Bab 52

34 2 0
                                    

Tuah memberhentikan kereta dihadapan restoran milik Deniz Lie Hua. Keluar dari kereta dia menghempaskan pintu kereta dengan kuat menyebabkan orang-orang Deniz Lie Hua yang ada didepan restoran itu datang mendekatinya.

"Selamat pagi Tuah. Ada apa datang ke sini." Tanya salah seorang daripada mereka pada Tuah.

"Deniz dan Aaron mana?" Tanya Tuah nada kasar. Matanya turut melilau memandang ke dalam restoran.

"Ada dekat atas." Jawab lelaki itu.

"Panggil diaorang turun." Ucap Tuah memberi arahan.

"Tapi..."

"Aku cakap panggil-panggil sajalah!!!" Jerkah Tuah sambil mengeluarkan pistolnya lalu diacukan pada lelaki itu. Semua orang-orang Deniz Lie Hua terkejut dengan tindakan Tuah.

"Okey okey." Katanya dengan suara yang takut.

"Tuah ada dekat bawah." Ucap lelaki itu melalui walkie talkie earpiece.

Tuah menurun tangannya semula setelah lelaki itu memberitahu kehadiran disini.

Selang beberapa minit. Deniz Lie Hua dan Aaron Damian Hua nampak berjalan keluar menuju ke arahnya. Pistol ditangan masih dipegang tidak disimpan.

Deniz Lie Hua yang awalnya tersenyum ke arahnya itu terus mati senyumannya apabila melihat pistol yang ada ditangan Tuah.

"Tuah? Kenapa?" Tanya Deniz Lie Hua agak risau.

Aaron Damian Hua pula memandang tajam ke arah Tuah sambil senyuman sinis diberikan.

"Berani kau datang sini." Ucap Aaron Damian Hua dengan anda kasar.

"Aaron!" Tegus Deniz Lie Hua supaya Aaron tidak melampui batas.

"Tuah kenapa? Ada apa masalah?" Tanya Deniz Lie Hua sambil mendekati Tuah.

"Kau pesan dengan anak kau! Jangan sesekali sentuh dan kasari Arsyakayla kalau dia tak nak aku cabut nyawa dia!" Ucap Tuah memberi amaran keras.

Deniz Lie Hua sudah memejam mata geram. Apa yang anaknya buat pada Arsyakayla sampai Tuah boleh datang beri amaran. Deniz memusingkan badannya memandang Aaron Damian.

Dia membuat muka seolah-olah menahan amarah pada Aaron. Namun Aaron langsung tidak memperdulikannya.

"Sukahati aku nak buat apa dekat dia. Dia bakal isteri aku. Aku ada hak. Kau siapa nak masuk campur?" Lawan Aaron Damian Hua tanpa ada rasa gerun dengan Tuah.

Tuah tersenyum sinis. Kaki perlahan-lahan dibawa mendekati Aaron. Namun Deniz Lie Hua menahan Tuah daripada mendekati anaknya.

"Aku mohon jangan."

Namun Tuah tidak memperdulikannya. Renungan tajam diberikan pada Deniz Lie Hua menyebabkan Deniz Lie Hua menurunkan tangannya.

"Arsyakayla bukan milik kau! Kau sepatutnya tahu, kalau tak disebabkan aku Arsyakayla takkan setuju kahwin dengan kau. Eh kau tak rasa bodoh ke kahwin dengan orang yang tak cintakan kau? Bangga? Malu bro jadi jadi jantan kalau macam itu." Ucap Tuah menyindir Aaron sinis.

Aaron Damian mengepal penumbuknya dia berjalan meluru ke arah Tuah namun Deniz Lie Hua pantas mengarahkan orang-orangnya untuk menahan Aaron.

"Kau yang bodoh sia-siakan perempuan sebaik Arsya. Tak mahu eh jilat ludah kau balik? Kau yakin sangat ke Arsya setuju kahwin dengan aku sebab kau! 3 tahun aku bersama Arsya. Walaupun dia tahu aku tipu dia tentang latar belakang aku dia tetap maafkan dan setuju kahwin dengan Aku! So kau tak nampak ke yang Arsya juga mahukan aku?" Ucap Aaron beremosi sambil cuba membuat Tuah panas hati

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now