Arsyakayla dan Tuah berjalan beriringan mengekori Tan Sri Aariz untuk keluar daripada Hotel. Setelah selesai makan tadi mereka sempat bertemu dengan Deniz Lie Hua pemilik Hotel DLH dan ketua geng Elite Syndicate. Sepanjang perbualan wajah ketat dan tegang ditayangkan Arsyakayla membuatkan Tuah berkali-kali menendang perlahan kaki Arsyakayla untuk dia mengubah reaksi wajahnya itu.
Tapi dia ialah Arsyakayla Lycra. Tidak ada sesiapa yang boleh arah dia kecuali dirinya sendiri.
"Kau tak patut buat perangai tadi." Tegur Tuah apabila Tan Sri Aariz agak jauh daripada mereka. Bukannya dia tak perasan yang Deniz Lie Hua asyik melirik ke arah Arsyakayla.
Arsyakayla yang mendengar teguran Tuah itu terus memberhentikan langkahnya membuat Tuah turut berhentikan langkahnya.
"Kau tahu Elite Syndicate ada kaitan dengan AA Holding?" Tanya Arsyakayla pada Tuah.
Tuah menganggukkan kepalanya tanda dia tahu. Arsyakayla memandang Tuah dengab wajah yang tidak puas hati.
"Why no one tell me?" Tanya Arsyakayla dingin.
"Tan Sri Aariz tak benarkan beritahu sebab dia yakin kau akan mengamuk dan tak setuju.." Jawab Tuah tenang. Arsyakayla menghela nafas pendek. Dia tak tahu dah nak buat macam mana sekarang. Niatnya nak hapuskan semua yang Elite syndicate daripada syarikat. Tapi mampukah dia?
Beli balik Saham daripada Elite syndicate?
Cukup ke duit mereka nak beli balik?
Ayahanda Andika?
"Ayahanda Andika? Kenapa tak minta tolong Atuk?" Tanya Arsyakayla pelik.
"Aku tak tahu sebab aku tak pernah berurusan dengan mereka apatah lagi berjumpa. Yang pasti mereka semua tak macam dulu Arsyakayla. Banyak benda yang kau tak tahu and banyak benda yang kau tak patut masuk campur." Jawab Tuan sekali memberi pesanan agar Arsyakayla tidak berlebih-lebihan dalam bertindak.
Arsyakayla berkerut dahi mendengar amaran Tuah itu. Tak patut masuk campur? Sekali lagi dia dikatakan tidak berhak masuk campur untuk urusan yang jelas ada kaitan dengannya.
"Kenapa pula? AA Holding juga ada kaitan dengan aku. Jadi tak salah untuk aku terlibat sekali. Kenapa semua orang halang aku? Disebabkan aku tidak sekuat kauorang semua macam itu?" Kata Arsyakayla bengang.
Tuah lantas memandang tajam Arsyakayla. Dia tak fikirkan keselamatan dia sendiri ke? Dunia yang dia nak cuba masuk itu bukan dunia famtais. Dunia itu dunia yang penuh bahaya, jenayah dan nyawa sebagai ganti.
"Jangan banyak tanya. Aku cakap jangan itu jangan. Tolong dengar cakap aku jangan melawan. Apa-apa jadi pada kau tanggungjawab aku. Kalau tak nak dengar cakap aku at least fikir tentang keselamatan kau. Aku tak dapat nak awasi kau 24 jam." Kata Tuah lalu berjalan meninggalkan Arsyakayla.
Rasa tak puas hati membara dalam dirinya. Sesuka hati Tuah saja hendak mengarah-arah dan mengatur-aturnya.
Siapa dia?
Aku tanggungjawab dia? Sejak bila?
Arsyakayla mempercepatkan langkahnya lalu berjalan melewati Tuah dan memberhentikan langkah dihadapan Tuah.
"Did you really care about me? Hah? And one more thing, kau bukan siapa-siapa aku dan kau tak berhak untuk mengarah ataupun mengatur hidup aku. Keselamatan aku bukan tanggungjawab kau. Kau hanya pekerja Tan Sri Aariz. And remember, layakkah kau memperdulikan tentang keselamatan aku setelah apa kau buat 3 tahun lalu? Hati aku pun kau tak dapat jaga. Inikan pula keselamatan aku." Ucap Arsyakayla dengan emosi lalu pergi meninggalkan Tuah yang berada dihadapannya kereta Velfire milik Tan Sri Aariz itu
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...