Arsyakayla dan Tuah serentak masuk ke dalam bilik kerja Tan Sri Aariz. Terlihat Halif dan Tan Sri Aariz sedang berbual. Tampak wajah Tan Sri Aariz sedikit bengis. Tuah cuba mengawa riak wajahnya. Tidak mahu nampak terlalu risau atau cemas.
Kali ini dia kena bijak melontarkan kata-kata berdasar bukti yang Halif dapat.
Arsyakayla melepaskan tangan Tuah lalu berjalan ke arah daddy-nya. Dia menyalami daddy-nya.
"Kamu tak pergi kerja?" Tanya Tan Sri Aariz.
"Pergi tapi lepas meeting ini. Arsya nak Tuah yang teman Arsya kerja." Jawab Arsya.
"Daddy-nya boleh minta tolong man hantarkan sebab Daddy nak berbincang hal serius dengan Tuah. Jap daddy..."
"No daddy. Arsya tetap akan pergi kerja dengan Tuah. Oh by the way Arsya sertai sekalikan dalam meeting ini? Sebab man cakap daddy arahkan semua orang untuk datang sini.." Halang Arsyakayla apabila melihat Tan Sr Aariz mencapai telefon bimbit.
Tan Sri Aariz diam. Dia salah. Sepatutnya dia hanya benarkan Tuah dan Halif saja. Tapi disebabkan emosinya tidak stabil dia arahkan semua untuk masuk meeting.
"Sorry dalah information. Daddy nak Tuah dan Halif saja. Arsya boleh beritahu yang lain juga." Ucap Tan Sri Aariz laku bangun dari duduknya.
Arsyakayla berkerut dahi. Kenapa pula salah? Kalau salah pun tak boleh ke dia sertai?
"Okey Arsya boleh beritahu mereka but still Arsya nak sertai meeting ini." Kata Arsyakayla bertegas.
"Nothing to do with you Arsya. Arsya boleh keluar. Ini bukan soalan AA holding faham ini soal..."
"Kerja jahat daddy? I know daddy. But i still nak juga sertai. Why tak boleh? Kalau Daddy boleh buat benda jahat macam itu why not me?" Arsyakayla mulai bertindak melawan ucapan Tan Sri Aariz. Nada suaranya cuba mencabar.
Dia bukan nak bersikap kurang ajar. Tapi dia rasa kepulangan dia ke disini bukan hanya kepulangan biasa. Tapi kepulangan untuk betulkan apa yang tidak betul.
Selama 23 tahun dia hidup tapi tak pernah kisah tentang apa yang daddy-nya buat. Sebab dia sentiasa fikir daddy-nya buat semua benda untuk kebaikan keluarga mereka. Tapi sejak dia dengar berita abangnya masuk penjara dia sudah mulai rasa dia bertanggungjawab untuk singkirkan manusia-manusia dan pengaruh-pengaruh yang memberi kesan negetif pada keluarga.
"Kamu keluar. Daddy tak benarkan." Ucap Tgeas Tan Sri Aariz.
"No i will stay."
"Arsya abang rasa lebih baik Arsya keluar. Jangan keruhkan keadaan. Kami cuma nak berbincang dan betulkan apa yang tak betul." Ucap Halif cuba untuk menyuruh Arsya keluar.
"Nak betulkan apa yang tak betul atau nak buktikan yang abang terpaling betul?" Tanya Arsyakayla kasar. Halif terus terdiam kerana agak terasa dengan ucapan dan nada suara Arsyakayla itu.
Tuah sudahpun menggelengkan kepalanya. Dia rasa Arsyakayla juga patut keluar dan biarkan mereka bertiga berbincang. Sebab dia tahu sukar untuk lontarkan kata-kata bila ada Arsyakayla disisi.
Tuah berjalan mendekati Arsyakayla. Selalunya kalau dia cakap Arsyakayla akan dengar.
Tangan Arsyakayla dicapainya. Dia memandang ke arah Tan Sri Aariz dam Halif terlebih dahulu sebelum memandang ke arah Arsyakayla.
"Kau keluar dulu okey. Nanti aku cerita dengan kau apa jadi. Please aku mohon jangan tambah masalah. Biarkan kami bertiga berbincang dulu."
"Tapi..."
"Please Kayla." Rayu Tuah lembut membuatkan Arsyakayla serta merta mendiamkan diri.
Lagi, lagi dan lagi dia kalah dengan Tuah.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...