Akmal dan Amir kini berada digudang rahsia milik Tan Sri Aariz. Mereka menunggu Halif untuk keluar daripada gudang itu. Malam ini merupa operasi mereka berdua untuk merampas barang tempahan yang ditempah oleh Mr.Claus.
"Kau rasa kali ini kita berjaya ke tak? Aku risaulah pula."
"Kau cakap apa ni. Takkan lah benda simple macam ini kita nak persoalankan? Paling latest kita curi kontena tau. KONTENA. Apalah kau ni?" Jawab Akmal. Dia menggeleng kepalanya melihat raut wajah keraguan yang terpancar pada wajah Amir.
Itulah Amir setiap kali buat kerja mesti ada saja yang dia nak ragukan. Nanti dah berjaya dialah yang terpaling letih, terpaling bangga.
Amir memandang Akmal. "Sampai bila kita nak buat macam ni?" Tanya Amir pada Akmal.
Akmal memandang Amir dengan kerutan didahinya. "Maksud kau?" Pelik pula dengan soalan Amir itu.
"Yelah buat kerja-kerja merompak macam ini." Kata Amir lagi. Dia sebenarnya sudah penat nak buat kerja-kerja sebegini. Terkadang dia takut kalau-kalau kantoi.
Akmal menggelengkan kepalanya melihat Amir itu. "Amir kerja apa yang kita boleh buat? Kita ini sudahlah tak ada pendidikan sangat. Kerja sekarang kalau tak tengok pendirian mesti tengok pengalaman. Lagi satu apa yang jadi masalahnya kalau kita buat semua ini? Ye memang kita rompak jadi nampak jahatkan? Tapi barang-barang rompakan itu bukannya kita ambil pun. Kita hantar ke balai polis tau. Tak ke dapat juga kebaikan disitu? Membanteras jenayah."
"Memanglah baik. Tapi nyawa kita? Lambat laun kerja-kerja kita akan kantoi juga. Dunia yang kita masuk ini bukan aman Akmal. Semua jalan penyelesaiannya dibayar nyawa. Tak kesahlah kesalahan itu berat ke tidak. Semua bahan gantinya sekda dan nyawa. Sekarang Tuah masih hidup bolehlah berlindung dibelakang dia. Tapi kalau suatu hari nanti Tuah dah tak ada? Kita nak berlindung dibelakang sapa?" Jawab Amir panjang lebar.
Akmal menghela nafas berat. Dia faham apa yang dimaksudkan Amir. Terkadang dia pun terfikirkan juga benda yang sama. Nyawa bukan boleh dibuat main. Kalau mereka cakap nak sampai ke lubang cacing mereka kejar.
Sedang Akmal termenung memikirkan ucapan Amir tiba-tiba matanya terarah pada Halif yang membawa beberapa beg besar berwarna hitam keluar daripada gudang. Lantas dia menepuk lengan Amir.
"Dah tak payah fikir benda mengarut. Itu tengok Halif dah keluar." Ucap Akmal. Amir terus memandang ke arah pintu gudang itu. Terlihat Halif sedang memasukkan beberapa beg ke dalam kereta.
Setelah menunggu beberapa minit untuk Halif gerak Akmal terus menghidupkan enjin kereta lalu memandu Kereta mengekori Halif.
****
Arsyakayla dan Tuah serentak masuk ke dalam rumah. Agak lewat mereka pulang hari ini kerana Arsyakayla yang nak overtime kerja. Hari yang sangat memenatkan bagi Arsyakayla dan sangat menyerabutkan otaknya.
Habis semua maklumat-maklumat klien yang berkaitan Elite syndicate dibongkar oleh Arsyakayla. Agak mengejutkan keuntungan AA Holding hampir semua daripada Elite syndicate. Dan apa yang paling mengejutkan.
Pemalsuan dokumen kewangan syarikat.
Ikutkan hati memang dia naja report polis tapi mengenangkan Tan Sri Aariz itu satu-satunya keluarga dan tempat berharapnya Arsyakayla terpaksa membantalkan niatnya.
Mahu tak mahu dia harus perbetulkan semuanya kembali. Singkirkan sesiapa yang harus disingkirkan.
Lebih-lebih lagi Elite Syndicate. Tak tahu apa cara tapi yang pasti dia akan beli kembali saham syarikat yang telah dibeli oleh Elite Syndicate dulu.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...