Tuah memandang sosok tubuh seorang lelaki berada dihalaman belakang rumah itu melalui pintu ruang tamu. Dia Halif Daniel. Pembantu peribadi Tan Sri Aariz merangkap anak angkat kepada Tan Sri Aariz. Dia sangat setia dengan Tan Sri Halif sampaikan ada suatu hari Tan Sri Aariz merancang untuk melihat sejauh mana kesetiaan Halif dengan cara mengacukan pistol pada Halif seakan-akan mahu menembaknya.
Apa yang jadi? Halif hampir saja ingin membunuh dirinya kerana dia merampas pistol yang ada ditangan Tan Sri Aaris dan melepaskan tembakan pada kepalanya. Tapi nasib menyebelahinya kerana pistol itu langsung tak ada peluru didalamnya. Jadi kesetiaan Halif tidak dapat disangkal. Halif berbuat demikian kerana tidak mahu Tan Sri Aariz bunuhnyam biarkam dia mati dengan membunuh dirinya sendiri.
"Long time no see bro." Ucap Tuah sinis pada Halif.
Halif tidak memberi apa-apa respon. Sebaliknya dia fokus mengelap pistol berwarna silvernya. Dia tak sukakan kehadiran Tuah dirumah ini. Tapi dia tak ada hak untuk menghalang Tan Sri Aariz daripada membuat keputusan itu.
"Aku dengar cerita Mikhail masuk dalam 2 tahun apa cerita bro?" Tanya Tuah pada Halif dnegan nada sindiran.
Ya tercari-cari juga mana Mikail anak Tan Sri Aariz. Tapi budak-budak cakap dia masuk dalam. Kes yang berlaku di Casino Luciano. Penyerbuan secara rahsia dijalan ketika itu dan Mikail membawa sejumlah dadah yang agak banyak didalam kereta.
Tapi perkara itu tidak memberi kesan pada Tan Sri Aariz kerana kereta yang dipakai bukan milik Mikail dan Tan Sri Aariz. Kereta itu milik kawan Mikail dan Mikail ditangkap atas kesalahan bersubahat menjual barang terlarang.
Halif terdiam. Mendengar soalan Tuah membuatkan dia agak rasa lain. Nama Mikhail disebut Tuah membuatkan dia rasa panas hati. Dia memang patut masuk dalam. Kalau tidak makin banyak masalah yang dia buat nanti.
"Dia memang patut masuk dalam. Dia menyusahkan Tan Sri." Ucap Halif kasar dan dingin.
Tuah tersenyum sinis pada Halif. Dia bukannya tak tahu yang Halif ini memang bencikan Mikail. Dia bukannya tak perasan muka Halif setiap kali Mikhail bersama Tan Sri. Pasti muka dia nampak tak senang. Nampak cemburu. Halif, Halif orang lain kau boleh tipu tapi bukan Tuah!
Dia tahu kes Mikail pasti ada kena mengena dengan Halif. Mikhail orangnya bukan cuai. Dia orangnya teliti. Agak mustahil jika dia ditangkap malam itu kecuali ada yang cuba perangkap Mikhail. Dia ramai kenal polis dan dia juga tahu bila waktu polis-polis akan buat operasi.
"Kalau ikutkan Tan Sri boleh ikat jamin Mikhail. Tapi kenapa tak buat?" Tanya Tuah saja. Nada suaranya juga agak mengusik.
Halif meletakkan pistolnya ke meja dengan kasar. Dia memang tak sukakan kehadiran Tuah kerana Tuah juga akan banyak menyusahkan dirinya. Tuah suka masuk campur urusan orang.
Halif memalingkan wajahnya dan tubuhnya menghadap Tuah. Pandangan tajam diberikan. Wajahnya bengis Halif memandang ke arah Tuah. Tapi Tuah langsung tak gerun.
"Jangan sibuk hal orang. Selama 3 tahun kau tak ada disini. Semuanya baik-baik saja tak ada masalah. Jadi jangan masuk campur. Apa-apa yang berlaku sebelum ini tak ada kaitan dengan kau. Jangan sibuk ambil tahu. Jangan sibuk nak terlibat. Jaga hal kau sendiri sebelum kau juga masuk dalam!!!" Ucap Halif kasar didepan muka Tuah.
Tuah tersenyum sinis pada Halif. "Kau memang setia, tapi kau bodoh! Kau ingat aku takut? Hati-hati dengan ucapan sendiri. Takut makan Tuan badan."Sindir Tuah sinis.
"Apa masalah kau!!!" Jerkah Halif lalu menolak kuat Tuah menyebabkan Tuah terdorong kebelakang.
"Shut!!! Chill bro aku gurau saja. Hahaha kenapa nak terasa eh? Nampak macam takut. Ke kau takut temberang pecah?" "Sindir Tuah lagi bagi memanaskan hati Halif.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...