Bab 48

23 2 0
                                    

"Arghhh."

"Wow wow kau pahal."

Hampir terbabas Tuah apabila Laura tiba-tiba saja menjerit kuat disebelahnya. Dia memandang Laura dengan pandangan yang tidak puas hati.

"Kau berhenti kereta sekarang!" Arah Laura dengan nada yang agak marah namun ditahan.

Tuah menggeleng kepala. Mahu tidak mahu dia terpaksa berhenti juga daripada dia mati sia-sia disini.

Setelah memberhentikan kereta Tuah terus memandang Laura yang tampak seperti menahan marah itu.

"Kenapa kau bodoh pergi benarkan Arsya kahwin dengan Aaron?!" Marah Laura. Sakit hatinya melihat wajah sombong Aaron Damian yang tiba-tiba muncul dihadapan mereka tadi.

Dia memang tak sukakan Aaron Damian itu. Banyak cerita yang dia dengar tenang Aaron Damian. Banyak kali juga dia cuba beritabu Arysakayla namun Arsyakayla memang sejenis kalau tidak terkena batang hidung sendiri dia takkan percaya.

"Tak ada pilihan Laura. Itu saja cara ya. Kalau tak turuti mungkin nyawa seluruh keluarga Kayla akan hilang." Ucap Tuah. Dia bersetuju Arysakayla kahwin dengan Aaron hanyalah kerana dia fikirkan keselamatan Arsyakayla. Tidak mudah-mudah dia nak serahkan Arsyakayla pada Aaron.

Dia banyak rancangan cuma tak tahu adakah rancangannya bakal berjaya tanpa memberi kesan pada Arsyakayla. Kalau gagal sekalipun yang penting nyawa Arsyakayla selamat.

"Lagi berapa lama mereka nak kahwin?" Tanya Laura sambil memandang ke arah Tuah.

"Sebulan dari sekarang. Sepatutnya 2 minggu lagi. Tapi Kayla minta 1 bulan lagi." Ucap Tuah jujur.

"Sebulan lagi? Hmmm."

Laura memandang ke arah Tuah lama Membuatkan Tuah mulai rasa pelik. Sudahlah Arysakayla tidak ada disini. Rasa terancam pula dia sekarang.

"1 month from now and i believe that you have another plan to save Arsya right?" Tanya Laura dengan serius ke arah Tuah.

Tuah memalingkan mukanya. Ada itu memang ada tapi dia takut kalau bagi tahu Arsyakayla nanti rosak pula plan. Arsyakayla bukannya dapat di jangka. Dia kalau dia rasa rancangan itu nak memuaskan hatinya memang dia tentang. Ikut kepala sendiri saja.

"Hoi aku tanya ni." Tegur Laura apabila Tuah termenung dan tidak menjawab soalannya.

"Ada itu memang ada. Tapi aku tak sure dapat buat atau tak. Kau kenal bff kau macam mana. Dia kalau tak setuju memang dia tentang habis-habisan rancangan aku. Dia itu keras kepala faham." Jawab Tuah apabila didesak Laura.

Laura tersenyum penuh makna. Dia tahu Tuah tak kosong. Mana mungkin Tuah rela gadis pujaan hatinya jadi milik orang lain. Ya walaupun dia dengan Arsyakayla itu selalu berbalah kerana Tuah tapi kalau ianya melibatkan perasaan dia memang mundur kerana cinta Arysakayla hanya untuk Tuah dan Cinta Tuah hanya untuk Arsyakayla.

"That's why lah takdir menuliskan untuk aku hadir disaat genting ini. Apa guna jadi bff Arsya kalau tak boleh pakai. Tell me what's your plan? Aku tolong." Ucap Laura menawar dirinya.

Tuah tersengih mengejek. "Beritahu kau? Kau dengan Kayla 2 kali 5 saja." Ucap Tuah lalu bersedia untuk memandu kembali.

Laura tersenyum sini. Kalau pakai cara ini? Berhasil tak?

"Okey. Kalau macam itu aku beritahu Arsyakayla kenapa kau tinggal dia 3 tahun lepas dan aku beritahu juga siapa diri kau yang sebenarnya Tuah Akalil Mustafa."

Tersentak Tuah apabila mendengar Laura menyebut nama penuhnya. Dia memalingkan wajahnya ke arah Laura. Jelas Laura tersenyum sinis memandang ke arahnya.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now