Ayahanda Andika masuk ke dalam bilik Tuah. Dia terus mengunci pintu bilik tersebut. Terlihat Tuah sedang duduk santai disofa sambil membaca dokumen yang dia berikan.
"Kau dah sentuh cucu aku?"
Pertanyaan tiba-tiba Ayahanda Andika membuatkan Tuah terkejut dan berkerut dahi memandang ke arah Ayahanda Andika. Masuk tak bagi salam tiba-tiba tanya soalan pelik macam itu.
"Hah? Tak faham. Sentuh apa?" Tanya Tuah sambil meletakkan dokumen yang ada ditangannya ke tepi.
Ayahanda Andika merapati Tuah lalu dia duduk disebelah Tuah. Dia memandang tajam ke arah Tuah. "Kau dah sentuh isteri kau atau belum? Kau langgar syarat aku atau tidak?!" Tanya Ayahanda Andika serius.
Memahami maksud itu Tuah terus bangun lalu berjalan ke arah lain. Dia walaupun kasar, dan dingin macam tak ada perasaan itu tahu juga rada malu kalau cakap benda-benda macam ini tau.
Leher diusapnya bagi menghilangkan rasa kekok. Walaupun lelaki sama lelaki dia tetap malu.
"Kenapa tanya?"
"Jawab Tuah." Desak Ayahanda Andika.
Tuah memandang ke arah Ayahanda Andika. Nampak pelik saja raut wajah dan nada suara Ayahanda Andika dia perhatikan. Ada apa-apa jadi ke?
Atau ini ada kaitan dengan apa yang dia dengar? Isterinya mengandung?
"Ya." Jawab Tuah membuatkan Ayahanda Andika memejamkan mata, mengerut dahi dan menggenggam tangan menahan geram.
Dia nak marah benda halal. Tapi benda ini mendatangkan masalah lain.
"Tuah... Tuah... Tuah... Arghhh aku dah pesan jangan dulu kenapa degil." Keluh Ayahanda Andika geram. Cucunya juga satu sudah dipesan tapi langgar juga.
"Suami isteri. Benda halal memang taklah nak ditangguh-tangguh. Lagi pun tak sengaja." Ucap Tuah selamba tanpa rasa serba salah. Memang tak perlu rasa serba salah pun kan? Tak sengaja? Hotak kau tak sengaja Tuah!
"Bila?"
"Apa yang bilanya?"
"Bilalah kau buat?" Tanya Ayahanda Andika geram.
"Perlu ke bagitahu itu privasi kami." Ucap Tuah mengelak untuk menjawab soalan Ayahanda Andika yang bukan² itu.
"Jawab soalan aku. Bila!" Tegas Ayahanda Andika dengan suara yang kasar. Tuah berkerut dahi. Malas hendak bergaduh dia kena juga jawab.
"Sejak malam pertama kami kahwin." Jawab Tuah jujur.
Ayahanda Andika bingkas bangun dari duduknya. Itu bukan tak sengaja. Tapi memang tak peduli dengan amarannya. Macam mana dia nak tenang kalau cucu dia ada dekat sana ditangan musuh-musuh mereka? Nyawa Arsyakayla bukan seorang saja yang bahawa, malah nyawa dalam kandungan itu juga akan bahaya.
"Aku dah bagi amaran pada korang berdua, jangan! Tapi kenapa degil! Kenapa nak tambah banyak lagi masalah?" Luah Ayahanda Andika yang kesal itu.
Ditambah pula Tuah mahu maknya terlebih dahulu dan biarkan Arsyakayla disana. Memang tidaklah dia nak duduk diam.
Tuah pula hanya mendiamkan dirinya saja. Nampak sangat Ayahanda Andika bingung. Adakah ini ada kaitan dengan perkahwinan dan kandungan isterinya?
"Kenapa? Apa jadi?" Tanya Tuah ingin tahu. Namun Ayahanda Andika hanya menjeling saja Tuah. Dia masih cuba menenangkan dirinya. Otaknya mulai dikerah untuk mencari jalan keluar daripada masalah ini.
Dia harus ambil mereka berdua serentak. Hidupnya tak tenang kalau apa-apa jadi pada cucunya.
"Ada kaitan dengan perkahwinan Elena Ivy dan Henry Gladwin? Atau ada kaitan dengan kandungan Arsyakayla?" Tanya Tuah dua soalan itu pada Ayahanda Andika.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...