Selesai saja pengebumian Salih Shazlanbey mereka terus pulang. Masing-masing kepenatan seharian berada diperkarangan kubur. Kematian Arwah Salih Shazlanbey menjadi mesti. Masalah yang mereka hadapi sangatlah rumit. Luar biasa berbanding apa yang mereka hadapi sekarang.
"Rasanya siapa ye yang tembak arwah?" Tanya Laura pada mereka yang ada diruang tamu itu.
Masing-masing menggeleng kepala tanda tidak tahu.
"Yang pasti orang terdekat arwah. Atuk kenal dia. Dia baik. Tak banyak masalah dengan orang. Mun dendam lama menjadi punca? Kita tak tahukan. Kehidupan mereka penuh misteri tak ada sesiapa yang tahu." Ucap Ayahanda Andika pada mereka semua. Semua menganggukkan kepalanya tanda benar dan faham.
"Laura naik bilik dululah Atuk. Penat nak rehat." Pamit Laura pada Ayahanda Andika dan Arsyakayla. Mereka berdua menganggukkan kepala lalu menghantar mempergian Laura dengan mata.
Arsyakayla menyandarkan badannya ke kerusi. Tuah sudah hilang entah ke mana. Pagi tadi awal dia bangun dan beritahu yang dia ada kerja nak buat. Bila ditanya dia jawab, tak penting untuk tahu. Dalam keadaan sekarang ini apa saja benda tak penting untuk dia tahu?
"Atuk."
"Ye?"
"Atuk ada beri apa-apa kerja ke dengan Tuah?" Tanya Arsyakayla yang masih tertanya-tanya itu. Ayahanda Andika menggelengkan kepalanya. Gelengan itu membuatkan Arsyakayla rasa makin ingin mengetahui apa yang Tuah sedang lakukan.
"Why?" Tanya Ayahanda Andika pelik melihat wajah kebingungan Arsyakayla itu.
"Tak Arsya cuma pelik. Malam tadi dia balik lewat. Lepas itu pagi ini keluar awal pula itu. Bila ditanya dia cakap ada kerja tak perlu tahu." Jawab Arsyakayla jujur pada Ayahanda Andika.
Ayahanda Andika tersenyum kecil. Nada suara cucunya macam curiga dengan apa yang Tuah buat saja. Apa lagilah Tuah itu nak buat kalau tidak selesai masalah yang ada sekarang. Sekarang dia masih menunggu rancangan daripada Tuah. Tuah mahu dia ikutkan rancangan Tuah. Tugasnya hanya membantu menjayakan rancangan itu saja.
"Tak perlu risaulah dengan dia. Dia dah besar. Pandai dia jaga diri. Paling tak pun dia tengah cari cara selesaikan masalah yang ada sekarang." Jawab Ayahanda Andika menyenangkan hati cucunya itu. Arsyakayla hanya mendiamkan dirinya saja. Dia cuma takut jika ada apa-apa yang terjadi pada Tuah.
"So. Apa yang Aaron buat di sana tadi?"
Soalan Ayahanda Andika mengejutkan Arsyakayla. Dia lantas memandang ke arah Ayahanda Andika yang membuat muka lagaknya itu. Macam mana Ayahanda Andika boleh tahu Aaron ada situ tadi?
Ya Aaron ada diupacara mengebumikan Arwah Salih Shazlanbey tadi. Dia agak terkejut melihat kehadiran Aaron tadi.
"Sebenarnya..."
Flashback
Arsyakayla mengecilkan matanya ke arah sosok tubuh berpakaian serba hitam dengan kaca mata dan topi itu dibelakang pokok yang agak jauh daripada mereka. Berjaket di tengah hari buta ini membuatkan dia curiga. Orang gila pun tak guna jaket tebal tengah hari panas macam ini.
Namun secara tiba-tiba tangan orang itu melambai ke arahnyas seolah-olah meminta dia mendekat. Akibat perasaan curiga yang mendalam tanpa memikirkan apa-apa Arsyakayla terus keluar daripada kerumunan itu lalu berjaln mendekati pokok tadi.
Namun sesampainya dia di sana sosok tubuh manusia itu hilang. Cuma yang tinggal sebuah cermin bulat ukuran sederhana. Dahinya berkerut melihat cermin itu. Dengan berani dia mengangkat cermin itu lalu melihat pantulan daripada cermin tersebut.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...