Bab 19

37 4 0
                                    

Arsyakayla dan Tuah serentak keluar daripada perut kereta. Orang-orang Tan Sri Aariz terus mendekati Tuah untuk membantu Tuah masuk ke dalam rumah.

Arsyakayla terus membuka pintu rumah untuk memberi laluan kepada mereka memapah Tuah masuk ke dalam.

"Assalamualaikum. Kami dah balik." Laung Arsyakayla kuat. Setelah Tuah dipapah masuk giliran dia pula untuk masuk. Dia menutup pintu rumah lalu berjalan ke arah ruang tamu.

Tuah masih dipapah oleh orang-orang Tan Sri Aariz hingga ke ruang tamu lalu didudukkan di sofa yang ada disitu. Sesekali Tuah mengaduh kerana terasa ngilu pada jahitannya itu.

Arsyakayla mendekati Tuah. Kaki Tuah yang berbalut terkena tembakan itu dilihatnya. Darah terlihst memenuhi pembalut itu. Dia rasa jahitan kembali berdarah.

"Kaki kau berdarah lagi. Aku rasa kau patut tuka pembalut nanti. Tak pa nanti aku suruh doktor peribadi daddy datang untuk ubatkan luka kau." Kata Arsyakayla pada Tuah. Nada suaranya kedengaran agak risau itu menarik perhatian Tuah.

Arsyakayla yang masih sibuk memandang kakinya itu dilihat tanpa sedar mengukirkan senyuman. MakSu Ainul cakap tadi gadis itu risaukan dia  sampai sanggup pergi rumah. MakSu Ainul pun ada cerita padanya yang Arsyakayla ada tolong menenangkan Mak Jijah.

Tak sangka Arsyakayla sudi membantu maknya.

"Kenapa?" Tanya Arsyakayla yang kehairanan melihat Tuah tidak berkelip memandangnta dengan senyuman kecil dibibir.

"Kau risaukan aku?" Tanya Tuah mengusik.

Arsyakayla menegakkan badan dan menelan air liur. Jelas sangat ke dia risaukan Tuah? Eh kau risaukan Tuah ke Arsyakayla? Takkan lah kau risaukan laki ini kan? Tak ada faedah langsung.

"No." Jawab Arsyakayla pendek dengan lagaknya. Tuah tersenyum sinis mendengar jawapan itu.

"Kalau tak risau takkanlah kau sanggup pergi rumah aku. Sangguh nak suruh doktor peribadi Tan Sri untuk rawat aku. Muka tu muka. Jelas sangat risau." Ucap Tuah sambil menunjuk-nunjuk ke arah raut wajah Arsyakayla itu.

Arsyakayla terus memegang mukanya. Lalu menjeling tajam ke arah Tuah. "It's part of humanity faham. Belas kasihan sesama manusia. Aku ini taklah teruk mana sampai suka tengok orang yang aku BENCI ini hilang nyawa faham." Balas Arsyakayla menyangkal dakwaan Tuah.

Tuah mendekatkan dirinya pada Arsyakayla lalu sepantas kilat dia menciut hidung mancung Arsyakayla itu. Arsyakayla terkejut dengan tindakan Tuah itu.

"Ungkapkanlah sebanyak mana penafian kau terhadap hati kau sendiri. Yang tahu cuma aku dan kau. Kau boleh tipu aku tapi kau tak boleh tipu hati kau dan kau tak boleh kawal perbuatan kau untuk terus menerus berlakon seolah-olah kau tidak peduli tentang aku. I know you very well Kayla." Ucap Tuah lalu mengenyit matanya ke arah Arsyakayla lalu senyuman manis terukir dibibir Tuah. Tangan dibawa ke ubun-ubun Arsyakayla lalu diusapnya.

Arsyakayla terkesan dengan tindakan Tuah itu. Tuah ini nak pikat dia ke apa. Sejak mereka berjumpa kembali ini Tuah asyik buat sesuatu yang menggoyahkan hatinya itu. Ada saja akal dan tindak lelaki itu untuk melembutkan hatinya yang keras itu.

"Tuah. Arsya."

Panggil suara itu menyentak lamunan mereka berdua. Tuah serta merta menjarakkan dirinya dan Arsyakayla turut berdiri dan menjauhkan dirinya dari Tuah.

Kalah lagi kalah lagi.

Dia selalu saja kalah dengan permainan Tuah dan hatinya sendiri. Tak boleh jadi. Walauapapun yang terjadi dia perlu teguhkan hati untuk tidak mencintai Tuah lagi. Walaupun dia maafkan Tuah tapi untuk kembali itu tidak.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now