Ayahanda Andika tersenyum gembira sambil memandang ke arah semua yang ada dimeja makan pagi ini. Sekali lagi dia bersarapan dalam suasana yang penuh harmoni. Sudah bertahun-tahun dia tidak dapat suasana seperti ini.
"Assalamualaikum selamat pagi semua." Ucap Ayahanda Andika pada semua yang ada.
Mereka semua menjawab salam dan mengucapkan selamat pagi juga pada Ayahanda Andika. Ayahanda Andika berjalan lalu duduk dikerusi miliknya yang menghadap semua orang itu.
"Selamat pagi Puan Hajijah. Saya harap Puan selesa bermalam di rumah saya." Ucap Ayahanda Andika menyapa Mak Jijah.
Mak Jijah memandang ke arah Ayahanda Andika. Dia tersenyum lebar. Dia menganggukkan saja. Matanya mula dialihkan pada makanan yang terhidang didepannya itu.
"Eh Nul. Bila nak makan ini?" Tanya Mak Jijah yang tidak sabar itu.
MakSu Ainul menggaru-garu kepalanya kerana agak segan apabila Mak Jijah bertanya soalan itu.
"Kejap lagilah kak." Bisik MakSu Ainul.Ayahanda Andika tersenyum memandang telatah Mak Jijah itu. "Semua boleh makan." Ucap Ayahanda Andika. Ayahanda Andika mengetuai bacaan doa lalu mereka semua mulai menikmati sarapan pagi mereka.
"Eh. Tuah dengan Arsya mana?" Tanya Ayahanda Andika yang baru sedar mereka berdua tidak ada.
"Alah Atuk biarkanlah mereka. Pengantin baru kan." Jawab Mikhail mengusik. Ayahanda Andika yang faham maksud Mikhail itu menganggukkan kepalanya lalu tersenyum.
"Bima kamu buat apa nanti?" Tanya Ayahanda Andika pada Kekanda Bima yang berada didepan Maksu Ainul itu. MakSu Ainul memandang sekilas Kekanda Bima sebelum dia menyuapkan Mak Jijah makanan.
"Rasanya masuk office kejap lepas tu pergi gudang check stok bahan asas untuk next projek kita." Ucap Kekanda Bima memberitahu Ayahanda Andika. Kekanda Bima mengalih pandangan ke arah MakSu Ainul yang ada didepannya itu tak sangka pula mereka boleh duduk semeja seperti ini lagi.
MakSu Ainul yang sedari dirinya diperhatikan membuatkan MakSu Ainul memandang ke arah depannya. Terkejut MakSu Ainul apabila melihat Kekanda Bima merenung ke arahnya itu. Tidak tahu hendak merespon apa selain menghadiahkan senyuman ringkas saja.
Ayahanda Andika melihat Kekanda Bima dan MakSu Ainul yang saling berbalas pandangan mata itu. Terbit rasa kasihan dalam hatinya. Dialah penyebab rumah tangga mereka berdua itu musnah. Oleh kerana terlalu ingin menyelamatkan mereka bertiga Kekanda Bima terpaksa gadaikan rumah tangganya demi adik-adiknya itu. Sungguh dia betul-betul kesal dengan apa yang telah berlaku.
"Bima."
"Ye Ayah."
"Tolong carikan sebuah rumah untuk keluarga Tuah. Cari rumah yang jauh daripada bandar. Kalau boleh tempat yang susah untuk dijumpai. Aku dah janji pada Tuah untuk lindungi mereka." Ucap Ayahanda Andika memberi arahan. Kekanda Bima tidak membantah. Dia menganggukkan kepalanya saja.
"Ainul." Panggil Ayahanda Andika pula membuat MakSu Ainul terkejut lalu memandang ke arah Ayahanda Andika.
"Ye Ayahanda."
"Kamu ikut Bima nanti ye. Tentang Puan Hajijah jangan risau nanti saya panggil Akmal dan yang lain untuk datang ke sini jaga dia. Buat masa sekarang kami semua tinggallah disini dulu." Ucap Ayahanda Andika memberi arahan pada MakSu Ainul. MakSu Ainul yang keberatan itu terpaksa mengangukkan kepalanya. Nak dilawan macam manakan.
"Baik Ayahanda." Jawab MakSu Ainul.
"Panggil Ayah saja."
MakSu Ainul diam. Dia rasa agak kekok sekarang. Kekanda Bima dilihatnya. Kekanda Bima tersenyum kecil lalu mengangukkan kepalanya sekilas membuatkan MakSu Ainul berbuat demikian.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...