bab 72

28 1 0
                                    

"Tuah."

"Mak?"

"Tuah."

"Mak? Mana mak? Tuah dekat sini?"

"Tuah! Tolong Mak!"

"Mak?? Mak dekat Mana mak?!!!!"

Dia memandang sekeliling ruang gelap yang hanya ada satu lampu yang ada diatasnya. Tidak cukup untuk menerangi ruangan itu. Langsung tidak nampak apa-apa. Tiada pintu keluar atau apa-apa yang boleh membuatkan dia melangkah tanpa arah tuju

"Tuah."

Dia memalingkan wajahnya ke belakang. Seluruh tubuhnya kaku. Perasan terkejut dan sedih menyelubungi hatinya. Air matanya berlinangan dan jatuh membasahi pipi. Wajah lelaki yang tersenyum ke arahnya itu membuatkan hatinya sebak.

"Bapak?"

"Anak bapak."

Makin kuat air matanya mengalir sehingga terdnegar bunyi esakan tidak henti-henti itu.

"Tuah gagal. Tuah gagal." Adunya dalam tangisan.

"Siapa cakap kamu gagal Tuah?" Siapa cakap kamu gagal? Ini baru permulaan Tuah. Kamu baru mula."

Tuah mendongakkan kepalanya memandang ke arah sosok tubuh seperti bapaknya itu.

Permulaan?

"Tuah. Kamu kena bangkit! Kamu kena kuat! Kamu ingatkan pesan bapak?"

"Pertahankan keluarga." Jawab Tuah sayu.

"Mak tunggu kamu. Isteri kamu tunggu kamu Tuah." 

Tuah berkerut dahi. Isterinya? Bapaknya tahu dia sudah berkahwin?

"Bapak..."

"Dia memang anak pembunuh tapi dia tak salah. Dia memang pertahankan bapak dia sebab itu bapak dia. Manusia akan pertahankan apa yang dia sayang. Walaupun dia tahu orang itu salah."

"Maksudnya dia tak sayang Tuah?" Teka Tuah tanpa memandang ke arah Bapaknya.

"Terkadang manusia terpaksa melepaskan demi kebaikan orang yang dia sayang. Tidak semua rasa sayang itu jalannya bersama. Kadang-kadang memilih untuk berpisah ialah jalan terbaik untuk orang yang kita sayang. Daripada bertahan tapi saling menyakiti?"

Tuah memandang ke arah Bapaknya. Manusia melepaskan demi kebaikan?

Tapi kalau melepaskan itu sebenarnya memberi derita? Adakah itu kebaikan? Isterinya pergi meninggalkannya kerana ingin mempertahankan bapaknya yang jelas pembunuh itu. Dari sudut mana kebaikan untuknya.

"Tuah. Suatu hari nanti kamu akan faham apa maksud bapak . Bapak tak mahu apa-apa kecuali keadilan. Tuntutlah keadilan dengan cara yang betul. Bapak cuma mahu keadilan untuk bapak dan Keluarga bapak. Bangunlah nak ramai yang masih perlukan kamu. Mereka semua perlukan kamu. Kamu kena kuat nak."

"Tuah!!! Tuah!!!"

Tuah memalingkan mukanya ke arah lain. Terlihat sosok tubuh Maknya menjadi pandangan. Wajah bercahaya Maknya dipandangnya.

"Bapak. Mak..." Mati terus kata-kata Tuah apabila sosok tubuh bapaknya hilang daripada pandangan. Dia memandang sekeliling ruangan itu. Cuma tinggal dia dan maknya.

"Tuah. Bangun nak. Bangun. Ambil mak Nak. Ambil kami. Mak rindu Tuah."

Tuah melangkahkan kakinya mendekati Maknya. Dia juga rindukan Maknya. Maknya juga sumber kekuatan dalam dirinya. Tanpa maknya mana mungkin dia menjadi Tuah Akalil yang sekarang.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now