakkan tangan kirinya kedinding. Tuah merapatkan mukanya ke arah Arsyakayla. Kepalanya digeleng kecil apabila teringat ucapan Arsyakayla baru saja tadi.

Arsyakayla terus memeluk badannya. Dia rasa ridak selamat sekarang. Tolong sesiapa bantu!!!!

"Awww." Arsyakayla mengaduh apabila dahinya dijentik oleh Tuah. Tapi kali ini agak sakit ya tak main main.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now