Arsyakayla menundukkan kepalanya. Semua mata memandang ke arahnya dengan pandangan yang tajam dan tidak puas hati. Lebih-lebih lagi Tuah. Dia hampir hilang akal apabila Amir memberitahu isterinya tiada didalam kedai itu habis satu kawasan itu mereka cari tapi tak jumpa.
Rupanya dia dekat tandas.
"Kami balik hotel dulu. Apa-apa call aku." Ucap Akmal meminta izin untuk balik ke hotel mereka. Tuah tidak menjawab. Akmal dan yang lain terus keluar daripada bilik tanpa menunggu jawapan daripada Tuah.
Arsyakayla hanya menghantar pemergian yang lain menggunakan matanya saja. Hilang saja kelibat mereka yang lain Arsyakayla terus memandang ke arah suaminya. Mata Tuah tajam memandang ke arahnya menyebabkan dia menundukkan kepalanya semula.
"Explain." Ucap Tuah pada Arsyakayla. Arsyakayla mengangkatkan kepalanya semula tapi tidak memandang ke arah Tuah.
"Saya tak tahan. Jadi saya pergi tandas terus. Saya tak nampak awak dekat mana waktu itu. Ruapaya diaorang yang lain mengerumi awak sampai saya tak dapat tengok awak dekat mana." Jawab Arsyakayla. Dia harap Tuah percayakannya.
Tuah masih mendiamkan diri. Dia tak tahu macam mana cara untuk mengawal Arsyakayla ini. Isterinya langsung tak fikir tentang keselamatan sendiri. Boleh pula pergi tanpa keizinannya. Dia ini bermati-matian melindungi isterinya tapi isterinya? Boleh pula tak ambil berat tentang hal itu.
"Kayla kita baru 1 minggu kahwin tau. Baru 1 minggu macam-macam yang kau buat. Aku dah pesan. Apa-apa yang kau nak buat bagitahu aku. Jangan buat keputusan sendiri. Aku hampai ilang akal risau dengan kau. Kita dekat Itali Kayla. Dekat Itali. Tempat musuh kita. Kalau apa-apa jadi pada kau macam mana aku nak buat? Ke mana aku nak cari kau? Ini bukan tempat kira Kayla. Tolonglah. Sekali saja jangan susahkan aku. Aku merayu pada kau. Jangan buat aku susah hati."
Arsyakayla menundukkan kepalanya mendengar luahan Tuah. Dia sedar dirinya menyusahkan suaminya itu. Dia juga sedar dia terlalu bebas membuat keputusan sampai membelakangi suami itu. Tapi dia cuma nak hidup berdikari. Suatu hari nanti dia juga perlu buat keputusan sendiri tanpa bantuan sesiapa. Tuah pun pernah pesan dia kena berdikari. Tak selamanya orang-orang akan ada dengannya. Sampai masa dia akan sendiri juga.
"Saya cuma nak berdikari. Awak juga yang pesan untuk saya berdikari sebab orang-orang takkan ada sentiasa dengan saya. Sampai satu saat mereka akan pergi juga." Ucap Arsyakayla sayu. Tanpa dapat ditahan air matanya mengalir membasahi pipinya.
Tuah terdiam sejenak. Ya dia mengaku dia pernah pesan perkara itu pada Arsyakayla. Tapi itu dulu. Sebelum mereka jadi suami isteri. Dia juga tak pernah menyangka mereka akan berkahwin.
"Saya minta maaf kalau saya menyusahkan awak sampai buat awak risau. Saya minta maaf disebabkan saya fikiran awak terganggu. Maafkan saya kalau..."
"Kayla...." Ucap Tuah dengab nada suara meleret. Dia bangun dari duduknya lalu berjalan ke arah Arsyakayla. Tangan isterinya ditarik lalu sekelip mata Arsyakayla sudah berada dalam pelukan Tuah erat.
Serta merta tangisan Arsyakayla pecah. Dia menghemburkan tangisan sepuas-puasnya didada bidang suaminya itu.
"Aku cuma takut kehilangan kau Kayla. Aku takut..." Ucap Tuah bersungguh-sungguh sambil memeluk erat tubuh langsing Isteri itu. Dia takut jika apa-apa jadi pada isterinya itu. Dia takut suatu hari nanti dia kehilangan gadis itu. Dia takut sekiranya apa-apa berlaku pada gadis itu disebabkan dirinya.
Takkan dia maafkan dirinya sendiri jika apa-apa berlaku pada Arsyakayla disebabkan dirinya.
Tuah melepaskan pelukan. Dia memegang kepala isterinya dengan kedua belah tangannya. Wajah isterinya basah lecun dengan air mata dipandangnya sayu. Sering kalai gadis itu mengalirkan air mata kerananya.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...