Bab 32

26 3 0
                                    

"Lagi satu tentang hak penjagaan. Jika Daddy meninggal dunia ataupun cuci tangan. Hak penjagaan anak-anak Daddy automatik ditangan Deniz Lie Hua. Special for me jika umur aku mencecah 25 tahun aku tidak lagi dibawah penjagaan Deniz Lie Hua. But not you Arsya..."

"Kau akan tetap berada dibawah penjagaan dan pengawasan Deniz Lie Hua sehinggalah kau Kahwin. Jika kau Kahwin secara automatik juga kau bebas daripada Deniz Lie Hua."

Tuah meramas rambutnya kasar. Tengkuk diusap kasar. Serabut otaknya memikirkan kejadian-kejadian yang berlaku ini. Makin rumit. Dengan dendamnya belum terbalas, Masalah Mr.Claus lagi, dengan Arsyakayla yang tekad untuk hapuskan Elite syndicate daripada AA holding dan keluarga mereka dan perjanjian bodoh yang di buat Tan Sri Aariz dan Deniz Lie Hua!

Semua makin rumit. Rancangan hancur semua!

"Argh!!!" Tuah merengus kasar sambil menghentak tangan dimejanya.

"Sial! Apa yang aku patut buat! Arghh!" Ucap Tuah dalam keadaan emosi sambil menghentak tangannya ke meja lagi.

Arsyakayla miliknya dan hanya akan menjadikan miliknya!!!

MakSu Ainul, Akmal, Amir dan Sofea yang baru saja masuk dalam bilik bawah tanah tempat mereka meeting itu terkejut mendengar rengusan kasar Tuah itu.

"Tuah? Kamu kenapa?" Tanya MakSu Ainul cemas sambil menghampiri Tuah.

Tuah memandang penat ke arah Maksu Ainul sambil menggelengkan kepalanya. MakSu Ainul lantas mengusap belakang badan Tuah bagi melegakan amarah Tuah itu. Nampak yang wajahnya serabut.

"Nah Maksu." Ucap Sofea yang peka membawa segelas air kosong untuk diminum oleh Tuah. MakSu Ainul mengambilnya lalu diberikan kepadanya Tuah.

"Minum dulu." Ucap MakSu Ainul. Tanpa membantah Tuah terus meneguk air tersebut sehingga habis.

"Kenapa ni kau okey tak?" Tanya Akmal sambil mengambil kerusi lalu duduk disebelah Tuah.

Tuah hanya menganggukkan kepalanya saja. Tidak mahu membebani mereka yang lain. Kerana dia rasa dia terlalu banyak menyusahakan mereka semua. Biarlah kali ini dia buat semuanya sendiri.

"MakSu Tuah ada perkara nak bincang dengan Maksu kejap lagi." Ucap Tuah pada MakSu.

"Ada apa panggil kitaorang datang sini?" Tanya Sofea yang berada disebelah MakSu Ainul itu.

Tuah memandang ke arah mereka semua. Dia lupa yang dia panggil mereka semua untuk datang ke bilik itu. Baru saja dia tak mahu mengusahkan sesiapa tapi tujuan dia mengumpulkan mereka semua memang nak minta bantuan.

Tuah meraup wajahnya lalu menyandarkan badannya ke kerusi.

"3 minggu lagi Aariz akan buat Majlis Annual Dinner yang bakal dihadiri oleh semua ahli korporat yang berkerjasama dengan dia dan juga Ketua-Ketua kongsi gelap yang lain. Majlis itu juga bertujuan untuk memperkenalkan aku kelada mereka semua." Ucap Tuah memberikan maklumat.

Semua berkerut dahi mendengar ayat terakhir dari Tuah. Masing-masing memandang antara satu sama lain. Memperkenalkan Tuah pada mereka semua? Takkan Tuah bersetuju kot?

"Jadi kau setuju?" Tanya Sofea serius. Dia agak takut mendengar jawapan yang bakal Tuah ucapkan. Jawapan yang bukan saja mengubah hidup Tuah namun bakal mengubah hidup mereka semua juga.

"Aku setuju."

Serta merta mereka berempat mengerus tidak puas hati. Masing-masing memandang Tuah dengan pandangan yang kurang berpuas hati.

"Setelah apa yang jadi dan keadaan yang tidak aman sekarang kau boleh setuju dengan pelawaan itu? Tuah kau tak fikir ke?" Ucap Akmal yang tidak berpuas hati itu.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now