Bab 39

30 2 0
                                    

Dum!!!

Bunyi hempasan pintu kereta jelas menanda Tuah sedang marah. Nafasnya sudah tidak teratur. Turun naik dadanya menahan amarah. Tak tahu apa yang jadi padanya sekarang. Perasan marah, cemas, takut, rimas, tak puas hati dan macam-macam lagi perasaan yang sukar untuk ditafsirnya.

Mengingatkan kejadian tadi semakin membara api amarah. Dia bodoh sebab terlalu risaukan keadaan Arsyakayla sedangkan Arsyakayla baru saja balik dari bersuka-ria bersama Aaron Damian Hua.

Entah kenapa hatinya begitu sakit melihat wajah lelaki itu. Dengan lagak dan sinis memandang ke arahnya.

Cemburu?

Mungkin?

Sebab aku masih sayang dia?

Tak! Dia sudah janji dengan Maksu yang dia akan fokus untuk balas dendam atas kekejaman Tan Sri Aariz.

Apa jadi dengan kau Tuah?

Mana diri kau yang dulu?

Kenapa emosi kau mudah terusik?

Apa yang sebenarnya kau nak?

Kenapa kau marah sangat?

Apa kata hati kuat Tuah?

Apa?

Apa?

Apa?

"Arghh!!!!!!!!!" Raung Tuah sekuat hati dari atas bukit itu. Kaki menyepak tanah melepas amarah. Dia cuba menenangkan hatinya namun sukar.

"Kau sepatutnya gembira dengabl Aariz mereka ketakutan. Kau sepatutnya gembira Tuah. GEMBIRA!!! Tapi kenapa kau yang nampak terlalu takut!!!!! Argh!!!!!" Raung Tuah lagi melepaskan amarahnya. Dia tak faham dengan dirinya sendiri. Hatinya seronok melihat Aariz tidak tentu arah dan ketakutan. Tapi jika ianya melibat Arsyakayla dia tak boleh.

Dia boleh jadi gila kalau apa-apa jadi pada Arsyakayla.

"Aku sayang dia." Ucap Tuah perlahan sehingga tanpa sedar air matanya mengalir.

"Aku sayang dia. Kalau aku tak sayang aku tak risau macam ni." Ucap Tuah menilai dirinya sendiri.

Kenapa takdir tidak menyebelahi kita? Kenapa kita harus menanggung sakit atas kekejaman orang lain? Kenapa kita harus gadaikan hubungan kita?

"Kenapa aku terlalu menyayangi kau Arsyakayla? Kenapa?" Ucap Tuah lemah lalu merebahkan dirinya ke tanah.

Apa patut dia buat? Dia takkan dapat lanjutkan rancangannya kalau hatinya begitu lemah pada Arsyakayla.

Dip!

Bunyi telefon bimbitnya menandakan ada mesej masuk. Dia terus mengambil dari poket seluarnya lalu memeriksa pesanan itu.

Awak dekat mana? Belum balik ke? Saya tunggu awak~ Kayla

"Kenapa aku tak dapat untuk membenci kau Kayla? Kenapa?" Ucao Tuah pasrah. Dia bangun dari duduknya itu.

Tuah memejamkan matanya sambil menenangkan diri. Nafas cuba diaturnya. Tolong Tuah kau kena bijak kawal perasaan kau. Jangan mudah lemah dengan dia.

Aku tak balik. Jangan tunggu.~ Tuah

"Ugh. Kau boleh Tuah. Kau kuat." Ucap Tuah menyakinkan dirinya. Setelah berasa tenang dia kembali menuju ke dalam kereta lalu memandu kereta meninggalkan tempat itu.

****

Aku tak balik. Jangan tunggu~ Tuah

Dia menghela nafas berat apabila membaca pesanan daripada Tuah itu. Biskut lemon yang ada didepannya dipandangnya kosong. Bertungkus lumus dia membuat biskut lemon ini hanya kerana ingin memujuk Tuah yang marah itu. Walaupun dia tak tahu apa sebab Tuah boleh beremosi begitu sekali.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now