Bab 54

34 3 0
                                    

Arsyakayla membuka matanya perlahan-lahan. Kepala terasa berat dipegangnya. Seluruh badan terasa sengal-sengal dan lenguh. Dahi terasa ada sesuatu membuatkan Arsyakayla menarik tualu kecil yang ada diatas dahinya itu.

Segenap ruangan bilik itu diperhatikannya. Badan cuba dibangunkan perlahan-lahan. Dia masih rasa lemah.

Di mana dia sekarang?

Apa jadi?

Otak cuba memutar kembali apa yang berlaku malam tadi.

Keluhan berat dilepaskan. Dia ingat dia keluar dari rumah dan memandu kereta tanpa hala tuju. Nasib baiklah kereta dipandunya masuk ke lorong rumah Tuah. Kalau salah arah dia tak tahu apa jadi padanya semalam.

"Menantu mak?"

Arsyakayla terkejut apabila ada suara menyapa. Lantas dia menoleh wajahnya ke arah pintu. Terlihat Mak Jijah berjalan ke arahnya. Senyuman manis diberikannya pada Mak Jijah.

"Mak." Sapa Arsykayla. Dia cuba untuk bangun lagi dan turun dari katil tapi Mak Jijah pantas menghampirinya.

"Jangan turun nak. MakSu cakap kamu sakit? Kenapa ini?" Tanya Mak Jijah khawatir sambil duduk dibirai katil tepi Arsyakayla itu

Tangan Arsyakayla dia raihnya dan usap lembut. Kemudian leher dan dahi Arsyakayla di pegangannya bagi merasai adakah badan Arsyakayla masih panas.

"Kenapa boleh sakit ini? Tuah tak jaga kamu elok-elok ke?" Tanya Mak Jijah khawatir. Arysakayla pantas menggelengkan kepalanya.

"Eh taklah mak. Tuah jaga saya elok sangat. Dia lindungi saya dengan baik. Saya demam sikit. Biasalah demam rindu." Jawab Arsyakayla lalu diakhiri dengan gurauan.

Mak Jijah ketawa kecil. Terhibur dengan ucapan Arsyakayla.

"Macam mak muda-muda dulu. Selalu demam kalau berjauhan dengan bapak Tuah. Bapak Tuah selalu tak balik. Ikut majikannya ke hulu ke hilir. Mak pula tak boleh berjauhan dengan bapak Tuah. Rindu." Luah Mak Jijah yang masih ingat sedikit memori bersama arwah bapak Tuah.

Arsyakayla tersenyum manis. Walaupun dalam keadaan kurang sihat mentalnya tapi rasa cinta dan kasih Mak Jijah terhadap arwah suami masih kuat. Tengoklah dia masih ingat memori bersama arwah suaminya.

"Mesti Arwah suami mak itu baikkan." Ucap Arysakayla memuji.

Mak Jijah tersipu-sipu malu arwah suaminya di puji baik. "Ye dia baik. Dia sayang mak sangat-sangat. Dia sanggup buat apa saja untuk bahagiakan mak. Dia romantis orangnya. Dia ceria. Suka buat orang ketawa. Dia tak sombong. Murah senyuman. Mak tak pernah jemu hidup bersama dia."

Arsyakayla pula yang berbunga-bunga hatinya apabila mendengar luahan rasa kasih sayang Mak Jijah pada arwah suaminya itu. Berbeza pula ye dengan Tuah yang bersikap beku itu.

"Sama macam Tuah. Dia sanggup buat apa-apa saja untuk orang yang dia sayang." Sambung mak Jijah lagi.

Arysakayla menganggukkan kepalanya tanda membenarkan apa yang Mak Jijah cakap. Ya Tuah memang sanggup buat apa-apa saja untuk orang yang dia sayang.

"Tapi dia tak pernah kisah tentang diri dia. Yang dia tahu dia mahu orang yang dia sayang bahagia. Walaupun dia terluka. Dia sanggup lindungi keluarga dan orang sekelilingnya walaupun dia terpaksa gadaikan nyawanya sendiri." Luah Mak Jijah lagi.

"Mak harap dia dapat balas dendam ke atas pembunuh-pembunuh itu."

Arsyakayla tersentak. Ucapan terakhir Mak Jijah mengundang pelbagai persoalan dalam fikirannya.

Balas dendam ke atas pembunuh-pembunuh?

Pembunuh siapa?

Apa maksud Mak Jijah?

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now