Leo masuk ke dalam bilik kerja Tuan Hanz. Tuan Hanz kelihatan sedang sibuk membuat kerjanya didalam komputer riba itu.
"Tuan Maaf mengganggu. Saya ada pesan mesej untuk Tuan." Ucap Leo pada Tuan Hanz.
Tuan Hanz melepaskan Cermin matanya lalu memandang kenarah Leo. "Dari pada siapa?"
Tanya Tuan Hanz lalu mengambil gelas air kosong diatas mejanya itu lalu dihirupnya.
"Ayahanda Andika."
Tersembur air dari mulut Tuan Hanz apabila mendengar nama Ayahanda Andika disebut oleh Leo. Matanya terbuntang terkejut.
Mesej dari Ayahanda Andika setelah beberapa tahun? Ada apa? Kenapa tiba-tiba dia dapat messj dari Ayahanda Andika? Adakah yang lain juga menerimanya?
"Mesej apa?" Tanya Tuan Hanz dengan suara yang tersekat.
"Ayahanda Andika menjemput Tuan Hanz untuk menyertai majlis makan malam keluarga pada malam ini." Ucap Leo membaca mesej tersebut.
Dahi Tuan Hanz berkerut. Apa jadi? Kenapa tiba-tiba dia dijemput majlis makan malam ini?
"Abang Long Jugah ada datang hari ini?" Tanya Tuan Hanz. Dia belum ada berhubung dengan Abang Long Jugah lagi hari ini. Mungkin Abang Long Jugah juga dijemput.
Leo menggelengkan kepalanya.
"Call dia." Arah Tuan Hanz. Leo mengangukkan kepalanya lalu menelefon Abang Long Jugah. Namun Leoa gagal untuk menghubungi Abang Long Jugah.
"Tak dapat Tuan. Rasanya dia tutup telefonnya." Ucap Leo pada Tuan Hanz.
Tuan Hanz bangun lalu berdiri ke depan tingkap. Pandangan dibuangnya keluar.
Pelbagai persoalan bermain difikirannya. Apa jadi? Ayahanda Andika menjemputnya makan malam. Abang Long Jugah tidak dapat dihubungi. Ada yang tak kena! Dia pasti ada sesuatu yang penting membuatkan Ayahanda Andika menjemputnya.
"Tuan Hanz? Kita nak pergi atau tidak?" Tanya Leo inginkan jawapan.
"Pergi." Jawab Tuan Hanz tanpa memandang ke arah Leo.
Leo menganggukkan kepalanya." Kalau macam itu saya keluar dulu." Ucap Leo. Tuan Hanz menganggukkan kepalanya sekilas lalu Leo keluar dari bilik itu.
"Apa yang jadi? Kenapa aku tak dapat hubungi kau Jugah? Apa yang ayah nak buat?"
Dan berbagai-bagai lagi persoalan yang bermain dalam mindanya. Perasaan gusar menyelubungi hatinya. Jangan ada masalah lain yang timbul dalam masa masalah yang sekarang belum selesai.
****
T
erlihat Kekanda Bima sedang duduk dikerusi ditepi tasik itu. MakSu Ainul cuba menenangkan dirinya. Entah kenapa dia rasa tiba-tiba saja berdebar. Mungkin dia masih teringat kisah mereka yang dulu?
"Sudahlah Ainul. Yang dulu bukan yang sekarang. Kuburkan kisah silam. Pertemuan kali untuk kebaikan bersama." Ucap Ainul cuba menenangkan hati dan cuba berfikiran waras.
Bertindak guna akal, bukan guna perasaan.
MakSu Ainul terus berjalan mendekati Kekanda Bima yang membelakanginya itu.
"Assalamualaikum." Sapanya.
"Waalaikumussalam." Jawab Kekanda Bima sambil berdiri dan memalingkan dirinya ke arah MakSu Ainul. Senyuman manis diberikan membuatkan MakSu Ainul terpaksa membalasnya dengan hati yang bercelaru itu.
"Duduklah." Ucap Kekanda Bima. MakSu Ainul menganggukkan kepala lalu duduk disamping Kekanda Bima.
"Kenapa nak jumpa? Ada apa-apa berkaitan Tuah ke?" Tanya Maksu Ainul tanpa basa basi. Dia mahu segala urusan dipercepatkan agar mereka boleh hidup tenang.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...