Bab 43

34 2 0
                                    

Dia termenung kosong memandang dirinya dibalik pantulan cermin itu. Rambut diikat asal messt bun. Jumpsuits berwarna hitam cantik terletak dibadannya. Solekan yang agak tebal membuatkan reaksi wajah Arsyakayla kelihatan garang.

Agak berbeza daripada Arysakayla yang biasa. Arsyakayla yang sering menggunakan solekan tipis dan kini menggunakan solekan yang tebal membuatkan dia nampak lain. Lebih matang dan tegas.

Siapa nak Deniz Lie Hua?

Aaron Damian Hua.

Macam mana dia boleh tak perasan langsung nama belakang Aaron sama nama belakang Deniz? Patutlah dia hairan macam mana Aaron boleh mesra sangat dengan daddy dia. Rupanya Daddy dia dan Aaron sudah kenal lama.

Dia langsung tak pernah menyedari hal itu. Lagi-lagi dia terkejut Aaron waktu pertama kali dia balik. Aaron terus ke office mereka tanpa bertanyakan dimana Alamat office mereka.

Bila difikirkan balik, banyak hint yang Aaron sudah tunjuk sebenarnya. Cuma dia yang tak peka langsung. Sungguh Aaron bijak bermain watak sampai selama 3 tahun mereka berkawan dia langsung tak pernah curiga dengan Aaron

Petang tadi juga Daddynya menceritakan hal sebenarnya. Deniz yang arahkan Aaron untuk sambung belajar bersamanya supaya boleh mengawasi setiap gerak geri Arsyakayla.

Rasa ditipu hidup-hidup oleh Aaron Damian Hua. Seorang kawan yang sangat baik dan merupakan sosok pelindungnya di UK. Dia betul tertipu dengan sikap Aaron. Tak sangka Aaron anak Deniz Lie Hua.

Lelaki yang mengugut bunuhnya.

Lelaki yang mempergunakan Daddy untuk kebaikan sendiri. Lelaki yang kejam!

Sikap Aaron 100% berbeza dengan Deniz. Bahkah wajah mereka langsung tak sama. Cuma sama dibahagikan bibir saja. Aaron tampak seperti wajah Pan-Asia. Deniz pula memang nampak Cinanya.

Lebih mengejutkan apabila Deniz mahu dia berkahwin dengan Aaron jika Tan Sri Aariz mahu bebas dengan selamat!

Mereka betul-betul mempergunakan orang demi kebaikan mereka sendiri!!!

"Wait and see what I'm going to do to both of you. Kalau daddy tak boleh lawan biar anak perempuan daddy yang lawan. Arsya akan bukti siapa anak perempuan Tan Sri Aariz yang sebenarnya. Mereka tak kenal Arsya lagi daddy. Kau usik keluarga aku, kau takkan hidup lama dekat dunia ini!" Ucap Arsyakayla penuh dendam dan tegas. Matanya tajam memandang diri sendiri dibalik cermin.

Inilah masanya dia buktikan yang dia boleh lindungi keluarganya. Inilah masanya dimana dia boleh buktikan yang dia bukan perempuan yang lemah!!

Dia Arsyakayla Lycra.

Anak perempuan Tan Sri Aariz!

Tuk! Tuk!

Pintu bilik diketuk menghentikan lamunan Arsyakayla. Arsyakayla lantas merapikan dirinya llau berdiri dan berjalan ke arah pintu biliknya. Tombol pintu dipulas dan ditariknya.

"Abang?"

Sapa Arsyakayla apabila melihat Mikhail berada didepannya itu. Mikhail mengena jeans hitam t-shirt berwarna merah dan dikenakan jaket kulit berwarna hitam. Dengan rambut Botaknya Mikhail nampak sangat seperti gangster.

"Nah. Tuah bagi tadi. No excuse. Pakai dan jangan tanggalkan!" Ucap Mikhail sambil memberikan sebentuk cincin kepada Arysakayla.

Cincin aku!

Dia baru ingat dia lemparkan cincin itu pada Tuah pagi tadi. Patutlah dia cari tak jumpa. Tapi rantai dia?

Mana Rantai dia?

TUAH AKALIL : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now