Bab 25

33 4 0
                                    

"Are you out of your mind?!" Ucap Tan Sri Aseiz terkejut mendengar penjelasan daripada Arsyakayla itu.

Arsyakayla tersengih kecil lalu menyandarkan badannya ke kerusi. Dia sudah agak reaksi daddy-nya . Tapi nak buat macam mana itu saja idea yang dia ada. Dia tak sangka pula Mr.Claus tertarik dengan ucapannya sampaikan nak buat meeting malam ini.

"Arsya. Arsya tahu tak perkara ini bahaya? Kenapa Arsya buat keputusan tanpa berfikir panjang? Yang Arsya pergi berdepan dengan Mr.Claus kenapa? Mereka orang-orang yang berbahaya Arsya." Tanya Halif pula agak kedal dengan perbuatan dan tindakan yang Arsyakayla buat tanpa memikirkan tentang keselamatan dirinya itu.

Arsyakayla menghela nafas pendek lalu memandang Tuah yang sedari hanya mendiamkan diri saja sambil memandang tepat ke arahnya. Arsyakayla membalas pandangan mata itu.

"Tuah? Kau ada apa-apa yang nak dimarahkan juga?" Tanya Arsyakayla pada Tuah.

Tuah hanya dan lalu mengalihkan pandangannya tanda tidak ada perkara yang hendak dibahas.

Arsyakayla terus memandang Tan Sri Aariz dan Halif.

"Kalau daddy dengan Abang Halif betul-betul risaukan tentang keselamatan Arsya korang berdua tak akan masih berada dalam dunia kongsi gelap ini. Sudah alang-alang terjebakkan lebih baik teruskan. Lagipun sejauh mana pun Arsya melarikan diri pada akhirnya mereka akan tetap jadikan Arsya sebagai sasaran mereka. Daripada Arsya asyik lari ke sana ke sini lebih baik Arsya latih diri Arsya untuk hadapi mereka." Ucap Arsya meluahkan perasaannya sambil membela diri.

Tan Sri Aariz mendekati anaknya dengan wajah yang tidak puas hati.

"Arsya. Kamu tak nampak pengorbanan daddy selama ini ke? Daddy cuba untuk selamatkankan kamu. I try to save and protect you from them. Didn't you see it?" Kata Tan Sri Aariz dengan nada suara yang bersungguh-sungguh.

Arsyakayla bangun daripada duduknya lalu berdiri betul-betul dihadapan Tan Sri Aariz.

"Yes i saw it. Tapi daddy pernah terfikir ke tak keputusan daddy masuk ke dalam dunia kongsi gelap meninggalkan resiko yang berbahaya pada kehidupan Arsya dan Abang Mikha? Daddy pernah fikir tak yang daddy tak akan selamanya ada dengan Arysa. Cepat atau lambat daddy akan pergi tinggalkan Arsya. Bila masanya telah tiba siapa yang boleh lindungi Arsya macam mana daddy lindungi Arsya? Abang Mikhail? Beritahu Arsya siapa? Tak ada sesiapa selain diri Arsya sendiri daddy. Diri Arsya sendiri. Macam mana Arsya nak harapkan orang lain untuk lindungi Arsya kalau Arsya pun tak boleh lindungi diri Arsya sendiri?" Arsyakayla agak beremosi semasa meluahkan isi hatinya.

Dia penat. Betul-betul penat nak lari ke sana ke sini. Kehidupan yang. Tidak pernah rasa selamat. Setiap langkah yang dia ambil dia tak tahu sama ada selamat atau tidak?

Kalau dulu memang dia tak kisah tentang apa yang daddy dia buat. Tapi sekarang? Makin lama, setiap satu persatu jenayah yang dibuat daddynya mulai terbongkar didepan matanya.

Kalau dulu daddynya beritahu dia masuk kumpulan Elite syndicate hanya untuk meminta perlindungan. Katanya mereka ahli perniagaan ramai yang membenci jadi wajar untuk ada orang-orang yang melindungi mereka daripa musuh perniagaan.

Tapi sekarang lain pula jadinya.

"Cakaplah apa yang kamu nak cakap Arsya. Daddy tetap dengan keputusannya daddy. Kamu tak akan berurusan dengan Mr.Claus. Daddy tetap dengan keputusannya daddy untuk hantar Halid sebagai ganti kamu." Ucap Tan Sri Aariz.

"Dad..."

"Tiada bantahan!" Tegas Tan Sri Aariz mengeraskan suaranya.

Namun Arsyakayla Lycra tetaplah Arsyakayla Lycra. Dia mana mahu mengalah.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now