Deniz Lie Hua termenung melihat gambar ditangannya itu. Gambar seorang wanita menggendong seorang bayi perempuan itu. Setalah lama merenung dia kembali meletakkan gambar itu ke dalam laci mejanya.
"Ugh. Mana aku nak cari korang berdua ini?" Ucap Deniz Lie Hua.
Gambar didalam itu ialah gambar bekas isterinya dan bayi perempuan itu ialah anak perempuannya. Kembar kepada anak lelakinya.
Ya kembar Anak lelakinya Iaitu Aaron Damian Hua.
Dia dan bekas isterinya berpisah setelah 2 tahun perkahwinan. Anak-anak mereka sewaktu itu baru berganjak usian 1 tahun. Perpisahan mereka bukan kerana keinginan mereka atau salah faham. Namun perpisahan mereka disebabkan oleh restu keluarganya yang tidak memihak kepada mereka membuatkan dia terpaksa menceraikan isterinya ketika itu.
Dia telah diberi amaran namun dia tidak memperdulikannya. Benar kata mendiang atuknya. Dunia mereka tidak layak merasai cinta. Mereka tidak layak untuk ada hubungan rumah tangga yang harmoni. Mereka tidak boleh ada pasangan hidup. Kerana hidup dan kekuasaan mereka akan tergugat. Kelemahan mereka ialah Keluarga mereka. Itu menjadi menjadi sebab dia nekad untuk berpisah.
Oleh sebab itu, dia sangat kawal ketat gerak geri Aaron Damian. Dia tidak mahu Aaron menjadi sasaran musuh-musuhnya. Dia tidak mahu Aaron membesar dan merasai apa yang dia rasai sejak kecil. Sengsaranya berada dalam dunia gelap ini. Namun mereka tidak akan ada peluang untuk lari.
Dia tidak menyesal dengan keputusannya untuk melepas pergi isteri dan anak perempuannya. Dia tahu dia akan jadi semakin gila kalau isteri dan anak perempuannya diganggu.
Tapi...
"Aku rindukan kau Cemre. Aku rindukan kau dan anak perempuan ku. Ke mana menghilangnya kaurang berdua?" Ucap Deniz Lie Hua seorang diri.
Sekurang-kurangnya sekali saja dia ingin berjumpa dengan isteri dan anak perempuannya itu.
Tuk! Tuk!
Bunyi ketukan pintu mengejutkan Deniz Lie Hua. Lantas dia mengatur apa yang patut dimeja itu.
"Masuk." Arahnya.
"Morning Baba." Ucap Aaron Damian Hua yang masuk ke dalam bilik pejabatnya itu. Deniz Lie Hua tersenyum selebar melihat anak lelakinya itu.
Rindu yang terbuku dihati kini terubat. Sudah bertahun-tahun dia rak bersua muka dengan anak lelakinya itu. Mereka sering berhubung melalui telefon saja.
Kenapa?
Salah satu sebabnya dia tak tahu orang kenal Aaron. Belum tiba masanya untuk Aarin dikenali sebagai Anaknya. Pewaris Elite Syndicate.
"Morning, Oğlum. ( Selamat pagi anakku.)" Ucap Deniz Lie Hua sambil berdiri dan mendekati anaknya itu.
Aaron Damian tersenyum lebar lalu memeluk erat Deniz Lie Hua melepaskan rindunya.
"I miss you baba." Ucap Aaron Damian Hua yang masih belum melepaskan pelukan itu. Deniz Lie Hua menepuk belakang anaknya. Sesekali dia mencium pipi anaknya itu.
"I miss you too. Come have sit. Banyak benda yang kita perlu bualkan." Ucap Deniz Lie Hua sambil melepaskan pelukan lalu menarik Aaron untuk duduk disofa bilik pejabatnya.
"Macam mana 3 tahun di UK?" Tanya Deniz Lie Hua memulakan bicara.
"Perfect." Ucap Aaron Damian Hua dengan penuh makna. Deniz Lie Hua berkerut dahi. Nada suara Aaron membuatkan dia rasa agak pelik.
"Perfect? Hmm bunyinya macam ada sesuatu yang menyenangkan." Ucap Deniz Lie Hua.
"Urusan anak muda Baba." Balas Aaron Damian Hua. Deniz Lie Hua mengangukkan kepalanya faham. Dia rasa dia boleh agak kenapa anaknta gembira.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...