Bab 36

26 2 0
                                    

Mikhail, Halif dan Tuah serentak masuk ke dalam bilik kerja Tan Sri Aariz. Tapi langkah mereka terhenti apabila melihat segenap ruangan yang tidak langsung sosok tubuh Tan Sri Aariz.

"Mana Tan Sri? Betul ke Tan Sri panggil tadi Mikha?" Tanya Halif yang kehairanan itu lalu memandang Mikhail.

"Eh betullah tak percaya tanya Tuah." Ucap Mikhail sambil menunjukkan ke arah Tuah.

Halif yang mendengar nama Tuah itu terus berpaling daripada melihat wajah Tuah. Rasa luka dihati masih dalam. Dia tak mahu berurusan dengan Tuah. Ini pun sebab dia terpaksa ada satu bilik dengan Tuah.

Tuah yang melihat sikap Halif itu terus menggelengkan kepalanya. "Dah Tua tua pun perangai macam budak-budak." Sindir Tuah.

Halif memandang Tuah pantas apabila mendengar sindiran itu. Dia baru saja nak menerpa ke arah Tuah namun dihalang oleh Mikha.

"Apa kau cakap!" Marah Halif.

"Eh betullah macam budak-budak. Suka menuduh, dengki dan tak pandai kawal emosi. Kaulah itu." Ucap Tuah memanaskan lagi keadaan.

"Arghhh kau..."

"Sekali lagi aku tengok korang berdua bergaduh, dua dua aku humban dalam kandang harimau belakang rumah."

Suara Tegas Tan Sri Aariz yang menegur mereka itu membuatkan Halif dan Mikha lantas berdiri tegak. Takut dengan amaran Tan Sri Aariz.

Namun tidak bagi Tuah. Dia lebih santai. Yalah dia nak takut apa, dia bukan orang suruhan Tan Sri Aariz pun. Dia terus berjalan duduk ke arah sofa yang ada disitu.

Tan Sri Aariz bergerak ke mejanya manakala Halif dan Mikhail bergerak ke arah sofa.

Laci dibuka. Sebuah dokumen diambilnya lalu dibawa ke arah mereka yang lain.

"Aku nak korang semua dengar dengan teliti apa yang aku cakap dan ikut arahan aku. Termasuk kau Tuah." Ucap Tan Sri Aariz tegas sambil memandang ke arah Tuah.

Tuah yang mendengar namanya ditekan itu terus berkerut dahinya.

"Aku faham kedudukan kau dalam kumpulan kami tidak seperti yang lain. Kau berada disini sebagau rakan kerja aku bukan orang suruhan. Tapi kali ini aku perlukan kau kerana ianya melibatkan Arsya."

Mendengar naman Arsyakayla disebutkan terbantut Tuah ingin melawan. Jika ianya berkaitan Arsyakayla sukar untuk ditolak. Dia harap rancangan Tan Sri Aariz ini tidak mengganggu rancangannya.

Tuah menganggukkan kepalanya faham. Tan Sri Aariz lantas memandang ke arah yang lain.

"Macam yang korang tahu Mr.Claus nak kan Arsya sebagai ganti atas kerugian yang dia alami. Dan macam yang korang tahu Hanz ialah angkara daripada semua ini. Aku boleh je buktikan pada Mr.Claus bahawa Hanz yang sabotaj tapi aku tak yakin Mr.Claus percaya sebab dia dengan Hanz ada hubungan yang baik. Jadi Halif memandang benda ni ada kaitan dengan kau. Aku nak kau fikir cara untuk bagitahu Mr.Claus yang aku tak akan serahkan Arsya. Aku tak kesah apa cara sekalipun. Walaupun keseluruhan harta aku harus digadaikan. Yang penting bukan anak-anak aku." Ucap Tan Sri Aariz serius.

Ya kali ini dia tekad. Dia tak boleh penting benda lain selain anak-anak dia. Cukuplah semua apa yang dia buat selama ini. Sampai bila dia nak hidup dihantu oleh Mustafa.

Ya. Sejak kejadian itu hidupnya merana. Dia kerap kali bermimpi tentang Mustafa. Pekerjanya yang dia telah anayai dulu dan dia juga yang telah meragut nyawa lelaki itu dengan kejam. Jika diingatkan kembali bertapa kejamnya dirinya dulu. Mana akal warasnya sewaktu dia mengarahkan orang-orangnya untuk menamatkan riwayat hidup Mustafa?

Tanpa sedar air matanya mengalir.

Mikhail yang menyadari hal itu tiba-tiba rasa pelik. Dia terus mendekati Tan Sri Aariz lalu mengusap tangan Tan Sri Aariz.

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now