5 tahun lalu.
Semua pelajar bersorak kegembiraan keluar dari dewan peperiksaan SPM. Akhrinya setelah bertahun-tahun menepuhi ujian dan cabaran di sekolah sekarang mereka merasa akan kebebasan dan merdeka tanpa mereka sedari bahawa inilah titik permulaan cabaran dalam kehidupan mereka.
"Akhirnya penyeksaan berakhir. No more buku buku, kertas kajang, kertas OMR, dan seangkatan dengannya. Semuanya sudah berakhir." Luah Laura iaitu sahabat Arsyakayla.
Arsyakayla tertawa mendengar luahan hati Luara itu. Nampak gembira sangat semuanya sudah berakhir.
"Lepas ini kau nak buat apa? Menganggur atau kerja?" Tanya Arsyakayla pada Laura. Sambil-sambil itu dia memandang sekeliling luar kawasan sekolahnya itu.
"Hah? Kerja? Big NO. Aku nak chill chill dulu rehat santai. Arghh otak kau ini fikir kerja saja. Kita ini mak bapak kaya raya. So buat apa nak cari kerja dulu. Santai-santai sudahlah." Jawab Laura sambil mengipas mukanya yang terasa panas itu.
"Duit boleh habis Laura. Bila-bila masa saja tuhan nak ambil rezeki kita. Kita kena sediakan payung sebelum hujan." Tegur Arsyakayla pada Laura. Laura hanya mengabaikan saja teguran Arsyakayla itu. Dia dah biasa jadi tak berkecil hati pun.
"Ini siapa yang ambil kau?" Tanya Laura.
"Daddy. Tapi tak nampak pun daddy dari tadi." Kata Arsyakayla sambil memandang ke kiri dan kanan namun tak nampak pun kereta milik daddy-nya.
"Kejap lagi kot." Kata Laura juga mencari-cari kereta milik daddy Arsyakayla
Tiba-tiba Laura telah sebuah kereta yang agak mirip kereta daddy Arsyakayla yang dipandu dari arah kanan mereka. Laura terus menyiku perlahan tangan Arsyakayla.
"Tu bukannya keteta daddy kau ke?"
Arsyakayla yang mendengar kata-kata Laura terus memalingkan mukanya pada arah yang dikatakam Laura. Dia terus menganggukkan kepalanya apabila menyedari itu kereta milik daddy. Cuma dia agak pelik kenapa huna ceritanya itu? Bukan biasanya Daddy ambil dia guna Velfire ke? Ini tiba-tiba guna Mercedes-Benz E200.
Kereta tersebut berhenti dihadapan mereka. Arsyakayla tidak berganjak dari tempat dia berdiri kerana dia agak ragu-ragu adakah itu daddy atau bukan.
Tidak lama kemudian pintu tempat pemandu terbuka. Maka keluarlah seorang lelaki yang berjaket kulit dengan rambut gaya smart, berkulit sawo matang memandang ke arahnya.
Arsyakayla dan Laura masing-masing tergamam memandang kekacakan dan ketampanan lelaki yang baru saja keluar dari perut kereta itu. Mampu mencairkan hati perempuan Arsyakayla yang beku itu apabila lelaki itu tersenyum manis padanya.
"Sya..... Siapa itu.. oh my god!!! Handsome nyee." Kata Laura sambil menepuk lengan Arsyakayla berkali-kali.
Arsyakayla membalas senyuman lelaki tersebut. Prince charming!! My soulmate? Jujur hatinya goyah melihat ketampanan Lelaki dihadapannya.
Jiwa remajaku memberontak!!!!!!
"Assalamualaikum. Ermm ni Cik Arsyakayla Lycra?"
"Waalaikumussalam salam ye. Dia Arsyakayla Lycra. I Laura Saskia." Jawab Laura sambil menghulurkan tangannya pada lelaki dihadapannya.
Lelaki itu tertawa kecil lalu menyambut salaman gadis itu. "Tuah. Tuah Akalil." Jawab Tuah.
Laura menarik tangannya lalu berdiri disebelah Arsyakayla. "Oh my god jantung aku nak terkeluar. Cepat sangat berdegup ini. Aduhh. Help me bestie!!!" Kata Laura berbisik pada Arsyakayla.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...