3 bulan kemudian.
"Sadaq Allahul 'Azim."
Nafas dihembus panjang. Selesai membaca surah Yassin dipusara daddy dan Mummynya. Arsyakayla memandang sayu pada nama-nama yang tertera pada 2 batu Nisan itu.
Tidak terfikir oleh akal yang dia akan kehilangan kedua orang tuanya. Kehilangan mereka dalam keadaan yang sungguh tragis. 2 peristiwa hitam dalam hidupnya yang tidak akan pernah dia lupakan.
Bahkan semua peristiwa yang berlaku dalam hidupnya tidak akan dan tidak ingin dia lupakan sebagai pengajaran dalam kehidupannya akan datang.
"Mummy, Daddy. 1 minggu lagi Arsya nak bersalin dah. Nervous. Hehehe." Bicaranya pada 2 pusara itu. Dia cuba mengguna nada gurauan agar tidak terlalu melayani perasaan sedihnya.
"Arsya nak jadi ibu abang pula tak lama lagi jadi Pak Long. Huhuhu." Ucap Mikhail girang yang ada disebelah Arsyakayla itu.
Arsyakayla memandang ke arah Mikhail. Senyuman diberikan pada abangnya itu. Satu-satunya keluarga kandung yang dia masih ada. Semoga mereka sentiasa dilindungi disetiap langkah mereka.
"Tak sangka tak lama lagi kita ada ahli kelab baru." Ucap Ariana Balqis yang ada depan mereka sebelah pusara Tan Sri Aariz.
"Kau pula jadi Mak ngah. Hahaha." Ucap Mikhail pada Ariana.
"Eww excuse me. He not going to call me Mak Ngah okey. He will call me Aunty." Ucap Ariana gedik apabila dia rasa nama Mak Ngah itu terlalu kampung.
"Hakelleh aku tikam tanah kubur ini dekat kau baru tahu. Eh kalau dan melayu tulen itu melayu tulen jelah Ariana oi. Tak usah nak jadi terpaling om putih." Sindir Mikhail yang menyampah melihat kegedikan Ariana itu.
"Suka hati akulah." Jawab Ariana.
Arsyakayla sudah menggeleng-gelengkan melihat gelagat mereka berdua itu. Kejap baik kejap gaduh.
"Wah wah apa yang riuh sangat ini?" Tegur Kekanda Bima pada mereka bertiga.
Mereka bertiga terus menoleh ke adah Kekanda Bima dan Ayahanda Andika yang berjalan ke arah mereka itu.
Arsyakayla bangun dari duduknya lalu diikuti Mikhail dan Ariana.
"Biasalah Pak Long anjing kucing bergaduh." Jawab Arsyakayla lalu menyalami Kekanda Bima dan Ayahanda Andika. Kemudian diikuti pula dengan Mikhail dan Ariana.
Ayahanda Andika memandang pusara anak menantunya itu. Senyuman kecil terukir. Sayu melihat pusara itu. Pelbagai memori berlayar didalam fikirannya. Tidak sangka bahawa ini pengakhiran hidup mereka. Kematian ini merupakan peringatan bagi mereka yang masih hidup untuk sentiasa berbuat baik didunia ini kerana ajal tidak tahu bila akan tiba.
"Tenanglah kalian berdua disana." Ucap Ayahanda Andika.
Mereka semua mendiamkan diri mereka. Masih diselubungi rasa hiba. Kini, tinggallah keluarga kecil mereka ini.
Ayahanda Andika memandang satu persatu wajah ahli keluarganya yang masih ada itu. Tanpa sedar air mata menitis. Sebak bila dikenang perjalan mereka sampai detik ini. Sungguh tragis dan penuh cabaran.
"Come." Ucap Ayahanda Andika pada mereka sambil mendepakan tangannya. Serentak itu mereka semua terus memeluk erat Ayahanda Andika beramai-ramai. Masing-masing menghembur tangisan.
"Terima Kasih kerana sudi menjadi Keluarga atuk." Ucap Ayahanda Andika pada mereka.
Kekanda Bima menggelengkan kepalanya. "Kami sepatutnya berterima kasih pada Ayah kerana sudi untuk menerima kami menjadi sebahagian daripada keluarga Ayah. Tanpa Ayah siapalah kami sekarang."
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
Storie d'amoreMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...