Bab 55

27 2 0
                                    

Tuah memberhentikan keretanya dihadapan rumah Ayahanda Andika. Sepanjang jalan ke sinis dia rasa aneh dengan sikap Arsyakayla yang tampak tidak seperti biasa. Arsyakayla banyak diam. Sepatah dia tanya sepatah juga dijawab. Mungkin masih tertanggu dengan apa yang dia dengar semalam.

Tapi yang hairannya kenapa Arsyakayla langsung tak cerita pada dia? Tidak pula MakSu Ainul cakap Arsyakayla minta dirahsiakan perkara itu.

Ataupun dia ada buat salah pada Arsyakayla.

Tuah memandang Arsyakayla yang diam tidak berkutik itu. Nampaknya Arsyakayla berada dalam dunianya sendiri.

"Kayla?"

"Kayla?" Tuah menggerakkan lengan Arsyakayla tapi masih tiada respon.

"Kayla!" Kali ini nada suaranya yang agak kuat menyedarkan Arsyakayla membuatkan Arsyakayla memandang ke arahnya.

"Ha?"

Tuah berkerut dahi memandang Arsyakayla. Dia mengusap lengan Arsyakayla perlahan-lahan.

"Kau okey?" Tanya Tuah khawatir.

Arsyakayla menganggukkan kepalanya tanda dua okey.

"Tak. Kau tak okey." Ucap Tuah lagi. Dia kenal Arysakayla. Dia hafal setiap gerak geri dan nada suara gadis itu. Gadis itu tidak boleh menipunya.

Arsyakayla bertindak memegang tangan Tuah yang mengusap lengannya itu.

"How can i have a problem when you are always by my side? You're my knight Tuah Akalil." Ucap Arsyakayla cuba untuk menyakinkan Tuah bahawa dia baik-baik saja. Dia sudah janji dengan MakSu Ainul untuk tidak buat Tuah susah hati.

Namun, Arsyakayla tidak bisa menipu. Tuah tahu gadis itu menipu. Tapi keadaan sekarang tidak sesuai untuk dia bertanya panjang.

"Jom." Ucap Tuah sambil mengusap ubun-ubun Arsyakayla lembut.

Arsyakayla tersenyum lalu keluar daripada kereta. Dia kena kuat lawan emosinya.

Kalau Tuah sanggup buat apa saja deminya,
Dia juga sanggup buat apa saja demi Tuah.

Arsyakayla memeluk erat lengan Tuah lalu Tuah memimpin Arsyakayla hingga masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum." Ucap Arsyakayla dan Tuah serentak.

"Waalaikumussalam."

Langkahnya terhenti melihat sosok yang menjawab salamnya itu.

Tan Sri Aariz memandang ke arah anak perempuannya dengan wajah yang sayu.

"Aariz! Dia pembunuh."

Arsyakayla cuba menenangkan dirinya yang didalam dilema perasaan itu. Marah, kesal, kecewa, sedih. Semua bercampur menjadi satu. Nafasnya kedengaran tidak teratur dan dadanya terlihat turun naik. Tiba-tiba seluruh badan terasa terketar-ketar.

Tuah yang merasa lengannya dicengkam agak kuat itu terus memandang ke arah Arsyakayla. Nampak perubahan wajah Arsyakayla menjadi takut. Mesti ini ada kaitan dengan apa yang MakSu beritahunya pagi tadi.

"Hey." Tegur Tuah sambil mengusap tangan Arysakayla yang mencengkam lengannya itu.

Arsyakayla terus memandang ke arah Tuah. Wajah Tuah tersenyum kecil memandang ke arahnya.

"Salam." Ucap Tuah memberi arahan. Arsyakayla menggelengkan kepalanya kecil tanda dia tidak mampu berhadapan dengan Tan Sri Aariz. Nampak jelas daripada matanya yang berkaca itu.

"Salam." Arah Tuah lagi dan kali ini dia menolak Arsyakayla hingga ke arah Tan Sri Aariz.

Mahu tak tahu Arsyakayla terpaksa menyalami Tan Sri Aariz walaupun dia betul lemah. Tan Sri Aariz bertindak menarik Arsyakayla ke dalam pelukannya apabila anak gadisnya itu tertindak menghulurkan tangan.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now