Bab 81

36 3 2
                                    

Tuah memandang ke arah wajah mereka yang nampak tercengang memandangnya itu. Masing-masing terdiam dan terkejut dengan kehadirannya. Tuah mulai melangkahkan kakinya perlahan-lahan. Dia memandang pagar yang tinggi mengelilingi ahli keluarganya itu.

"Open the gate." Arah Tuah santai pada orang-orang Lavi's Family yang masih tersisa itu.

Mengejutkan semua yang ada. Beberapa orang daripada mereka menuruti arahan Tuah. Seorang daripada mereka berusaha bangun dan berjalan ke arah tembok yang terletaknya butang kawalan pagar tersebut.

Ditekan saja butang kawalan itu, Pagar yang mengelilingi keluarganya mulai turun semula. Serentak itu beberapa orang serentak keluar dari hutan yang ada disekeliling mereka.

"Bawa Ayahanda pergi." Ucap Tuah arahkan kepada Badrul dan Eqal. Mereka semua mengangukkan kepala mereka dan mengangkatnya Ayahanda Andika lalu keluar daripada kawasan itu.

Tuah kembali memandang ke arah semua yang masih terkejut itu. Pandangan terakhirnya dituju ke arah Mr.Claus yang masih mengepit leher isterinya itu. Dia cuba mengawal emosinya.

"Hello Mr.Claus. Nice to meet you again." Ucap Tuah mesra namun sinis ke arah Mr.Claus yang masih tercengang itu.

Seakan tidak percaya. Semua petanda yang selama ini dia dapat ialah daripada Tuah. Arsyakayla rasa sungguh terkejut dan tidak menyangka bahawa didepannya ini ialah suaminya yang dia sangka sudah tiada.

Tuah Akalil.

Bagaikan tersedar dari mimpi buruk dan mendapat semangat baru. Arsyakayla menitis air mata sebak melihat wajah Tuah Akalil yang merenung ke arahnya itu.

"Hello Sweetie Apple Pie. Didn't you miss me sweetheart?" Ucap Tuah lembut pada Arsyakayla membuat air mata Arsyakayla jatuh lagi.

Kaki baru saja dibawa melangkah selangkah kedepan Mr.Claus melepaskan tembak didepan Tuah.

"Argh!!" Jerit Arsyakayla terkejut dengan tindakan Mr.Claus itu. Dia sangkakan Mr.Claus menembak suaminya.

Tapi Tuah langsung tidak gentar.

"Tuah bahaya." Jerit MakSu Ainul dalam tangisan itu. Perasaan bercampur baur. Sedih, syukur, risau dan bingung bercampur menjadi satu.

"Don't move!" Ucap Mr.Claus memberi amaran.

"Calm down Mr. Claus. don't be too anxious and  afraid to much. I didn't come to fight. But I want to negotiate or make an offer with you." Ucap Tuah sambil kakinya berjalan mengambil kerusi dengan santia sekali lalu dibawanya ke tempat dia berdiri tadi dan dia duduk itu situ.

"Tuah Akalil. It's really hard to kill you! It's true they say it's not easy to kill you! So your opponent is me!" Ucap Mr.Claus angkuh dan terlalu yakin.

Tuah ketawa sinis. Terhibur tengok orang tua bila bercakap terlalu yakin.

"And I'll make sure I defeat you. so I can prove that it's too easy to take you down! It's to easy to destroy you!"

"In your dream, Buster! No one can beat my greatness. I am Mr. Claus the head of the Lavi Family." Ucap Mr.Claus yang masih angkuh itu.

"Then i'm Tuah Akalil the one and only person can destroy you." Ucap Tuah juga angguk, sinis dan keras.

Mr.Claus merenung tajam ke arah Tuah. Arsyakayla yang ada di cengkamannya dikuat membuat Arsyakayla berkerut dahi kesakitan.

"Where is my mom?" Tanya Tuah keras dan kasar. Dia cuba menahan dirinya daripada bertindak kasar. Melihat Arsyakayla dalam kesakitan itu membuatkan dia rasa terlalu seksa!

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now