Saat yang dinantikan telah tiba. Turunnya Arsyakayla daripada tangga menuju ke ruang tempat akad nikah menarik semua perhatian para tetamu. Majlis akad nikah yang diadakan dirumah Ayahanda ini hanya dihadiri oleh Ahli keluarga dan sahabat handai saja. Tidak begitu ramai tapi cukup untuk memeriahkan suasana majlis itu.
Tuah memerhati tetamu yang terlihat terpegun melihat sesuatu. Dia yakin mereka semua melihat Arsyakayla. Tampak wajah para tetamu tersenyum gembira dan tergamam. Ingin saja dia menoleh kebelakang tapi belum masanya lagi.
"Eh pengantin lelaki? Tak nak pengantin bakal pengantin perempuan ke. Kot kotlah salah pengantin yang datang. Merana hidup." Gurau Tok Kadi. Kedengaran suara tawa tetamu memenuhi ruangan itu.
Tuah tersengih malu. Sudahlah dia tidak biasa menjadi tumpuan orang ramai. Boleh pula Tok Kadi ini bergurau dengannya.
"Eh diam pula dia. Tak nak kahwin ke?" Tanya Tok Kadi lagi apabila Tuah tidak terkutik langsung.
Tuah lantas mendongakkan kepalanya memandang Tok Kadi itu. Gila tak nak kahwin! Bukan senang dapat peluang ini.
Tuah terus memusingkan kepalanya memandang ke atas pelamin.
Nikmat apa yang kau dustakan lagi?
Tuah terpegun melihat keayuan Arsyakayla yang mengenakan tudung itu. Cukup cantik ditambahkan dengan Tiara yang terletak diatas kepalanya itu.
Inikah yang dinamakan bidadari dunia?
Arsyakayla tersenyum malu melihat Tuah yang tidak lepas memandangnya itu. Sudahlah ramai para tetamu tersengih-sengih memandang Tuah. Dia rasa nak merah pipinya menahan malu.
Arsyakayla memberi isyarat pada Tuah supaya Tuah kembali kepada realiti. Namun Tuah tidak merespon apa-apa. Sofea dan Laura yang berada disamping sudah mencucuk-cuck lembut pinggang dan lengannya. Tuah memang buat hal.
"Ehem... Rasanya kita dah boleh mulakan majlis ni. Nampaknya pengantin lelaki macam dah tak sabar tu. Tak lepas pandang dia pada pengantin perempuan. Kesian pengantin perempuan tahan malu."
Terserta-merta lamunan tersentak. Tuah memejam mata menahan malu. Pertama kali dalam sejarah hidupnya dia menahan malu berkali-kali.
Ayahanda Andika dan Mikhail gelak mendengar gurauan Tok Kadi itu. Tuah menundukkan kepalanya malu.
"Mari kita mulakan Majlis." Ucap Tok Kadi. Semua saksi termasuk Tuah menganggukkan kepala mereka.
Tok Kadi menghulurkan tangan dan Tuah menyambutnya.
"Bismillahirrahmanirrahim. Saya nikah dan kahwinkan Arsyakayla Lycra binti Aariz yang telah berwakil walikan Tan Sri Aariz bin Mokhtar kepada saya dengan Tuah Akalil bin..."
"Tunggu!"
Serta merta semua orang memandang ke arah suara yang mengganggu acara majlis itu. Terlihat seorang lelaki yang masuk ke dalam ruangan itu sambil tersenyum sinis ke arah Tuah Akalil.
Tuah nampak terkejut dengan kehadiran lelaki itu membuat dia bangun dari duduknya lalu berdiri berhadapan lelaki itu. Lelaki itu masih tersenyum sinis padanya sambil berjalan perlahan-lahan mendekati ke arah tempat Akad dilangsungkan.
"Siapa tu?" Tanya Arsyakayla kehairanan. Hatinya mulai gelisah sekiranya apa-apa berlaku pada majlis perkahwinan mereka ini.
"Mana janji kau? Kau mungkir janji Tuah Akalil." Ucap Lelaki itu sinis. Kemudian lelaki itupun memandang ke arah pelamin. Lebih tepat ke arah Sofea.
"Kau pun sama Sofea Zalikha. Korang berdua mungkin janji." Ucap lelaki itu sinis lagi.
Arsyakayla memandang ke arah Sofea yang sudahpun berdiri itu. Wajah Sofea juga kelihatan terkejut dengan kehadiran lelaki itu.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
Любовные романыMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...