Bab 31

32 2 0
                                    

Selesai makan di kedai kegemaran Tuah, dia terus membawa Arsyakayla Akademi. Tempat dimana Tuah melatih orang-orang baru Tan Sri Aariz dari segi seni latihan diri, pengawalan senjata dan rancangan strategik.

Itulah tugasnya dari dulu sehingga sekarang. Bezanya dulu dia berkerja dibawah Tan Sri Aaeiz tapi sekarang dia berkerjasama dengan Tan Sri Aariz. Dia orang yang dibebaskan jadi Tan Sri Aariz memang letakkan syarat tidak agak ambil balik orang yang telah dibebaskan.

Arsyakayla memandang segenap ruangan itu. Semasa dia dalam perjalanan ke disini otaknya muncul banyak pertanyaan kenapa mereka menuju ke arah pejabat AA HOLDING.

Rupa-rupanya banguna AA Holding ini mempunyai ruangan bawah tanah yang menjadi tempat akademi untuk kumpul kongsi gelap Tan Sri Aariz.

Banyak budak-budak lingkungan 20an ke atas yang memenuhi ruangan ini. Semua berpeluh-peluh kerana sedang berlatih seni mempertahankan diri. Bunyi bising tembakan berada ruangan sebelah.

Kakinya lantas diarahkan ke sana. Terlihat beberapa orang lelaki sedang membuat latihan menembak. Agak ramai orang yang ada disini. Banyak juga mata memandang ke arahnya dengan pandangan yang aneh. Mungkin terkejut dia seorang saja perempuan yang ada disini.

Tuah memperhatikan saja Arsyakayla yang sedang berjalan-jalan disekitar ruangan itu. Nampak wajah terkejut dan kurang senang Arsyakayla itu.

"Kau Okey?" Tanya Tuah pada Arsyakayla. Arsyakayla terus memandang ke arah Tuah lalu dia berjalan mendekati Tuah.

"Okey. Cuma agak tak selesa sikit sebab ramai yang pandang." Ucap Arsyakayla sambil mengusap lengannya. Ya dia agak kekok dengan pandangan mata budak-budak lelaki yang ada di situ. Mungkin tidak mengenalinya dan juga pelik tiba-tiba dia saja perempuan yang ada disitu.

Tuah memandang ke arah mata-mata yang memandang Arsyakayla. Semua mata tertumpu pada Arsyakayla membuatkan dia sendiri tak senang melihatnya. Terasa jaket yang melekap dibadannya ditarik. Dia terus memandang ke arah Arysakayla yang seolah-olah bersembunyi dibelakangnya sambil memegang hujung jaketnya itu.

Senyuman kecil terukir. Arysakayla memang ada saja perangainya membuatkan dia tercuit hati.

"Daripada kau pegang jaket baik kau pegang lengan aku." Ucap Tuah sambil menarik tangan Arsyakayla memegang lengannya. Namun lain dibuat Arsyakayla. Dia bertindak memeluk lengan Tuah.

"Hahaha. Kau ni geram aku." Ucap Tuah sambil mengusap kepala Arsyakayla. Arsyakayla hanya menjeling saja Tuah namun tangannya masih erat memeluk lengan Tuah.

"Kita buat apa dekat sini?" Tanya Arsyakayla pelik. Mulut bercakap dengan Tuah namun mata memandang ke arah mata-mata yang masih memandangnya itu.

"Korang tengok apa? Fokus!" Ucap Tuah tegas apabila menyedari mereka masih memandang ke arah Arsyakayla. Serta merta mereka kembali focus pada latihan mereka.

Tuah menggelengkan kepala sebelum mereka berjalan ke ruangan sebelah yang dijenguk Arsyakayla tadi.

"Tunggu sini." Ucap Tuah. Arsyakayla menurut. Arsyakayla memerhati Tuah yang berjalan ke arah mereka yang sedang membuat latihan menembak itu.

Tidak lama kemudian mereka itu beredar dari situ dan Tuah mulai berjalan ke arahnya.

"Kenapa?"

"Jom." Ucap Tuah lalu menarik tali beg milik Arsyakayla. Arsyakayla hanya menurut saja. Sesampainya didepan meja yang dipenuhi dengan peralatan-peralatan senjata api Tuah lantas mengambil beg Arysakayla lalu diletakkanbta ke tepi.

"Kita nak buat apa?" Tanya Arsyakayla sambil matanya memandang ke arah senjata api yang ada disitu.

Tuah tersenyum memandang ke arah Arsyakayla. Dia mengambil sepucuk pistol lalu diaturkannya sebelum dia menghulurkan kepada Arsyakayla.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now