Bab12

57 4 0
                                    

Arsyakayla masuk ke dalam biliknya. Butang baju dua dari atas dibukanya. Kaki dibawa melangkah ke katil. Dengan serta merta dia merebahkan dirinya di atas katil. Penat seharian meluangkan masa dengan teman-teman tadi. Nasib baiklah tak jadi apa-apa padanya tadi. Sudahlah dia keluar tadi tak beritahu sesiapa.

Ini kalau daddy-nya mesti mengamuk punya.

Tiba-tiba dia teringat akan perbualan dia bersama Halif pagi tadi. Dia memusing dirinya dalam posisi meniarap.

Tuah pengkhianat? Betul ke?

Flashback

"Tuah."

Arsyakayla segera menjarakkan dirinya daripada Halif apabila nama Tuah yang keluar dariapda mulut Halif. Entah kenapa rasa kurang senang apabila Halif mengenyaki Tuah yang buat semua benda itu.

Atau Halif main teka saja? Yelah macamlah dia tak tahu Halif dan Tuah itu bermusuhan. Sejak dari dulu lagi. Halif nampak jelas yang dia cemburu dengan Tuah. Tuah pula memang suka naikkan angin Halif. Kata Tuah kalau dia rak buat macam itu Halif akan rasa dia seorang saja yang paling kuat sampai boleh merendahkan orang bawahan.

Ya itu betul perangainya Halif. Tapi dia baik saja sebenarnya.

"Kenapa Abang Syak Tuah? Ada bukti?" Tanya Arsyakayla inginkan penjelasan lagi.

Halif diam sambil menggelengkan kepalanya. Arsyakayla menggelengkan kepalanya melihat gelengan itu.

"Main teka saja?"

"Yes. Tapi instinct abang kuat cakap yang Tuah pengkhianat. Dia cuba nak jatuhkan Tan Sri Aariz." Kata Halif dengan penuh kebencian. Jelas wajah Halif tampak begitulah serius.

"Jangan disebabkan rasa benci abang pada Tuah membuatkan abang menunding jari padanya. Ingat kalau daddy tahu Abang cakap macam itu dengan anak buah kesayangannya itu mahu dipancungnya kepala abang." Arsyakayla memang ke arah Halif dengan pandangan serius.

Halif menunjukkan wajah tidak puas hatinya pada Arsyakayla. Dia agak bengang apabila semua orang selalu saja menangkan Tuah. Asyik-asyik...

Tuah

Tuah

Tuah

"Arsya nampak nak menangkan dia. Bukannya Arsya benci dia ke?" Pertanyaan Halif membuatkan Arsyakayla tersentak. Dia back up Tuah ke?

Eh no!

Dia cuma tak suka menuduh saja.

"Bukan nak menangkan. Arsyakayla cuba tak suka menuduh. Lagipun bukannya Arsua tak tahu abang dengan Tuah itu macam anjing dan kucing. Asyik nak bergaduh saja. Masing-masing cari salah masing-masing." Kata Arsya sambil memandang ke arah Halif dengan wajah yang sebal.

Halif mengeluh berat. Dia yakin Arsyakayla tak nak fikir bukan-bukan tentang Tuah kerana hatinya masih pada Tuah. Makin rasa kebenciannya pasa Tuah membuak-buak. Tak habis Tan Sri Aariz, Arsyakayla pula nak di tawannya. Sungguh Tuah mencabar posisinya sebagai orang terpenting keluar ini.

"What if abang boleh buktikan yang Tuah bersalah? Dan kes yang terjadi di pelabuhan itu bukak atas kecuaian Abang tapi atas rancangan jahat Tuah? Arsya nak kerjasama dengan Abang untuk jatuhkan Tuah?" Tanya Halif membuat tawaran pada Arsyakayla.

"How?"

"Tan Sri ada beri tugasan pada abang. Mr. Claus dari UK sudah tempah senjata dengan kita. This sunday night abang akan bawa semua barang-barang kepada dia di pelabuhan. Tuah tak tahu tentang ini. Jadi kalau rancangan ini berjaya ini bermaksud kes pelabuhan itu kerja Tuah." Jelas Halif pada Arsya serius.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now