"Explain." Pinta Arsyakayla serius sambil duduk disofa yang berada dihadapan Tan Sri Aariz. Halif dan Tuah pula berada dibelakangn kerusi Arsyakayla. Lebih baik mereka tidak masuk campur urusan anak beranak kan? Kalau tak mahu hilang nyawa.
"Biasalah polis itu tak puas hati dengan Daddy. Kerja orang lain, barang orang lain daddy juga yang disiasatnya." Jawab Tan Sri Aariz santai.
"Barang apa?"
Arsyakayla memusingkan badannya ke belakang memandang ke arah Halif dan Tuah. Masing-masing tidak memang Arsyakayla. Nampak sangat tak nak jawab soalan daripasa dia. Arsyakayla kembali memusing ke arah Tan Sri Aariz.
"Alah kamu tak perlu tahulah. Tak penting pun." Kata Tan Sri Aariz pada Arsyakayla cuba untuk mengelak.
"Jawab soalan Arsya. Barang apa?!" Tanya Arsyakayla berkeras.
Tan Sri Aariz yang baru saja ingin menyandarkan Badannya itu terhenti apabila mendengar nada suara Arsyakayla yang agak lain itu. Dia menelan air liur lalu memandang Tuah dan Halif. Tetap sama mereka berdua tidak memandang ke arah anak beranak-ranak itu.
"Daddy?" Tanya Arsyakayla lagi mendesak.
"Okey okey. Daddy beritahu. But promise me jangan fikir bukan-bukan and you need to trust me." Kata Tan Sri Aariz lalu membetulkan duduknya semula. Arsyakayla menganggukkan kepalanya.
"Before you come here ada bad thing berlaku di pelabuhan. Ada yang cuba nak sabotaj daddy. You know right setiap 3 bulan kita akan terima barang-barang perabot daripada luar negara? Then nak dipendekkan cerita. Ada sebuah kontena yang isinya juga perabot persis perabot yang kita tempat dari negara luar keluar kapal waktu dan hari yang sama. But... Kontena yang satu lagi itu dalam dia ada dadah. Pihak polis syak itu barang syarikat kita. Macam mana pihak polis boleh tahu? Sebab kontena yang dalamnya dadah itu dibawa ke baloi polis. Jelas disitu bawa ada yang cuba sabotaj perniagaan daddy right?" Jelas Tan Sri Aariz pada Arsyakayla.
Arsyakayla mendengar dengan teliti penjelasan daddynya itu. Nak percaya tapi takut. Takut daddynya tipu lagi.
"Tapi itu bukan milik daddykan?" Tanya Arsyakayla serius.
"Bukan. Kontena itu juga bukan milik daddy. Buat Kontena dan barang-barang itu persisi milik kita." Jawab Tan Sri Aariz tenang seolah-olah benar barang-barang itu bukan miliknya.
Halif dan Tuah dipandangnya. Ini semua salah Halif. Kalau Halif tak buat hal tak adanya dia nak menipu anaknya lagi.
"Sorry daddy i don't trust you. Also both of you." Kata Arsyakayla sambil bangun lalu memandang ke arah Halif dan Tuah. Masing-masing masih tidak memandang Arsyakayla. Sebab Arsyakayla kalau marah habislah mereka semua. Lebih baik tak tengok. Kurangkan amarah gadus itu.
"Arsya suruh daddy cuci tangan and keluar dari kumpulan tak berfaedah itukan. Did you do?" Tanya Arsyakayla serius lagi pada Tan Sri Aariz. Tan Sri Aariz memejamkan matanya cuba menenangkan diri yang tidak tenang berhadapan dengan soal-soal dari anak perempuannya itu.
Melihat kelakuan Tan Sri Aariz yang tidak tentu arah itu membuatkan dia boleh teka jawapan daripada soalannya tanpa perlu Tan Sri Aariz jawab.
"You promised me Daddy." Ucap Arsyakayla dengan nada diingin mengingatkan Tan Sri Aariz.
Tan Sri Aariz sudah gelisah. Ya dia sudah janji dengan Arsyakayla untuk keluar daripada kumpulan syndicate itu namun ianya bukan mudah. Terlalu banyak benda yang sudah dia buat sehingga dia mesti selesaikan semua baru boleh keluar. Dia tak boleh keluar dengan meninggalkan masalah-masalah yang belum dia selesaikan lagi.
"Yes Arsya daddy tahu. Tapi..."
"Tak cukup abang Mikha masuk penjara sekarang Daddy pula nak masuk penjara?" Potong Arsyakayla emosi.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...