Bab 58

34 3 0
                                    

Tuah berjalan keluar daripada rumah

"Ada apa-apa maklumat daripada Hanz?" Tanya Tuah pada Leo.

Sekarang mereka berempat berada halaman rumah belakang Ayahanda Andika. Terpaksa mereka jauh daripada yang lain untuk berbincang. Yang lain masih berada dialam rumah sedang mengemas apa-apa yang patut.

"Ada. Tuan Hanz ada bagitahu tentang perjanjian Arsyakayla dengan Mr.Claus." Ucap Leo membuatkan mereka bertiga yang mendengarnya kehairanan.

Perjanjian antara Arsyakayla dengan Mr.Claus? Sejak bila mereka buat perjanjian?

"Perjanjian? Perjanjian apa?" Tanya Akmal pelik. Agak terkejut Arsyakayla buat perjanjian fengan Mr.Claus.

"Aku tak tahu bila benda ini berlaku. Tapi kalau diikut apa yang Tuan Hanz bagi tahu sepatutnya 3 minggu dari sekarang Arsyakayla akan hadiri satu majlis perniagaan yang mengumpulkan semua ahli kaporot yang ada di Itali atas jemputan Mr.Claus. Dia akan jadi pasangan Mr.Claus disana nanti. Kiranya mereka pasangan dalam perniagaan. Aku tak tahu apa motif Mr.Claus buat macam itu. Tak logik sebenarnya bayar ganti rugi dia dengan hanya hadir majlis.  So i guess Mr.Claus akan buat sesuatu pada Arsya." Jawab Leo jelas pada Tuah.

Tuah diam. Tiba-tiba dia teringat rakaman Cctv dalam pusat membeli-belah itu. Dia terlupa nak tanya Arsyakayla tentang perkara itu. Dia mengurut dahinya. Tiba-tiba rasa pening pula kepalanya memikirkan apa yang berlaku. Lepas satu-satu kejadian berlaku.

"Tuah kau okey?" Tanya Akmal khawatir apabila melihat Tuah mengurut-ngurut keningnya itu.

"Okey. Aku pening sikit. Lepas itu  Hanz ada bagi apa-apa arahan pada aku tidak?" Tanya Tuah lagi.

"Ada dia cakap minta kau uruskan pertukaran harta atas nama kau sebab dia yakin Mr.Claus akan rampas semua harta-harta dia serta pengikutnya." Ucap Leo lagi pada Tuah.

Amir yang sedari tadi mendiamkan diri mulai bersuara. "Jap. Aku pelik apa masalah diaorang sebenarnya. Diaorang bunuh bapak Tuah lepas itu bila kantoi larikan diri. Eh tiba-tiba serahkan harta pada Tuah. Eh bangang aku tak fahamlah. Benda ini lagi tak logik." Rungut Amir yang kehairanan itu.

"Mereka buat semua ini untuk Mikhail, Ariana and Arsyakayla. Mereka memang jahat. Tapi mereka tak mahu anak-anak menjadi mangsa. Kenapa diaorang buat macam supaya Tuah jaga mereka bertiga. Kauorang pun tahu Tuah macam mana kejujurannya. And mereka juga yakin Tuah takkan usik anak-anak mereka. Mereka cuma ada masalah dengan Tuah saja. Anak-anak mereka tidak. Tuah takkan kacau orang yang tak bersalah." Jelas Leo pada mereka semua.

Tuah hanya mendiamkan diri saja. Otaknya masih buntu. Dia benar-benar tak tahu nak buat apa dan nak mulakan langkah daripada mana. Semuanya semakin hari semakin rumit.

"Aku buntu. Tak tahu nak buat apa dah." Ucap Tuah dengan nada yang perlahan-lahan.

Mereka bertiga masing-masing memandang antara satu sama lain. Kalau tanya mereka, mereka juga sama tak tahu nak mula daripada mana.

"Aku kena selesaikan dulu Mr.Claus dan Aaron. Kalau tidak keadaan akan semakin rumit. Mereka nak hapuskan kau Tuah. Kau dan abang kau. Mereka nak hapuskan korang berdua. Dalam erti kata lain mereka berdua nak bunuh kau dan abang kau." Ucap Leo memberikan idea pada Tuah.

"Kenapa diaorang nak bunuh Tuah pula? Tuah ada salah apa dengan mereka. Tuah cuma mahukannya Tan Sri Aariz, Tuan Hanz dan Abang Long Jugah saja." Ucap Amir yang masih tidak faham apa yang mereka semua mahukan.

Akmal sudah menggaru-garu kepalanya. Naik serabut kepalanya dengan Amir yang tidak faham-faham dengan apa yang berlaku.

"Amir ini last aku explain sekali lagi kau tanya memang aku sepak kau." Ucap Akmal memberi amaran. Amir menganggukkan kepalanya sambil tersengih.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now