Bab 42

31 2 0
                                    

Tamat saja rakaman suara dimainkan. Abang Long Jugah, Tuan Hanz dan Ariana memandang ke arah satu sama lain. Masing-masing masih cuba memproses dan mempercayai apa yang mereka ucapkan.

"Korang rasa betul ke itu yang mereka rancangkan?" Tanya Abang Long Jugah pada Tuan Hanz dan Ariana.

Ariana tanpa sengaja telah terjebak dalam permainan mereka. Namun mereka berdua tetap merahsiakan sebuah rahsia besar daripada Ariana

Ariana pula termenung memandang ke arah Abang Long Jugah dan Tuan Hanz yang nampak serius itu. Sejujurnya dia juga tidak mengerti apa motif daripada semua ini. Kenapa papanya dan Pak Su nya itu terlalu ingin mengerjakan apa yang sedang dirancang Pak ngahnya sedangkan sudah bertahun-tahun lamanya mereka sibuk dengan urusan masing-masing.

Sedikit pun mereka tidak ingin mengambil peduli antara satu sama lain. Tapi tiba-tiba saja Papanya dan Pak Su berjumpa dan sepertinya sudah berbaik.

Bila ditanya jawabnya untuk menegakkan keadilan. Dia diberitahu kes pembunuhan yang dilakukan oleh Tan Sri Aariz yang menyebabkan mereka terpaksa berpisah dan mengambil haluan masing-masing oleh kerana tidak mahu terkena tempais.

Bila disuruh minta bantuan Atuk Andika dan Pak Long mereka tak mahu pula.

Rasa curiga dalam hati semakin kuat.

"Kalau aku kenal Tuah aku tak rasa itu saja rancangan Tuah." Jawab Tuan Hanz membuatkan semua orang memandang ke arah Tuan Hanz.

"Maksud kau?" Tanya Abang Long Jugah ingin penjelasan.

"Kalau dia suruh Arsya kahwin dengan Aaron supaya mereka boleh tangkap Aaron malam itu dan jadikan Aaron sebagai tebusan aku tak rasa itu saja plan Tuah. Aku yakin Tuah tetap akan kahwin dengan Arsya. Tapi kita tak pasti dengan cara apa mereka bakal berkahwin." Ucap Tuan Hanz menjelaskan maksudnya.

"Tapi kalau Tuah berkahwin dengan Arsya aku tak rasa itu mengganggu rancangan kita untuk masukkan Aariz dalam penjara." Sambong Tuan Hanz lalu memberi isyarat pada Abang Long Jugah untuk Ariana keluar.

Abang Long Jugah yang memahami isyarat Tuan Hanz itu terus memandang ke arah Ariana yang sedang termenung itu.

"Erm. Riri. Bukannya Riri ada dinner date dengan Tuah ke malam ni?" Tanya Abang Long Jugah mencari cara untuk Ariana keluar dari tempat itu.

"Oh. Riri lupa. Lah dah 5 petang. Riri belum cari baju yang sesuai lagi. Ermm Riri balik dululah kalau macam itu. Assalamualaikum". Ucap Ariana tergopoh-gapah sambil menyalami Abang Long Jugah dan Tuan Hanz.

"Waalaikumussalam." Ucap Abang Long Jugah

"Hati-hati." Pesan Tuan Hanz.

Setelah memastikan Ariana keluar dari bilik itu Tuan Hanz terus merapati Abang Long Jugah.

"Kita kena buat something Jugah. Aku yakin Tuah ada rancangan lain. Aku yakin Tuah akan kahwin dengan Arsya. Kita tak boleh biarkan mereka kahwin. Arysa kelemahan Tuah. Hanya Arsya saja yang boleh kawal Tuah. Jangan sampai Arsya rancangan kita musnah. Kalau Arysa dapat tahu rancangan kita aku yakin dia akan pujuk Tuah untuk tidak lanjutkan rancangan ini."

Apa yang diucapkan Tuan Hanz ada betulnya. Perkara itulah merupakan sebab kenapa dia tidak mahu Arsyakayla dan Tuah berkahwin. Dengan Tan Sri Aariz yang tiba-tiba saja ingin menyerah dirinya kepada pihak polis membuatkan dia makin tekad untuk hapuskan Tan Sri Aariz.

Dia tak mahu hidup merana dalam penjara. Dia tak mahu anaknya hidup seorang diri diluar ini.

"Tapi kita nak buat apa. Keadaan semakin rumit Hanz. Sudahlah Mr. Claus tak ada disini. Apa yang harus kita buat?" Kegelisahan dalam hatinya semakin kuat. Dia sudah buntu hendak buat apa sekarang.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now