Bab 83

25 1 0
                                    

2 hari berlalu. Mayat Tan Sri Aariz dibawa pulang ke Malaysia kelmarin dan dikebumikan selepas asar. Mikhail, Ariana, Fir,Iman, Kai dan Laura mengiringi mayat ke Malaysia.

Tuah duduk termenung sendirian digazebo belakang rumah itu. Dia masih tak menyangka bahawa Tan Sri Aariz sudah tiada.

Fikiran dan hatinya kosong. Dia tak tahu hendak rasa apa. Jujur cakap tiada rasa gembira mahupun sedih dalam hatinya. Dia masih terkejut dengan apa yang terjadi. Semuanya berlaku dengan begitu pantas.

Siapa yang tembak?

Siapa yang arahkan?

Macam mana bekalan Elektrik rumah ini boleh terpadam dan terbuka balik dalam masa 1 minit?

MakSu Ainul dan yang lain mulai menuruni tangga. Hari ini tugas mereka ialah untuk membawa pulang Mak Jijah. Semua persiapan sudah dibuat. Tinggal mahu berangkat dan memulakan kerja mereka.

"Korang masuk dulu kereta. Maksu nak jumpa Tuah." Pesan MakSu Ainul mereka semua menganggukkan kepala menurut.

"Ryan ikut sekali." Pinta Ryan Sky Bursin. Maksu Ainul menganggukkan kepalanya lalu mereka berdua berjalan menghampiri Tuah di luar itu.

"Malam ini mereka berjumpa?" Tanya MakSu Ainul pada Ryan Sky Bursin. Ryan Sky Bursin mengangukkan kepalanya tanda betul.

MakSu Ainul menganggukkan kepalanya lalu melajukan langkahnya ke arah Tuah.

"Tuah." Sapa MakSu Ainul. Tuah terus mengalihkan fokusnya pada MakSu Ainul.

"Semua dah siap?"

"Dah."

Tuah terus turun dari gazebo itu. Baru saja ingin melangkah MakSu Ainul memegang tangan Tuah membuatkan Tuah memberhentikan perbuatannya lalu memandang ke arah MakSu Ainul.

"Kenapa Maksu?"

"Kamu tak perlu ikut."

"Hah?" Berkerut dahinya apabila mendengar MakSu Ainul melarangnya untuk ikut. Ryan Sky Bursin turut kehairanan. Kenapa Tuah tak perlu ikut sedangkan Tuah nak tolong selamatkan mak dia sendiri.

"Tuah kamu rehat. Siapkan diri. Perjumpaan malam ini sangat penting dan mencabar. Siapakan diri dan mental kamu. Soal mak kamu serahkan pada Maksu. Kamu rehat tenangkan diri siapakan fizikal dan mental. Kamu perlu banyak rehat." Nasihat MakSu Ainul yang khawatir itu.

"Tapi..."

"Please Tuah. Kali ini dengar cakap Maksu. Stay duduk rumah. Biarkan kami yang pergi." Ucap Maksu Ainul bertegas.

Tuah mendiamkan diri lalu memandang Ryan sky Bursin. Dia menganggukkan kepalanya tanda apa yang Maksu Ainul cakap itu betul.

Keluhan dilepaskan. "Okey." Jawabnya Ringkas.

"Kalau macam itu Maksu pergi dulu. Ryan kamu pun sama. Duduk rumah teman Tuah." Arah MakSu Ainul pada Ryan Sky Bursin juga.

Ryan Sky Bursin mengangukkan kepalanya tanda menerima arahan.

"Maksu pergi dulu Assalamualaikum." Pamit MakSu Ainul.

"Waalaikumussalam." Ucap Tuah dan Ryan serentak. Setelah ith Maksu Ainul pun berlalu pergi.

Tuah kembali duduk digazebo itu. Ryan Sky Bursin pula duduk disamping Tuah. Dia memandang ke arah Tuah yang nampak risau dan bingung itu.

Apa yang mengganggu fikiran lelaki itu?

"Kau okey?"

Tuah memandang ke arah Ryan Sky Bursin. Senyuman ringkas diberikan tanda dia baik-baik saja. Ryan Sky Bursin tersenyum kecil.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now