Bab 53

33 2 0
                                    

Tuah menendang kuat pintu rumah Inspektor Azlan. Inspektor Azlan yang baru saja turun dari tangga membawa beg plastik sampah berwarna hitam itu terkejut melihat tombol pintunya hancue dan sudahpun jatuh ke lantai.

Terlihat Tuah meluru ke arahnya dengan cepat dan melayangkan satu penumbuk yang sangat kuat menyebabkan dia tidak mampu untuk mengelak.

"Arghhhh."

Raung Inspektor Azlan yang sudah rebah di lantai itu. Tuah masih dengan amarahnya. Dia duduk diatas perut Inspektor Azlan dan menumbuk muka inspektor Azlan berkali-kali!

"Tuah, Tuah dah!!! Mampus abang kau nanti." Ucap Akmal sambil menarik Tuah menjauhi Inspektor Azlan dan dibantu oleh Amir itu.

Inspektor Azlan tidak berdaya untuk bangun. Dia rebah lemah dilantai. Dia melirik ke arah Tuah yang dipeluk kemas oleh Akmal dan Amir. Senyuman sinis diberikannya.

"Jadi kau tahu aku yang buat?" Tanya Inspektor Azlan sinis.

"Aku dah beri amaran jangan buat apa-apa tindakan! Yang kau bodoh pergi bunuh diaorang kenapa!!!!" Marah Tuah yang masih ditahan oleh Akmal dan Amir itu. Jika dilepaskan dia yakin Tuah akan menghabiskan riwayat hidup abangnya sendiri.

"Bodoh!!! Sampai bila aku nak tunggu?! Kau lembab!" Ucap inspektor Azlan keras dan agak kuat sambil berusaha bangun dari rebahanya itu.

"Kau ingat apa kau buat ini betul?! Bodoh kau buat kerja aku makin susah!!! Kau buat kerja aku makin rumit!! Yang kau pergi bukak semula kes kenapa bodoh!!! Kau tahu tak bahaya!!" Marah Tuah pada Inspektor Azlan. Dia tak tahu apa yang inspektor Azlan fikir. Bukak kes kembali tapi buat kerja sorang diri.

"So? Apa peduli apa bahaya. Yang penting mereka semua terima balasan atas perbuatan mereka!" Jerkah Inspektor Azlan.

"Ada nyawa orang yang tak bersalah akan terancam faham!!!!" Marah Tuah lagi. Kalau ikutkan dia memang dia bunuh tapi nyawa yang lain? Mesti terancam!

Inspektor Azlan tersenyum sinis. "nyawa orang tak bersalah terancam atau nyawa perempuan kesayangan kau akan terancam?" Tanya Inspektor Azlan sinis.

Tuah mengepal penumbuknya. Mahu saja dia beri satu tumbukan lagi ke arah muka Inspektor Azlan itu.

"Siapa nama dia? Arsyakayla Lycra kan? Your lovely little cupcake." Ucap Inspektor lagi.

Dia mendekati Tuah dengab senyuman jahat masih terukir."Hahahaha peduli apa aku! Kalau terancam lagi bagus!."

"Kau!!" Jekrah Tuah apabila Inspektor Azlan berckap seolah-olah dia ada rancangan untuk mengganggu Arsyakayla.

"Kalau kau nak cakap soal nyawa orang yang tak bersalah terancam kau patut fikir nyawa arwah bapak! Dia bersalah? Takkan. Tapi nyawa dia diragut dengan kejam Tuah!!! Dengan kejam!!! So aku rasa perempuan itu patut terima balasan. Memandangkan dia anak kesayangan pembunuh!"

Tuah sudah hilang sabar. Nafanyas kasar tidak teratur. Dengan sepenuh tenaga dia melepaskan dirinya dari pelukan Akmal dan Amir membuatkan Akmal dan Amir terjatuh kebelakang.

Tuah dengan laju mendekati Inspektor Azlan. Dengan sekelip mata Tuah menendang Inspektor Azlan dengan kuat menyebabkan badan inspektor Azlan terdorong kuat ke belakang dan merempuk pintu cermin yang mengakibatkan pintu ktu pecah menimpa Inspektor Azlan.

"Kau jangan ganggu KAYLA!!!!!" Amuk Tuah lalu menumbuk muka abangnya bertubi-tubi tanoa belas kasihan.

Inspektor Azlan tidak mampu melawan dan mengelak kerana Tuah begitu tangkas dalam berlawan.

"Tuah sudah!!!" Halang Akmal dan Amir sambil menarik Tuah untuk berhenti menumbuk Inspektor Azlan yang kelihatan lemah itu. Namun mereka gagal tapi mereka tidak berputus asa menarik Tuah menjauhi Inspektor Azlan.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now