⚠️Amaran⚠️ Bab ini mengandungi aksi keganasan yang memerlukan pemantauan. BUKAN AKSI SEKSUAL! TAPI AKSI KEGANASAN DAN KEKEJAMAN
HARAP MAKLUM!‼️‼️‼️
****
Tuah, Bang Lan dan juga Maknya iaitu Puan Hajijah kini berada dihadapan sebuah rumah agam. Rumah ini dikelilingi oleh beberapa orang lelaki yang berbadan tegap dan juga berpakaiannya serba hitam.
Tuah menarik tangan abangnya kerana agak gerun melihat muka-muka mereka yang ada disitu. Ada yang bertatu, ada yang berparut dimuka. Masing-masing membuat Tuah agak gerun. Wajah tampa reaksi. Serius dan bengis.
Leo memandang Tuah yang seakan takut itu. Terbit rasa kasihan tapi itulah takdir hidup. Nanti Tuah akan terbiasa juga dengan suasana ini.
"Jom." Ucap Leo lalu Berjalan menaiki tangga untuk ke pintu. Dia menolak pintu utama seluas-luasnya. Dia kembali Memalingkan dirinya ke arah mereka bertiga itu.
"Masuk." Ucap Leo.
Tuah yang baru saja ingin masuk itu ditahan oleh Bang Lan. Lantas dia memandang ke arah abangnya itu. Bang Lan memberi Isyarat mata untuk Tuah bersabar.
Bang Lan kembali memandang Leo. "Kami tak akan masuk selagi kau tak beritahu kami apa yang jadi sebenarnya. Siapa kauorang semua?" Ucap Bang Lan Tegas.
Leo menghelakan nafas pendek sebelum memandang ke arah Bang Lan semula.
"Kau orang masuk jumpa Boss aku diruang tamu. Disana dia akan explain pada kau orang semua apa yang berlaku. Sudah cepat-cepat jangan buang masa." Ucap Leo.
Bang Lan hang masih ragu-ragu itu terpaksa melangkah masuk ke dalam rumah dengan memeluk ibunya dan memegang erat adiknya itu.
Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam rumah dan mengekori Leo hingga ke arah ruang Tamu. Setibanya mereka disitu terlihat seorang lelaki berbangsa Cina sedang duduk sambil menghadap mereka.
Maknya terus melepaskan diri daripada pelukan anaknya.
"Tuan Huan." Ucap Maknya terkejut.
Tuan Huan menganggukkan kepalanya sekali. Maknya terkejut lalu memandang kedua-dua anaknya itu. Bang Lan dan Tuah kehairanan memandang Maknya yang mengenali lelaki cina itu.
"Mak kenal?"
"Ye. Ini boss lama bapak kamu. Tapi..."
"Duduk dulu Puan Hajijah. Duduk dulu." Ucap Tuan Huan yang fasih berbahasa Malaysia tanpa pelat itu.
Tuah dan Bang Lan memandang Maknya yang menganggukkan kepalanya itu. Mahu tak mahu mereka berdua ikutkan saja. Mereka bertiga terus duduk berjalan ke arah sofa yang ada didepan mereka.
Tuan Huan memandang ke arah Leo dan mengarahkan Leo untuk berbuat sesuatu. Leo yang faham itu terus membuka tv dan menyucuk pendrive pada televisyen.
"Puan Hajijah. Saya ada sesuatu yang hendak ditunjukkan pada Puan dan saya harap puan bersabar dan kawal emosi Puan." Ucap Tuan Huan pada Puan Hajijah.
Tuah memandang Maknya. Wajahnya maknya tanpa berkerut seperti kebingungan dengan kata-kata Tuan Huan. Bang Lan memegang tangan Maknya untuk menyalurkan kekuatan.
"Tengok itu." Ucap Tuah Huan lalu mata mereka semua memandang skrin tv.
Membulat mata Tuah apabila melihat video yang disiarkan pada skrin tv itu. Serta merta kejadian ditanah lapang tadi mula tergambar dimatanya.
***Flashback ***
Dia mengayuh basikal sekuat hatinya. Bunyi hon kereta dan motosikal yang ada dibelakang langsung tidak dia hiraukan. Dia airmatanya mengalir deras membasahi pipinya. Dia nak selamatkan bapaknya saja.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...