Bab 50

25 2 0
                                    

Satu persatu kereta masuk ke dalam perkarangan rumah Ayahanda Andika yang bakal Istana itu. Semua keluar serentak daripada kereta. Masing-masing memandang antara satu sama lain. Entah kenapa suasana pada malam itu terasa agak berbeza. Seperti ada satu aura yang menyelubungi mereka semua.

Tuan Hanz, Leo, Ariana, Halif, Mikhail, Arsyakayla dan beberapa orang bodyguard daripada mereka semua turut ada disitu. Masing-masing memandang satu sama lain dengan pandangan serius.

Seperti musuh tapi mereka keluarga.

"Pak Su." Kata Arsyakayla pada Mikhail. Mikhaul memandang ke arah Arsyakayla lalu menganggukkan kepalanya.

Arsyakayla yang faham terus berjalan ke arah Tuan Hanz. Kelihatan Tuan Hanz tersenyum lebar ke arah Arsyakayla sambil mendepakan tangannya. Arsyakayla tersenyum kecil lalu berlari anak menerpa ke arah Tuan Hanz.

Setelah beberapa saat masing-masing melepaskan pelukan.

"Anak saudara Pak Su yang cantik ini apa khabar?" Tanya Tuan Hanz bertanyakan khabar Arsyakayla dengan mesra.

"Sihat. Makin sihat makin cantik. Pak Su Sihat?" Jawab Arsyakayla lalu menanyakkan Khabar Tuan Hanz pula.

"Sihat orang tua sajalah Arsya." Jawab Tuan Hanz pula.

"Itulah sapa suruh tak kahwin. Kalau kahwin kan ada yang tolong uruskan badan kalau lenguh. Ada yang jagakan kalau sakit." Usik Arsyakayla pada Tuan Hanz.

Tuan Hanz dan Leo ketawa kecil dengan usikan Arsyakayla itu. "Dah tua Paksu. Tak nak fikir pasal kahwin."

Mikhail datang mendekati mereka lalu Mikhail menyalami Tuan Hanz pula.

"Apa khabar Mikha?" Tanya Tuan Hanz sambil mengusap bahu Mikhail.

"Baik." Jawab Mikhaik ringkas berserta senyuman. Tuan Hanz yang memahami sikap beku anak saudaranya itu langsung tidak terasa dengan. Itulah Mikhail jika bersama orang luar selain keluar kecilnya itu.

Arsyakayla tersenyum memandang ke arah Tuan Hanz lalu tumpuan beralih pada Leo yang ada di belakang kiri Tuan Hanz itu. Lantas dia mendekati Leo lalu menyalami Leo.

"Abang Leo apa khabar? Sihat?" Tanya Arsyakayla sambil menyalami Leo.

"Sihat saja Arsya. Wah abang tengok kau dah makin cantik sekarang." Jawab Leoa sambil memuji perubahan Arsyakayla itu.

Arsyakayla tersenyum malu dipuji Leo. Mana tak mahu, dipuji lelaki kacak. Kali ini dia akui bahawa Leo seorang saja yang boleh kalahkan kekacakan dan ketampanan Tuah.

Namun Tuah tetap menjadi pujaan hatinya.

"Terima Kasih abang. " Ucap Arsyakayla sambil menyelit rambutnya ketelingan.

"Sama-sama." Jawab Leo mesra.

Tiba-tiba idea nakal datang apabila teringatkan Ariana.

"Abang. Arsya nak tanya. Arsya yang paling cantik atau cucu perempuan Atuk Andika TERPALING merasa DIRI dia cantik itu lagi cantik? Siapa siapa?" Tanya Arsyakayla nyaring lalu melirik ke arah Ariana yang jelas merenung tajam ke arahnya itu.

Leo terdiam sambil mengangkat tangan tanda menyerah tidak ingin terlibat. Dia bukan tak mahu jawab tapi dia tak mahu masuk campur urusan perempuan ini. Kan nanti dia pula yang jadi mangsa.

"Haish... Rupanya tak habis-habis lagi kamu berdua ini. Dari kecik sampai besar. Ingatkan dah berbaik rupanya belum." Tegur Tuan Hanz.

"Eh kitaorang okeylah Paksu. Alah biasalah gaduh-gaduh manjah!" Ucap Arsyakayla sambil berjalan mendekati Ariana. Senyuman sinus diberikan sebelum dia merempuh agak kasar bahu Ariana itu.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now