Bab 73

27 0 0
                                    

Arsyakayla membuka kasar pintu balkoni rumah Agam Mr.Claus hingga menghasilkan bunyi kuat. Nasib baik tingkat ini memang kosong.

Dia perlukan oksigen yang mencukup untuk dia bernafas. Otaknya mulai serabut, dadanya berombak kencang menahan amarah. Nafasnya juga tidak teratur. Amarah semakin lama semakin membara.

Dia melemparkan beg ke lantai. Ribut taufan dialam dirinya cuba dia redakan.

Aaron Damian Hua memang mencabar tahap kesabarannya.

"Elena Ivy."

"ARSYAKAYLA LYCRA AKALIL!!!" Jerkah Arsyakayla kuat dengan matanya yang dibesarkan menandakan dia betul-betul marah.

Aaron Damian terus menutup pintu balkoni itu. Takut-takut ada yang mendengar suara lantang Arsyakayla itu.

"I tahu you marah i. Tapi you tak perlu nak lepaskan amarah you dekat sini. Kalau ada orang dengar nama yang you sebut itu macam mana?"

"Aku peduli apa dengan orang! Yang aku nak tahu sekarang, siapa beri kebenaran kau buat keputusan untuk hidup aku!" Marah Arsyakayla sambil menolak kasar dada Aaron Damian melepaskan amarahnya.

"I tahu you marah. Tapi apa yang i buat tak salah Arsya. You mengandungkan anak i so i nak bertanggungjawab. Kita kahwin and..."

"ENOUGH!!!" Jerkah Arsyakayla lagi membuatkan Aaron Damian terus mendiamkan diri. Kalau tidak disebabkan kandungan Arsyakayla mungkin dia mengamuk juga.

"Kau dengar sini baik-baik! Aku takkan kahwin dengan kau! Faham! Takkan! Aku hanya milik Tuah Akalil dan sampai bila-bila takkan ada sesiapa yang boleh milik aku selain Tuah Akalil! Ingat benda itu dalam kepala otak kau!" Ucap Arsyakayla tegas dan kerasa sambil menujal bahy Aaron berkali-kali.

"Arsya wake-up wake-up!!! Tuah dah mati! Sampai bila-bila pun dia takkan hidup balik faham. Tak boleh ke you sedar dari mimpi you dia dah mati dia takkan kembali lagi. Dia takkan ada lagi dibumi ini. Tuah Akalil yang you banggakan selama ini sudah ma.!"

Pak!

Berdesing telingan Aaron Damian Hua apabila dia menerima tamparan kuat daripada Arsyakayla dipipi kirinya membuatkan kepala terteling ke kanan.

Arsyakayla tersenyum sinis ke arah Aaron Damian. Dia mendekati lelaki itu. Wajah Aaron ditolak kasar ke kiri agak memandang ke arahnya.

"Dengar lagi sekali. Aku takkan kahwin dengan kau. Aku milik Tuah Akalil. Takkan ada sesiapa yang boleh milik aku kecuali dia. Walaupun dia dah tak ada dalam dunia ini. Tapi dia tak pernah mati dalam hati aku dan ingatan aku. Faham! Dan kau tak layak untuk cakap apa-apa tentang Tuah Akail! Tak layak!" Ucap Arsyakayla dengan nada sinis dan kasar. Cukup membuatkan hati Aaron Damian terguris.

Namun Aaron Damian masih cuba untuk menahan dirinya. Dia tak mahu naik tangan pada lelaki itu.

Arsyakayla terus melangkahkan kakinya ke arah lain. Cuba menenangkan dirinya. Dia tak mahu emosinya akan menjejaskan kandungan ini. Dia kena jaga kandungan ini betul. Jangan sampai dia kehilangan satu-satunya pewaris keturunan Tuah Akalil. Ini bukti cinta mereka berdua.

"Kalau kau betul-betul tak sayang aku dan tak nak kahwin dengan aku. Aku cabar kau gugurkan kandungan itu."

Serta merta hati Arsyakayla tersentap. Ucapan Aaron Damian dibelakangnya benar-benar mengelukan lidahnya.

Mana mungkin dia buat begitu! Takkan?

"Kenapa diam?" Tanya Aaron Damian sinis kalu berjalan mendekati Arsyakayla. Dia berdiri betul-betul dibelakang gadis itu.

"Kau takkan gugurkan kandungan itu sebab aku tahu perkara sebenarnya..."

Serta merta Arsyakayla membulatkan matanya terkejut. Aaron Damian tahu perkara sebenarnya?

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now